Kuih karipap adalah hidangan minum petang atau sarapan yang sering menjadi pilihan seisi keluarga. Selain beli, boleh cuba membuat sendiri di rumah.
Boleh cuba perkongsian resipi ini yang mendapat mendapat perhatian ramai hingga 7 ribu perkongsian.
Apa yang pasti anak-anak tentu suka makan panas-panas. Boleh lah cuba buat ketika hari raya haji nanti.
__________________________________________________________________
Dalam banyak-banyak resepi karipap yang saya dah pernah buat, yang ni yg paling sedap.
BAHAN BANCUHAN TEPUNG (kulit karipap)
1/2 kilo tepung gandum
1/2 cawan minyak masak
2 Sb tepung jagung
2 Sb tepung beras
1 cawan air sejuk dari peti ais
1 sk garam
BAHAN INTI
4 biji kentang (potong dadu kecil)
Sedikit ayam/daging ( cincang )
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 Sb rempah kari daging
1 Sk jintan manis
1Sk serbuk ketumbar
Cara memasak kulit karipap:
1. Panaskan minyak sehingga betul2 panas dan masukkan ke dalam tepung.
2. Kacau dgn senduk dan kemudian dgn jari sampai berderai.
3. Masukkan air. Uli sehingga sebati.
4. Bahagikan bancuhan bulat2 sesuai utk size 1 biji karipap. Rehatkan sekejap doh tersebut.
5. Nipiskan doh (jgn terlalu nipis). Masukkan inti, kemudian kelim atau guna acuan karipap 6. Goreng dengan api perlahan.
*saya pernah buat bancuhan tepung tanpa panaskan minyak. Alhamdulillah menjadi jugak cuma kurang rangup.
(Cara Membuat Inti)
1. Tumiskan bawang besar & putih sehingga naik bau.
Selamat mencuba!
Kredit: Fadila Sofia