Ini rahsianya Jika Nak Hasil Goreng Celup Tepung ‘Krup Krap’. Ibu-Ibu Cuba Resipi Ini!

Share

Setiap kali membeli makanan goreng celup tepung di luar, pasti seronok mengunyah, lebih-lebih lagi apabila mendengar bunyi ‘krup krap.

Bukan mudah sebenarnya nak dapatkan bancuhan goreng celup tepung yang betul-betul melekat dan rangup walaupun sudah sejuk.

Untuk ibu-ibu yang ingin cuba buat sendiri, cuba perkongsian dari Achik Ita Jsd Kelantan ini. Tipnya mudah sahaja, yang penting bahan-bahan yang digunakan mesti betul. Jom semak!


K.cik nk bercerita pasal celup tepung. Ni nak bagi tips ye. Part paling penting ialah bahan-bahan kena betul tau.

Pertama sekali,tepung kena yang terbaik untuk goreng celup tepung. Bagi yang gemar makan cicah habuk halus banyak krup krap. Ini taste bukan goreng ala-ala  KL yang takde habuk(serdak) tu ye.

Tepung beras? tahu tak tepung beras ada banyak jenis dan fungsinya. Banyak cap kan, jenama macam-macam, mana satu nak pilih?

Ehhh..jangan, nanti  tak menjadi salahkan si pemberi resepi pula,walhal bahan  tak kena.

Apa ilmu yang dapat sejak menuntut secara lisan dengan bonda, tepung terbaik untuk celup tepung ialah tepung beras cap 3 teratai.  Untuk rapuh,rangup,berabuk banyak. Kalau silap tepung, ada yang jadi tebal, tak berabuk halus dan lemau bila sejuk. Sebab fungsi pun berbeza kan…

Bahan-bahan:
500g tepung beras (kurang pun takpe)
1bj telur
1sk garam
2-3sb gula
1sk serbuk kunyit
Secubit kapur makan

Cara membuat:

♦ Bancuh semua dengan air biasa. Agak-agak warna peach gitu. Part ni ada yang kata guna ais, tapi silap  percaturan nanti tak pasal-pasal adunan makin cair. Ingat, ais mencair bukan beku dalam tu.. Tak payh guna ais pun mmg rangup sangat berhabuk banyak tau..

♦ Jadi bila semua bahan sudah betul, lihat pula cara membuatnya. Adunan jangan pekat sangat,jangan cair sangat.

-Minyak wajib banyak,jangan kedekut(deep fried)
-Api wajib api besar (slow-slow kena tinggal)
-Jangan selam lama bahan untuk celup tepung. Nanti adunan mudah pekat
-Jangan simpan lama dalam peti adunan tu. Nak ulang guna wajib bancuhlah  sikit, kemudian campur dulu dengan yang sebelum tu
-Jika terlebih kapur,akan berbuih banyak dalam kuali nanti.  Jadi, tipsnya,perahkan sikit limau nipis atau limau kasturi. Alkali+acid=neutral balik.

Selamat mencuba!

Sumber: Achik Ita Jsd Kelantan