
Masak sup daging ni, jika salah masak atau kurang bahan-bahannya, memang sup akan berbau. Tapi jika kena resipinya dan cukup lengkap segala rempah, memang licin sup.
Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi sesetengah negeri, inilah masa untuk mencuba resipi baru. Barangkali inilah masa untuk mengajar anak memasak.
Jadi hanya menggunakan resipi yang mudah tapi sedap bolehlah kita memasak bersama anak-anak. Secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Maklumlah selama ini, anak duduk di asrama. Inilah masa untuk mengajar anak-anak memasak.
Bagi yang nak mencuba resipi sup daging untuk hidangan keluarga, apa kata cuba memasak dengan anak-anak resipi Sup Daging Ala Kedai Tomyam. Memang sedap. Nak buat pun mudah.
Ikuti perkongsian ini.

Saya gunakan pressure cooker.. Ala.. Pressure cooker yang berbunyi scary bila tgh masak tu
Kejap jela. Kalau rebus periuk biasa lama lah sikit.
Bila dah siap rebus, campak je 2biji kentang size kecik yang dah dibelah 2. Kalau besar sebiji cukup belah lah 4.
*yang tepi2 tu bukan periuk tak cuci ya. Itu keladak dari daging.






Ini pun ilmu gak ni. Kalau lauk utama berkuah, sayurnya kering. Kalau lauk utama kering ie ayam goreng, daging kunyit, ayam kunyit… Sayurnya berkuah. Tu je formula nya. Senang je. Kita buat dia. Semoga ilmu ini jadi bermanfaat. Amin
Selamat mencuba!
Sumber: Nik Hakimah