Kuih karipap adalah hidangan minum petang atau sarapan yang sering menjadi pilihan seisi keluarga. Selain beli, boleh cuba membuat sendiri di rumah.

Boleh cuba perkongsian resipi ini yang mendapat mendapat perhatian ramai hingga 7 ribu  perkongsian.

Apa yang pasti anak-anak tentu suka makan panas-panas. Boleh lah cuba buat ketika hari raya haji nanti.

__________________________________________________________________

Dalam banyak-banyak  resepi karipap yang saya dah pernah buat, yang ni yg paling sedap.
Ambik resepi dari sini jugak. Cuma resepi inti je saya olah ikut cara saya.
Terima kasih empunya resepi (maaf lupa nama)

BAHAN BANCUHAN TEPUNG (kulit karipap)

Ads

1/2 kilo tepung gandum
1/2 cawan minyak masak
2 Sb tepung jagung
2 Sb tepung beras
1 cawan air sejuk dari peti ais
1 sk garam

BAHAN INTI

4 biji kentang (potong dadu kecil)
Sedikit ayam/daging ( cincang )
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 Sb rempah kari daging
1 Sk jintan manis
1Sk serbuk ketumbar
Sedikit daun kari
Garam dan gula secukup rasa.

Cara memasak kulit karipap:

Ads

Ini Rahsia Bancuhan Tepung Karipap Jadi Rangup. Memang Menjadi! Patutlah Viral. 

1. Panaskan minyak sehingga betul2 panas dan masukkan ke dalam tepung.
2. Kacau dgn senduk dan kemudian dgn jari sampai berderai.
3. Masukkan air. Uli sehingga sebati.
4. Bahagikan bancuhan bulat2 sesuai utk size 1 biji karipap. Rehatkan sekejap doh tersebut.
5. Nipiskan doh (jgn terlalu nipis). Masukkan inti, kemudian kelim atau guna acuan karipap 6. Goreng dengan api perlahan.

*saya pernah buat bancuhan tepung tanpa panaskan minyak. Alhamdulillah menjadi jugak cuma kurang rangup.

Ads

(Cara Membuat Inti)

1. Tumiskan bawang besar & putih sehingga naik bau.
2. Masukkan rempah dan daun kari. Masak rempah seketika kemudian baru masukkan ayam/daging, dan diikuti dgn kentang. Perasakan dgn garam dan gula sedikit. Boleh perasakan dgn kiub pati ayam.
3. Masak sehingga ayam/daging masak dan kentang lembut. (Inti jgn terlalu berminyak dan berair, biar betul2 kering).

Selamat mencuba!

Kredit: Fadila Sofia

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI