
Pernah tak anda alami masalah pakaian yang dicuci berbau walaupun diletak softner di dalam mesin basuh.
Rupa-rupanya ini disebabkan oleh ‘tahi. Jangan terkejut bukan najis tetapi kotoran hitam yang melekat pada mesin basuh yang tidak pernah dicuci selama ini.
Jika perhatikan, ada masanya kelihatan kotoran seakan-akan serpihan kertas atau tisu pada baju yang telah dicuci. Kotoran ini akan lebih jelas kelihatan pada baju berwarna hitam. Selain itu, mesin basuh yang kotor juga punca pakaian yang dibasuh dan ditinggalkan semalaman berbau kepam atau hapak.
Kalau ini berlaku, ibu-ibu boleh cuba tip menerusi video tutorial daripada Kedai Baikpulih Mesin Basuh dan Peti Sejuk -JDT bagaimana mahu membuka dan mencuci kotoran yang ada melekat pada mesin basuh masing-masing.
Melalui video dikongsikan ini, bagaimana lelaki ini bercerita cara untuk menghilangkan bau busuk pada pakaian.
Sumber: Kedai Baikpulih Mesin Basuh dan Peti Sejuk -JDT
Anak Ramai Tak Salah, Itu Rezeki. Jangan Salahkan Mereka Kalau Kita Tak Terurus. Deep Perkongsian Ibu Ni!

Sesetengah orang beranggapan anak ramai menyusahkan, tetapi mereka tidak sedar anak Itu adalah punca rezeki.
Tak perlu jadikan alasan anak-anak sebagai penyebab tidak boleh bebas seperti dulu, bahkan ada yang memberi alasan tiada masa menguruskan diri sendiri kerana masa lebih banyak ditumpukan buat anak-anak dan keluarga.
Sebenarnya,semua terletak pada individu Itu sendiri, bagaimana menguruskan masa. Perkongsian puan Mcyah Joanjett wajar dijadikan contoh.
Walaupun punya anak kecil tiada pembantu dan dalam masa yang sama merupakan seorang usahawan namun dia mampu menguruskan anak-anak. Malah penampilan diri tetap terjaga.
Bagi saya tiada isu penampilan dan anak ramai. Itu sebenarnya pilihan. Anak ramai tak salah. Terpulang bagaimana cara kita uruskan diri dan anak-anak.
Saya juga urus keluarga sendiri tanpa helper. Saya surirumah, sayalah bibik dan saya juga entrepreneurs.
Alhamdulillah masih mampu dan sempat lagi untuk menjaga penampilan diri dan anak-anak. Semua bergantung pada diri sendiri.
Anak itu rezeki. Jangan salahkan mereka kalau kita tak terurus. Kita yang tak pandai urus diri dan masa. Anak bukan punca nya.
Fikiran orang jenis macamni la yang membuatkan ramai menganggap kehadiran anak membuatkan kehidupan menjadi lebih teruk.
Nampak Moden, Tapi Sangat Konservatif. Kata Lisdawati “Anak Perempuan Kena Tahu Dan Rajin Buat Kerja Rumah”.

Dia punya aura tersendiri. Kelembutan bual bicara ditambah dengan personalitinya yang penyayang antara sebab kenapa dia mudah diterima sebagai ‘ibu baru’. Namun, akui pemilik nama Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin, 38 bergelar ‘ibu segera’ bukan sesuatu yang mudah.
Sementelah anak-anak tirinya ketika itu masih kecil. Tetapi bak kata pepatah alah bisa tegal biasa, dorongan dan sokongan sang suami banyak membantu memainkan peranan dalam membolehkan hubungan Lisdawati dan anak-anak tirinya menjadi akrab.
“Berkahwin dengan lelaki yang mempunyai anak, secara automatik saya perlu menerima kehadiran mereka seperti anak sendiri. Alhamdulillah, sejak bergelar isteri kepada fauzi Nawawi sehingga kini, hubungan saya dengan anak-anak tiri cukup rapat.
“Malah, selepas mempunyai anak sendiri, hubungan kami tidak renggang. Saya bersyukur kerana mereka dapat menerima saya sebagai ibu baru dan mungkin pendekatan yang saya gunakan melalui kasih sayang menjadi.
“Biasanya kalau mereka buat salah saya akan terangkan dan lama-kelamaan mereka faham. Saya tidak suka marah tanpa sebab kerana anak-anak makin membesar. Jadi saya suka buat mereka seperti kawan.
“Saya tidak mahu apabila mereka ada masalah, orang pertama yang mereka cari untuk luahkan perasaan adalah kawan. sebaliknya saya mahu mereka cari saya atau ayah mereka terlebih dahulu.
“Dalam mendidik juga, saya tidak bersikap berat sebelah. Baik anak kandung mahupun tiri semuanya saya anggap seperti anak-anak sendiri. Jadi layanan sama rata. Kalau buat salah tetap kena marah atau denda.
“Kalau marah, saya akan terangkan bukan sebab saya benci tetapi saya sayang. Saya lakukan semua itu dengan tujuan untuk mendidik mereka. Jujurnya saya memang garang dan lebih tegas dengan anak-anak berbanding suami.
‘Tetapi dalam masa yang sama saya sangat ‘open minded’ dan anak-anak bebas meluahkan apa jua masalah dan saya akan membantu sekadar yang boleh,” ujar Lisdawati yang mengakui tiada istilah ibu tiri dalam kamus hidupnya malah dia adalah mama kepada semua anak-anaknya.
Ikut ajaran ibu didik anak
Memiliki anak perempuan ramai, akui Lisda bukan satu perkara yang mudah. Sementelah zaman sekarang yang serba mencabar. Justeru, dia banyak mengikut ajaran ibunya dalam mendidik anak-anak.
“Walaupun nampak saya moden, tetapi sebenarnya sangat konservatif terutama kepada didikan anak-anak. Kalau di rumah, saya akan ajar anak-anak untuk buat kerja-kerja rumah sama-sama terutama anak-anak perempuan.
“Bagi saya anak perempuan kena tahu dan rajin buat kerja rumah. Kena bangun awal pagi, kemas tempat tidur dan bantu buat kerja rumah kerana senang apabila ke rumah mentua kelak. Saya tidak suka cakap kosong, sebaliknya praktik kan ajaran orang lama kepada anak-anak. Itulah ajaran ibu saya yang kini saya turunkan pula kepada anak-anak.
“Mungkin orang beranggapan ibu tiri sukar untuk berbaik dengan anak-anak tiri. Tapi saya tak kisah apa orang nak cakap. Yang penting anak-anak percayakan dan boleh terima saya seadanya.
“Ada masanya kami keluar bersama sama ada makan-makan atau menonton wayang. Saya nak mereka rasa mereka boleh berkongsi apa saja dengan kami, berbanding rakan-rakan.
“Saya juga selalu tekankan pada mereka, hubungan kekeluargaan dan sesama adik-beradik kena sentiasa dijaga,”tegas Lisdawati lagi yang mempunyai dua cahaya mata sendiri hasil perkahwinannya dengan fauzi iaitu Nur Aina Farhana dan Nur Aina Fazneesya.
Pelukan kukuhkan hubungan
Lisdawati mengakui tidak suka ada sempadan antaranya dengan anak-anak tiri. Pelukan kasih sayang antara yang dipraktikkan biarpun mereka kini sudah besar kerana baginya itu adalah satu cara untuk mengukuhkan perhubungan.
“Untuk memastikan hubungan menjadi erat kena ada ‘give and take’ tidak boleh sebelah pihak sahaja memberi. Kena kedua-duanya memainkan peranan. Barulah Berjaya sesebuah hubungan itu.
“Saya jenis yang suka suasana harmoni dan itu semua kena bermula di rumah dan orang yang paling penting memainkan peranan tersebut sudah semestinya ibu. Jadi, saya kena beri lebih ‘drama kasih sayang’ kepada anak-anak. Bermula dengan ‘drama’ barulah dapat mencambahkan kasih sayang.
“Yang lebih penting, tidak sekadar mengambil berat semata-mata, ibu dan ayah kena selalu beri pelukan, kata-kata nasihat, kasih sayang dan sebagainya.
“Ada keluarga yang tidak suka memberi pelukan dengan alasan anak-anak segan sudah besar.
“Tetapi berbeza dengan saya kerana pelukan itu ibarat pelengkap dalam rumah tangga dan mengeratkan hubungan. Anak-anak akan rasa lebih dekat dengan kita.
Sumber: Majalah Keluarga Julai 2017
Rumah Tak Muat Nak Buat Stor Simpan Barang? DIY Rak Bertingkat Ni Boleh Membantu!

Bila dah berkeluarga ramai ni, lagi-lagi bila anak semua dah meningkat dewasa, masing-masing nak ada bilik sendiri. Yang dulunya bilik stor, terpaksa la mak ayah mengangkut keluar barang, bagi keselesaan kat anak-anak punya pasal kan!
Kalau ada duit lebih boleh la tambah bilik kan, tapi kalau yang hidup bersederhana, kena la cari tempat baru nak simpan barang-barang dari dalam stor tadi tu.
Jangan risau! Syasya Safiyya ada penyelesaiannya! Jom ikuti perkongsian Puan Syasya buat transformasi dari tak ada tempat nak simpan barang, terus magik zappp siap pakej kemas lagi tempat simpan barang kita ni. Jom tengok!
Bahan-bahan yang diperlukan:
Papan jenis plywood
Bracket – beli braket untuk aircond
Engsel
Kunci
Langkah buat stor:
1. Buat ukuran dulu panjang dan lebar stor barang yang hendak dibuat. Sesuaikan dengan keluasan dan ketinggian dinding.
2. Pasang bracket, saya guna bracket aircond. Harga satu dalam RM7. Berapa tingkat rak, ikut cita rasa.
3. Lekatkan papan plywood pada dinding menggunakan engsel.
4. Kemudian potong plywood untuk buat pintu menutup setiap tingkat/rak.
5. Cat stor dan pasang kunci untuk memastikan keselamatan barang yang disimpan. Dah siap!
Idea ini juga boleh digunakan untuk membuat tempat menyimpan barang di dapur atau dalam bilik. Saiznya boleh dikecilkan mengikut ruang yang ada. Bagusnya tempat simpanan begini kerana ia tidak makan ruang serta dapat mengelakkan masalah barang bersepah.
Ada juga yang mencadangkan untuk dipasang damper cabinet (hydraulic) bagi memudahkan rak ini dibuka dan ditutup. Selamat mencuba!