
Bagi mak-mak yang suka makan kuih tradisional Melayu, boleh cuba buat kuih puteri ayu yang sedap dan lembut.
Sudah pastinya ramai yang menyukai kuih Puteri Ayu, kuih berwarna hijau yang lemak manis dan kaya dengan rasa pandan ini sememangnya disukai ramai.
Nak tahu cara membuatnya ikuti resipi ini.
___________________________
Alhamdulillah berjaya dengan jayanya. 250pcs puteri ayu
Bahan A
1cawan gula
1sudu makan overlate
3biji telor A
1kotak kecil santan
1sudu makan pewarna hijau+esen pandan
Bahan B
2cawan tepung
1sudu teh baking powder
Bahan C
Kelapa+garam
Cara penyediaan:
Putar bahan A sampai gebu Putih. Campur bahan B..
Sapu minyak dekat acuan. Tekap kelapa dekat acuan
Sedia untuk di bubuh adunan. Jom kukus 5minit sahaja api paling slow
Nak berjaya sampai tahap ni entah berapa kali Bantat dan gagal.
Jiran pun jemu agaknya selalu suruh makan untuk try kueh2 kita.
1 adunan dapat 45pcs.
Selamat mencuba!
Sumber: Nor Diana
Begini Caranya Ibu-Ibu Jika Mahu Hilangkan Kerak Kotoran Degil Pada Sinki. Wow, Cukup Mudah!

Sinki tersumbat memang jadi masalah kalau nak masak. Apalagi kalau sinki bocor. Silap-silap terus mood nak masak untuk keluarga hilang.
Selain tersumbat, sinki juga menajdi tempat pembiakan bakteria. Malah, jika tidak dicuci akan menyebabkan ia nampak kotor dan berkerak hitam.
Jom cuba petua ni. Paling senang nak buat.
BAHAN-BAHAN:
Lemon
Garam
Caranya mudah sahaja. Ikuti langkah yang diberikan ini.
1. Potong lemon seperti biasa.
2. Kemudian sentalkan lemon pada kerak-kerak sinki yang jelas kehitaman. Sental dengan kuat.
3. Letakkan sedikit garam di kawasan berkerak.
4. Kemudian gosok lagi dengan menggunakan berus gigi yang sudah tidak digunakan lagi.
5. Sental dan gosoklah hingga semua kotoran tertanggal.
6. Akhir sekali, cuci dengan air panas dan hasilnya sinki bukan hanya bersih tapi lebih berkilat.
Selamat mencuba!
9 Perkara Yang Ibu-Ibu Perlu Tahu Jika Mahu Kek Menjadi, Cantik, Tak Bantat!

Kek antara juadah yang menjadi hidangan wajib di pagi raya. Jadi kenalah sediakan kek yang enak dan sedap untuk tetamu yang berkunjung. Namun adakalanya kek yang disediakan kurang menjadi, bantat atau kurang enak rasanya.
Bagaimana memastikan kek jadi cantik dan menjadi seperti kek-kek hebat lain. 9 perkara ini patut anda tahu.
Resipi Kena Tepat
Ini paling penting. Kek sememangnya agak sensitif jika tidak kena dengan gabungan dan sukatannya. Jadi resipi yang anda dapat kenalah tepat. Petua paling senang untuk anda ikuti adalah melihat jenis resipinya. Jika ia menggunakan gram, maka timbanglah mengikut gram. Begitu juga dengan menggunakan sukatan cawan. Jangan cuba mencongak sendiri, bimbang sukatannya salah. Bila salah kek pasti tak menjadi.
Kena Ayak
Jangan malas atau cuba nak buat eksperimen sendiri dengan resipi kek. Bahan-bahan kering membuat kek haruslah diayak terlebih dahulu. Tepung gandum, serbuk penaik dan soda bikarbonat hendaklah diayak bersama-sama. Ini bagi memastikan kek lebih gebu dan ringan serta lebih sekata. Malah cara ini juga mengelakkan kek rasa pahit kerana soda yang tidak sekata.
Ikut Aturan
Ikutlah aturan yang diberikan di dalam resipi satu persatu. Kaub dan balikkan adunan ketika bahan kering dimasukkan. Paling penting adalah mengacau adunan dengan satu arah sahaja. Malah adunan janganlah sentiasa dikacau. Ini bagi mengelakkan kek yang agak mampat dan tidak gebu. Cukuplah sekadar tepung sebati dengan adunan mentega.
Loyang Dilenser
Loyang perlulah dilenser dan disalutkan dengan tepung terlebih dahulu supaya kek lebih mudah dikeluarkan selepas membakar. Jika suka anda boleh juga menggunakan kertas aluminium untuk memudahkan kek di tanggalkan daripada loyang.
Panaskan Ketuhar
Bukan sekadar suka-suka tetapi ketuhar anda haruslah dipanaskan terlebih dahulu sebelum memasukkan kek ke dalam ketuhar. Sebaiknya panaskan seketika dalam anggaran 15 minit sebelum memasukkan kek. Ini bagi memastikan kek yang tersedia tidak bertindak balas dan rosak dengan suhu. Jadi kena panaskan.
Sediakan Air Kukusan
Jika kek itu perlu dikukus, panaskan air kukusan terlebih dahulu dan sebaiknya tutup kukusan dengan kain bersih. Ini bagi memastikan wap tidak akan menitis diatas kek. Anda boleh juga menutup loyang kek dengan aluminium foil.
Uji Kek
Untuk menguji samada kek telah masak ataupun tidak, sama seperti tip lain, gunakan lidi atau garfu untuk mengguji jika kek telah masak. Cucuk di bahagian tengah kek secara menyerong. Jika sudu licin dan tiada sebarang kesan, itu bermakna kek telah pun masak.
Jangan Buka Ketuhar
Kek yang sedang di bakar atau dikukus tidak boleh di buka pintu ketuhar atau penutup kukusan pada tempoh 45 minit pertama proses memasak. Ini untuk mengelakkan proses kejadian kek. Jadi, jangan sesekali membukanya.
Biar Kek Sejuk
Selepas kek masak, sebaiknya biarkan sejuk seketika. Jangan sesekali mengeluarkan kek daripada loyang selepas dikeluarkan daripada ketuhar. Ini penting. Beri masa kepada kek untuk sesuai dengan suhu bilik.
Kongsi Tip
* Pilih bahan yang baru, segar dan bermutu.
* Biarkan bahan dalam keadaan kering pada suhu bilik, terutamanya untuk telur dan mentega.
* Pukul mentega dan gula dengan kelajuan sederhana sehaja.
* Tambahkan telur satu persatu ke dalam adunan sambil mengacau selama 3 hingga 4 minit untuk setiap butir telur.
* Tepung harus dimasukkan secara berperingkat, sedikit demi sedikit.
* Kacau adunan dengan gerakan satu arah sahaja supaya menghasilkan kek yang ringan dan gebu.
Cara Simpan Ayam Tahan Lama, Tak Berbau & Kekal Segar Macam Baru Disembelih. Guna Surat Khabar & Daun Pandan!

Adakalanya ayam yang dibeli cepat berbau lebih-lebih lagi kalau ditinggalkan di luar tak disimpan dalam peti. Sebab itu, ibu-ibu selalu mencuci terus setiap kali pulang dari pasar.
Tetapi ada juga yang bila dah balik tu nak cepat, terus je simpan dalam peti sejuk atau diletakkan di bahagian freezer tu kan.
Sebenarnya ada tips dan langkah-langkah penting yang kita boleh buat supaya ayam tak busuk bila nak dimasak.
Jom kita baca tips dan cara simpan ayam yang dikongsikan oleh Puan Hana Rahman . Moga bermanfaat!
Tips menyimpan ayam dlm peti ais supaya tak busuk bila nak dimasak.
Apabila ayam sampai di rumah sama ada pi beli sendiri atau dihantar oleh runner.
Kalau tk nak potong lagi, maksudnya sejam lagi baru sempat potong dan bersihkan. Buka plastik, letak dlm besen. Siram air paip sekejab. Check dulu samaada ayam dah busuk atau masih elok. Confirm kan sb ramai yg cakap terbeli ayam busuk, kalau kita beli ayam masih elok, kedian pasa penjual duk tuduh depa juai ayam busuk. Padahal kita simpan dlm peti ais sblm cuci.
Jangan biarkan terperap dlm plastik kemudian humban dlm peti ais. Ayam akan membusuk jgk walaupun terus masuk dlm peti ais sb kekotoran najis, darah dan lendir ayam akan mempercepatkan proses membusuk. Lebih2 lagi peti ais kita dah sarat, jadi proses sejuk dan beku menjadi lambat. Masa ni lah bakteria mula menjentik2 ayam kita😊
Seelok2 terus buka plastik potong dan bersihkan.
Lepas tu toskan biar air basuh ayamturun, masukkan dlm plastik atau sebarang bekas la kemudian letak 3 atau 4 helai daun pandan baru letak dlm frezzer. Bungkus dulu dgn kertas surat khabar pun ok.
Daun pandan boleh mengelakkan ayam cepat busuk.
Ayam dlm gambar ni sis beli pada hari selasa lepas, petang ni keluarkan. Lagi satu jangan rendam ayam lama2. Rendam sekejab lps tu toskan biar ayam terlerai sendiri.
Ayam masih segar seperti baru disembelih.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club