Kipas bila kerap digunakan sepanjang hari akan menyebabkan banyak habuk dan debu mudah melekat.
Kita pula bukanlah banyak masa dan rajin sangat nak mencuci kipas selalu, sementelah nak mencucinya pula agak renyah. Kena buka satu persatu bahagian, jejaringnya juga perlu dibersihkan sempurna.Betul tak?
Ini tip mudah dan paling senang untuk elak habuk melekat sekaligus, tak perlulah nak cuci kipas selalu.
Ads
Ini cara yang mudah untuk korang buat supaya habuk tak lekat dah pada bilah dan jaring kipas. Yup, ia bukan omongan kosong, bahkan kosnya murah yakmat, alaa gunakan pelembut fabrik dan cuka makan yang ada di rumah jer. Caranya: 1. Bersihkan bilah dan jaring kipas seperti biasa. 2. Campurkan pelembut pakaian, cuka makan dan air ke dalam bekas lain.Nisbah campuran ialah 1:1:1 pada setiap bahan. 3. Kacau sebati dan korang masukkan ke dalam botol berspray supaya lebih senang nak digunakan. 4.Sembur-sembur rata pada bilah dan jaring kipas. 5. Biarkan selama 5 minit, jangan lupa dilap semula dengan kain lembab. 6. Keringkan. Yayyy, kipas dah boleh digunakan seperti biasa tanpa ada lagi habuk yang melekat! 7.Ulangi semula , 2 atau 3 bulan sekali.Bukannya habuk tak melekat sampai setahun.Hu2
Ads
Senangkan? Korang ada tips lain tak untuk bersihkan habuk pada kipas ni??
Ads
Selamat mencuba!
Kredit: Alosnida Musa
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pelakon Nad Zainal, 30, selamat bersalin cahaya mata keduanya kelmarim. Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin melahirkan bayi seberat 2.9 kilogram pada sekitar jam 2.50 petang di sebuah hospital swasta, di ibu kota.
Menurutnya, dia bersyukur proses kelahiran dipermudahkan dan lancar. Bagaimanapun, dia belum memikirkan nama untuk bayinya itu.
Terdahulu, pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu berkongsi perasaan gementarnya kembali menjaga bayi selepas lima tahun. Akui Nad, semuanya berjalan dengan lancar.
“Bila masuk OT (bilik pembedahan), berborak seolah-olah tengah main batu seremban dengan doktor tu.. walhal perut tengah kena belah.
“Tak rasa stress langsung dalam OT, lagi stress kena swab!” dedahnya.
Nad mendirikan rumah tangga dengan suami, Muhammad Faliq Amirudin pada 18 Disember 2015. Pasangan itu dikurniakan anak sulung, Fahad Ibrahim yang kini berusia lima tahun.
Normala Samsudin kongsi rahsia kekal aktif dan awet muda meski usia sudah 61 tahun. Puan Sri Normala Samsudin, nama yang cukup besar dalam dunia pengacaraan Malaysia.
Normala Samsudin Kongsi Rahsia Kekal Aktif & Awet Muda Meski Usia Sudah 61 Tahun
Memiliki raut wajah yang jelita, anak kelahiran Segamat, Johor ini seorang yang berpendidikan tinggi dan berkarisma, melengkapkan pakej dirinya sehingga menjadi tumpuan orang ramai.
Mula mencorak kariernya sebagai seorang wartawan penyiaran dan melonjak menjadi pembaca berita waktu perdana, namanya kian bersinar saat mengacara program yang pernah menjadi ikutan ramai Seulas Pinang bersama Allahyarham Aziz Desa.
Tidak bernokhtah di situ sahaja, kualiti bakat yang dimiliki olehnya diangkat untuk menjadi pengacara bagi program Nona bermula dari tahun 2001 sehingga 2004. Lantas, namanya terus menjadi bualan ramai dan menjadi ‘brenckmark’ untuk setiap pengacara yang mengacarakan program tersebut.
Biarpun usianya sudah mencecah 61 tahun, suri hati Tan Sri Azmi Khalid itu tetap kekal cantik, seolah-olah tidak dimamah usia. Perkongsian dalam laman Instagramnya membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk menjalani kehidupan yang aktif.
Lihat saja segala aktiviti lasak yang dilakukan olehnya. Berbasikal, mendaki serta meneroka hutan belantara, membuatkan ramai yang teruja dengan perkongsiannya itu. Usianya tidak menghalang dirinya untuk menjejakkan kaki di Gunung Tahan, Pahang, Gunung Kinabalu, Sabah dan Gunung Batur, Indonesia.
Menurut Normala, ia bukanlah perkara baru bagi dirinya malah, sejak umurnya tujuh tahun, dia berjalan kaki sejauh empat kilometer untuk ke sekolah. Jadi, aktiviti lasak sudah menjadi sebahagian dari hidupnya.
Bayangkan sejak saya berumur tujuh tahun, saya berjalan kaki sejauh empat kilometer ke sekolah. Bagi saya, pergi balik ke sekolah itu ibarat satu latihan, sebab itu saya sebati dengan dunia lasak.
Malah, tambahnya lagi, saat kecil, dia bersama arwah datuknya meredah hutan untuk memburu kancil, ayam denak dan menjala ikan sungai. Jadi tidak hairanlah apabila ikon penyiaran ini berjaya meredah Sungai Merapoh sehingga Kampung Cegah Parah Pahang bersama 14 kru yang lain untuk program Seulas Pinang. Ramai yang teruja melihat aktiviti lasak yang dilakukan olehnya. Malah, ada yang senang hati melihat pemandangan hijau yang dikongsikan oleh Normala.
Pasti ramai yang ingin tahu mengenai rahsia menu makanannya yang menjadikan Normala awet muda dan kekal sihat. Bicaranya, dia tidak makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang sejuk. Praktisnya cuma minum air rebusan halia, serai rebus bersama kunyit, dua hingga tiga kali seminggu. Selain itu, Normala akui, amat menggemari sayur pegaga dan kecur.
SAYA SEBENARNYA KALAU NAK DIIKUTKAN, TIDAKLAH BERPANTANG MACAM-MACAM, SAYA JAGA (KESIHATAN) SEBAB SEMAKIN TUA, SEMAKIN BANYAK MAKANAN YANG SAYA ALAH SEPERTI TIDAK BOLEH MAKAN SEBAB ANGIN, KEMBUNG DAN SEBAGAINYA. CONTOHNYA, SAYA ALAH DENGAN PULUT SEJAK DARI MUDA LAGI.
Waktu lapangnya kini banyak dihabiskan bersama keluarga tercinta. Memahami jadual sibuk ketiga-tiga cahaya matanya, Asyraf Roslan, Dr Ruhila Roslan dan Rubilla Roslan, Normala sentiasa memastikan supaya dapat meluangkan masa bersama-sama, Mengadakan jamuan makan dan bersantai bersama anak-anak dan cucu di rumah pada hujung minggu, merupakan aktiviti yang sering dilakukan bersama keluarga.
Segala-galanya bergantung bagaimana cara dan mengikut kreativiti sendiri. Perkongsian Susun Atur Sioca ini cukup menarik dan sesuai untuk ibu-ibu praktikkan. Kaedah ini juga sesuai jika ada anak kecil. Patutlah perkongsian ini mendapat 12k ‘shared’. Setiap susun aturnya cukup sistematik, siap ada tagging untuk barangan. Mudah nak cari jadi tak adalah anak-anak akan sepahkan.
Rumah saya ada empat bilik dan satu airwell. Saya bahagikan ikut bilik utama, bilik anak, bilik baju, bilik buku dan ruang dobi.
Bilik tidur hanya ada katil sahaja. Tak ada barang lain. Almari baju pun tak ada. Baju semua di’one-stop-centre’kan di bilik baju. Side table juga tak ada.
Bilik anak-anak juga begitu. Hanya ada katil. Meja belajar, buku-buku semua di’one-stop-centre’kan di bilik buku. Kalau nak belajar, kami akan berkumpul setempat dan bawa semua keperluan belajar, dah sudah, letak balik di bilik buku.
Bilik baju saya gunakan konsep baju tergantung. Dah bertahun guna konsep ni. Saya merasa lipat baju waktu travel je kot sebab kena masuk beg, kalau tak mungkin tak merasa lipat baju haha. Konsep ini sangat membantu menjimatkan masa para ibu dan isteri.
Langkah dia semudah masuk baju dalam mesin, sidai guna hanger, angkut hanger ke tempat masing-masing di bilik baju, selesai! Pakaian kecil-kecil masuk je dalam kotak tapi pastikan satu jenis satu ‘rumah’. Kain pelikat, kain batik, tuala tu kena lipat tapi easy peasy ja tu. Kalau nak tanya tips urus baju, saya takmo cadang lain selain konsep ni hehe.
Bilik buku pula ada rak buku dan meja belajar. Itu sahaja. Nak bagi kemas, tersusun, efektif, sentiasa gunakan konsep SETIAP BARANG ADA ‘RUMAH’ SENDIRI. Jangan sekali-kali campur aduk bila kemas. Memang awal nampak kemas tapi bila nak guna pakai, dia akan berterabur semula. Mak saya cakap saya kemas sekali nak pakai setahun. Masin mulut ibuku. Memang saya kemas supaya senang maintain. Takmau kemas benda sama banyak kali.
Ruang dobi saya letakkan di airwell rumah. Developer buat ruang macam ni kat rumah. Dia sebenarnya langit terbuka tapi kami tutup dengan zink lutsinar supaya hujan tak masuk tapi cahaya matahari boleh masuk. Sidai baju boleh kering. Sidai orang pun boleh kering haha, betul panas. Di sini ada mesin basuh, ampaian, dan sedikit ruang untuk barang-barang stor contohnya cat, tangga dll.
Dapur, ruang tamu, ruang makan pun sama. Ada perabot asas sahaja dan memang digunakan seharian. Kalau yang tak ada function, saya tak akan beli. Kalau dah terbeli, saya akan let-go. Semua perabot tak bertukar selagi tak rosak. Sebab tu kalau mai dulu dengan sekarang, itu jugalah rupanya.
Dinding semua kosong. Tak ada sebarang deko kecuali jam dan cermin. Saya tak rajin nak lap habuk kat bingkai-bingkai tu semua. Dulu pernah cuba nak hias-hias tapi tak kena dengan jiwa. Cabut balik, let-go semua. Kat dapur je ada bingkai sebab nak tutup cela pada dinding (retak sikit sebab alih pintu toilet yang asal).
Rumah saya juga tak ada sebarang karpet kecuali satu pvc mat, meraikan tetamu yang lebih selesa duduk bawah.
Perjalanan minimalis saya ni entah bila mulanya. Tau-tau dah kosong je rumah. Adik saya cakap macam orang baru pindah. Haha.
Seronok. Lega. Tu perasaan saya dapat beritahu tentang journey ni. Banyak lagilah yang saya minimaliskan. Bukan rumah je, corak pemakanan, penjagaan seharian semua terkesan. Masih banyak perlu saya baiki. Masih banyak nak belajar. Kalau sempat saya kongsi di sini. Mana baik boleh jadikan tauladan.
Ps – Mak saya pun dah berjaya saya jebakkan penyakit minimalis ni. Rumah mak dulu banyakkkk barang tapi sekarang dah lapang.
Pps – Tengah PKP ni sesuai sangat nak kurangkan barang kat rumah tu. Buat mana yang mampu, jangan paksa diri. Nanti Ramadan fokus ibadah ok. ❤️
#minimaliswithsioca
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di