Ini Rahsianya Nak Buat Kuih Puteri Ayu Tak Bantat Tapi Sedap Dan Lembut. Resipi Guna Sukatan Cawan Aje!

Share

Bagi mak-mak yang suka makan kuih tradisional Melayu, boleh cuba buat kuih puteri ayu yang sedap dan lembut.

Sudah pastinya ramai yang menyukai kuih Puteri Ayu, kuih berwarna hijau yang lemak manis dan kaya dengan rasa pandan ini sememangnya disukai ramai.

Nak tahu cara membuatnya ikuti resipi ini.

___________________________

Alhamdulillah berjaya dengan jayanya. 250pcs puteri ayu

Bahan A
1cawan gula
1sudu makan overlate
3biji telor A
1kotak kecil santan
1sudu makan pewarna hijau+esen pandan

Bahan B
2cawan tepung


1sudu teh baking powder
Bahan C
Kelapa+garam

Cara penyediaan: 
Putar bahan A sampai gebu Putih. Campur bahan B..
Sapu minyak dekat acuan. Tekap kelapa dekat acuan
Sedia untuk di bubuh adunan. Jom kukus 5minit sahaja api paling slow
Nak berjaya sampai tahap ni entah berapa kali Bantat dan gagal.


Jiran pun jemu agaknya selalu suruh makan untuk try kueh2 kita.
1 adunan dapat 45pcs.

Selamat mencuba!

Sumber: Nor Diana