Selalu kalau masak kari atau sambal tumis, mesti teringat cicah lempeng pun sedap kan? Bertambah sedap kalau lempeng tu, lempeng kelapa. Lemak lembut lempeng tu bergandingan dengan kuah tadi memang marbeles!
Nak buat lempeng kelapa, ada caranya untuk dapatkan yang berlemak lembut dan manis. Petuanya iaitu jangan kedekut nak letak kelapa dalam adunan! Barulah terasa kelapanya, ye dak?
Nak cuba? Ikut saja resipi penuh di bawah yang dikongsikan oleh Jejaka Brownies.
RESIPI LEMPENG KELAPA PARUT LEMAK MANIS
Bahan-bahannya:
Kelapa parut 250gm
Tepung gandum 500gm
Baking powder 5gm
Garam 1 sudu kecil
Gula 150gm (boleh tambah)
Telur 2 biji (optional)
Air biasa (sukatan agak-agak)
Cara-caranya:
1. Masukkan semua bahan dalam satu bekas kecuali air dan campurkan bagi serata. Akhir sekali baru masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi sedikit likat (cair sedikit dari adunan cekodok).
2. Setelah adunan siap, panaskan kuali dan sapu minyak pada permukaan kuali. Bila kuali dah panas kecilkan api lalu masukkan adunan dan leperkan menggunakan belakang sudu.
3. Tunggu bahagian bawah menjadi sedikit perang, bolehlah terbalikkan.
4. Siap, selamat mencuba!
Petua: Jangan kedekut kelapa parut barulah lempeng jadi sedap dan berlemak
Sumber : Jejaka Brownies