
Ibu-ibu kalau ke pasar mesti perasan harga sayur-sayuran semakin mahal harganya. Jika dulu RM10 boleh dapat seplastik sayur tapi kini dua tiga jenis sayur dah cecah RM20 itu belum lagi harga barang mentah yang lain.
Sebagai pengguna memang sukar kerana kita tidak ada pilihan lain selain membeli. Tetapi sebenarnya ada alternatif yang lebih murah untuk ibu-ibu cuma perlu tambah ilmu dan tahu teknik menanam sahaja.
Melalui perkongsian Harun Arun di facebook beliau, terdapat cara khusus agar pokok cili mengeluarkan hasil lumayan dan memercik buahnya. Andai ibu-ibu ikut step by step yang dinyatakan tidak mustahil pokok cili akan membuahkan hasil yang sama.
Senang cakap, kalau ikut caranya itu dapat tanam sepokok pun cukup sangat untuk kita sekeluarga. Jadi jimat belanja tak perlu lagi beli cili di pasar. Nak masak, petik sahaja berapa banyak yang diperlukan. Memang terbaik!
Buat 4 Langkah Ni
- Pertama sekali pastikan medium tanah hitam sawit boiler 80%, topsoil 20% dan tinja kambing 5 genggam.
- Baja kopi dan hormon ikan pula ditabur seminggu sekali.
- Apabila pokok sudah mula berbuah campurkan kalsium boron seminggu sekali.
- Akhir sekali lakukan kawalan serangga secara organik iaitu dengan membuat campuran menggunakan cuka kayu, daun semambu dan bawang putih.
Sumber : Harun Arun
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Tak Sangka Banyak Manfaat Garam Rupanya. Masukkan Ke Dalam Mesin Basuh & Lihat Hasilnya!

Garam merupakan salah satu bahan yang sangat penting bagi metabolisme tubuh.Banyak orang menggunakan garam hanya sebagai perasa saja, tapi sebenarnya garam memiliki kegunaan lain yang tak kurang pentingnya. Ramai yang tidak tahu mengenai hal ini.
Ternyata kegunaan garam banyak sebenarnya. Jom baca ni:
Campuran air suling dan garam akan menjadi air saline. Jenis garam seperti ini banyak digunakan hospital untuk infusi.
Mengubati sinusitis. Titiskan pada hidung dengan kandungan air garam untuk meredakan selsema, ini dapat dibeli di farmasi. Atau kamu juga boleh membuatnya sendiri dengan takaran 240 ml (satu gelas) air hangat + ½ sdt garam + ½ sdt baking soda.
Mengatasi gusi yang berdarah. Berkumurlah menggunakan air garam.
Mengatasi jerawat. Campurkan ¼ sdm garam dengan air hangat. Kemudian rendam kapas ke dalam larutan tersebut, lalu tempelkan kapas ke atas jerawat dan biarkan selama 1 minit.
Untuk detoks kulit. Larutkan secawan garam ke dalam tab mandi yang berisi air hangat. Mandi menggunakan air garam ini boleh mengeluarkan racun dari tubuh.
Mencegah rambut putih dan gugur. Selain itu, garam juga boleh mengatasi kulit kepala yang gatal.
Membersihkan pakaian kotor. Campurkan garam ke dalam mesin cuci ketika mencuci.
Untuk menghilangkan minyak pada selimut, gunakan 1 sdm garam. Selain boleh membersihkan, garam tidak akan merosak selimut.
Ketika kasut berbau tidak sedap, taburkan garam ke dalam, maka bau peluh yang tidak sedap akan terserap. Kasut yang diperbuat dari getah, pertama kali boleh direndam terlebih dahulu dengan air garam selama setengah hari. Hal ini membuat kasut menjadi lebih tahan lama dan tidak cepat rosak.
Rendam berus gigi ke dalam air garam panas selama 30 minit, maka hal ini akan membuat berus gigi menjadi tahan lama.
Setiap pagi minum segelas air garam, boleh membantu menjaga kesihatan jantung.
Mengatasi warna stoking kaki yang tidak sama. Masukkan stoking ke dalam air garam panas selama 1 jam. Setelah itu warna akan menjadi sama.
Rendam tuala baru dengan air garam, hal ini boleh mencegah tuala dari terjadinya tahi lalat.
Membersihkan kotoran pada spans yang digunakan untuk mengelap kotoran yang melekat pada kuali. Rendam spans ke dalam air garam selama semalam, keesokan harinya, spans tersebut akan bersih seperti baru.
Mengatasi karat atau efek terbakar pada kuali. Masukkan air dan garam secukupnya, biarkan selama 10 minit.
Sumber : thehealth
Kuih Bangkit Ibu Laris Dipromosi Tok Ti, Bantu Tampung Pengajian Lelaki Ini Sehingga Berjaya Genggam Anugerah Sarjana Cemerlang. Salute!

Impiannya segunung tinggi untuk menggenggam segulung Ijazah Sarjana. Biarpun berhadapan dengan masalah kewangan, namun dia nekad dan berusaha mencari pendapatan tambahan usai mendapat tawaran menyambung pengajian.
Lelaki bernama Ridzuan khalid ini merupakan pelajar Tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan membantu ibunya membuat kuih untuk menambah pendapatan keluarga.
Berkat Usaha gigih dan sokongan keluarga, dia berjaya melalui semua ujian tersebut. Lebih membanggakan bila mana berjaya menamatkan pengajian dan muncul sebagai Penerima Anugerah Sarjana Cemerlang.
Kisah lelaki ini dikongsikan menerusi laman instagramnya.
“Mesti ada yang teringat bagaimana saya sibuk belajar dan pada masa sama terpaksa menguli tepung bersama Opah Sapiah untuk memenuhi tempahan kuih bangkit #projekkuihbangkit.
“Ketika mendapat tawaran menyambung pengajian saya memang gembira tetapi pada yang sama saya tahu bakal berhadapan dengan masalah kewangan. Saya terpaksa berjimat kerana simpanan semakin susut dan elaun lewat diterima. Saya tiada pilihan lain.
“Pada awalnya Opah Sapiah agak keberatan tapi saya cuba yakinkan Opah Sapiah. Kami bermula agak perlahan dan susah. Orang tak tahu macamana kita struggle untuk berjaya,”tulisnya di ruangan kapsyen.
Allah bukakan rezeki dengan cara yang tidak disangka. Menurut Ridzuan lagi, segalanya berubah selepas dia menghadiahkan Kuih Bangkit kepada Dato’ Seri Siti Nurhaliza.
“Seorang kawan datang ke rumah dan memberitahu akan bertemu Tokti. Masa tu kebetulan ada stock kt rumah. Saya minta bantuan kawan untuk memberikan hadiah kuih kepada Tokti.
“Keesokan hari ketika di dalam kelas, saya pelik kenapa handphone saya tak henti vibrate. Notification untuk WhatsApp dengan IG penuh dekat skrin. Masa rehat baru saya bukak tengok. Allahuakbar! Tangan saya mengeletar.Jantung macam nak luruh. Tokti post gambar kuih kat Instagram. Macam dalam mimpi je. Opah Sapiah sampai menangis yeh.
“Terima kasih kerana mempromosikan kuih kami. Sejak tu kami tak menang tangan. Masa Aidilfitri 2017, beribu balang tempahan sampai kami terpaksa tolak. Masa tu jadi gila kejap. Mana nak belajar lagi..Mana nak mengadap kuih lagi. Tapi Alhamdulillah saya dapat bahagikan masa. Cuma sekarang terpaksa berehat kejap sebab abah tak sihat,”ulas Ridzuan lagi.
Disebalik setiap rezeki kita ada rezeki milik orang lain yang Allah SWT amanahkan. Alhamdulillah dengan izin-Nya dapat mereka berkongsi rezeki dengan pelbagai aktiviti kebajikan.Terima kasih Allah!
Saya dah berjaya menamatkan pengajian dan Anugerah Sarjana Cemerlang ini saya tujukan juga kepada Tokti. Ternyata post Instagram Tokti menjadi magis yang telah mengubah hidup kami. Terima kasih..Hanya Allah SWT yang mampu membalasnya.
View this post on InstagramA post shared by Ridzuan Khalid (@ridzuan2021) on
Kisah Ridzuan juga turut dikongsikan olegh rakannya menerusi laman twitternya.
Lebih manis lagi, perkongsian Ridzuan ini turut mendapat perhatian dari penyanyi nombor satu negara yang turut mengucapkan tahniah atas kejayaannya.
Sumber : IG Ridzuan Khalid
“Hantar ‘Report’ Balik Lewat Bukan Bermakna Takut Bini, Tapi Tu Tanda Respect & Hargai Isteri Kita. Deep Pesanan Lelaki Ni!

Ramai beranggapan, lelaki apabila sudah berkahwin sudah tak boleh melepak tengah-tengah malam seperti waktu bujang. Kononnya kena ‘ikat’ dengan isteri di rumah. Tak kurang yang melabelkan mereka ini takut bini. Walhal, bukan itu yang berlaku sebenarnya.
Bagi yang belum berkahwin terutamanya, mereka tidak faham kekangan yang dialami oleh insan bergelar suami ini yang mahu mengimbangkan masa antara sosial dan keluarga.
Justeru, apabila si suami ini memaklumkan kepada isteri setiap gerak geri, maka berbunyilah suara usik-mengusik yang mengatakan si suami ini takut bini.
Realitinya, si suami ini bukanlah takut bini, tetapi cuma menghormati insan bernama isteri yang sentiasa berada di sisinya.
Tapi, perkara itu sukar untuk dijelaskan menerusi perkataan kepada orang sekeliling lagi-lagi kepada rakan-rakan. Bak kata mat salleh “it’s complicated”.
Situasi tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Encik Matt. Dalam satu insiden, beliau berjaya memahamkan situasi itu kepada rakan-rakannya apabila disindir kerana melaporkan kepada isteri yang dia akan pulang lambat sedikit.
Lebih dari itu, Encik Matt juga berkata dia berjaya mengubah persepsi rakan-rakannya terhadap perkara ini.
Ikuti perkongsian dari Encik Matt..
Keluar masjid selepas isyak malam tadi terus rakan ajak minum di kedai. Saya kata sekejap nak bagi tahu isteri balik lewat sedikit. Kawan mula perli cakap takut bini, saya diam sehingga mula bercakap di kedai makan.
Kita bukan takut isteri, tetapi kita perlu respect dan hargai isteri kita. Banyak masa mereka uruskan hal rumah tangga. Sibuk jaga anak, siapkan hal persekolahan anak, makan minum anak. itu belum hal kita lagi, berus gigi kita pun mereka tahu bila perlu tukar, ‘gillette’ kita pun mereka boleh tahu bila perlu tukar.
Kadang-kadang diri sendiri pun tidak terutus, makan pun tidak sempat. Mata pun boleh lebam sebab tak cukup tidur. Kita malam boleh tidur lena, tetapi tidak isteri, berjaga malam susukan anak, tukar lampin anak, betulkan posisi anak.
Lagi penat bila anak demam, sanggup berjaga malam, itu pun sempat selimutkan kita untuk pastikan kita tidur lena, taknak ganggu tidur kita agar esok tidak mengantuk ditempat kerja.
Bila kita bangun nak tolong disuruhnya tidur kembali. Tidak mengapa sayang boleh jaga anak, demam biasa-biasa je ni, abang tidur ya..Allahurabbi, banyak jasa isteri tak mampu kita nak balas, sedikit pun tidak mengeluh, apatah lagi mengungkit.
Apa salahnya kita suami bagi perhatian kepada isteri, jadi pendengar yang setia setiap keluhan mereka. tatkala kita sedang ‘mengeteh’ sehingga larut malam, isteri menanti kesunyian dirumah. Bagilah masa yang ada ini untuk hargai mereka, luangkan masa bersama mereka dari buang masa mengeteh setiap malam.
Selalu hadiahkan sesuatu untuk isteri tanda menghargai mereka. Ada masa, ada wang, ajak mereka shopping, masuk SPA. Tidak mengapa bang kita susah cari rezeki, ini rezeki untuk anak-anak dan isteri juga. Isteri pun faham kemampuan kita. Dia lagi faham apa perlu dan apa yang tidak perlu.Sebab dia kenal ‘Poket’ kita.
Rakan matt mula on telefon. Matt jap aku nak call isteri dah makan ke belum dia. Betullah matt apa yang ko cakap, kadang-kadang kita tidak nampak susah payah mereka. Tanya dah makan ke belum isteri dah suka, walaupon kita dah tahu dia dah makan tadi. Betullah setiap hari perlu hargai isteri.
-EncikMatt-
#IsteriAnugerahYangTerhebatDariAllah
Sumber: FB enMatt