
Mungkin ibu-ibu biasa cuci baju tetapi masih ada bau walaupun sudah diletak softner di dalam mesin basuh. Rupa-rupanya ini disebabkan oleh ‘tahi. Jangan terkejut bukan najis tetapi kotoran hitam yang melekat pada mesin basuh yang tidak pernah dicuci selama ini.
Jika perhatikan, ada masanya kelihatan kotoran seakan-akan serpihan kertas atau tisu pada baju yang telah dicuci. Kotoran ini akan lebih jelas kelihatan pada baju berwarna hitam. Selain itu, mesin basuh yang kotor juga punca pakaian yang dibasuh dan ditinggalkan semalaman berbau kepam atau hapak.
Kalau ini berlaku, ibu-ibu boleh cuba tip menerusi video tutorial daripada Kedai Baikpulih Mesin Basuh dan Peti Sejuk -JDT bagaimana mahu membuka dan mencuci kotoran yang ada melekat pada mesin basuh masing-masing.
Melalui video dikongsikan ini, bagaimana lelaki ini bercerita cara untuk menghilangkan bau busuk pada pakaian.
Sumber: Kedai Baikpulih Mesin Basuh dan Peti Sejuk -JDT
Seminggu Sekali Kena Tekan 2 Butang Ni Untuk Periksa ‘Water Heater’ Selamat Digunakan Atau Tidak. Sila Take Note!

Boleh dikatakan setiap rumah ada water heater atau pemanas air yang dipasangkan di dalam bilik air, bagi memberi keselesaan seisi keluarga mandi air panas lebih-lebih ketika mandi di waktu pagi.
Tidak macam dulu-dulu, ada yang ‘bercinta’ hendak mandi pagi disebabkan air di kolah terasa sangat sejuk. Sekali jirus ke tubuh, terus terasa hingga ke tulang sejuknya. Itu sebablah juga, kerana kasihan melihat anak-anak menggigil mandi kesejukan ramai ibu-ibu yang menyediakan air yang dimasak terlebih dahulu di dalam cerek untuk dijadikan air mandian untuk anak-anak.
Tapi bila adanya water heater ini, tidak lagi. Semuanya menjadi lebih mudah dan seisi keluarga boleh mandi dengan selesa, tanpa menggigil lagi. Tinggal petik suiz, tersedia air panas.
Pun begitu, tahukah anda bahawa water heater ini perlu diselenggarakan secara berkala. Jangan kita tahu guna sahaja dan akhirnya mengundang bahaya pula pada keluarga. Jadi ilmu ini sangat penting bagi memastikan keselamatan keluarga terjamin.
Caranya sebagaimana yang dikongsikan oleh salah seorang pengguna aplikasi TikTok @jambanking_kongmee_oe, lelaki ini berkongsi cara mudah untuk anda lakukan sebagai rutin untuk memeriksa sama ada water heater selamat digunakan atau sebaliknya.
Ujarnya lagi, pemeriksaan water heater perlu dilakukan sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.
Cara Buat Pemeriksaan Keselamatan Water Heater
Langkah 1 : Buka air terlebih dahulu.
Langkah 2 : Kemudian tekan butang test dan pastikan tiada lampu yang menyala. Itu menandakan water heater di dalam keadaan elok atau selamat digunakan.
Langkah 3 : Seletah selesai buat pemeriksaan tekan pula butang reset dan sedia untuk digunakan. Dicadangkan lakukan pemeriksaan ini sekali dalam seminggu.
Untuk lebih jelas lagi boleh juga tonton video ini yang berjaya menarik perhatian lebih 400 ribu tontonan. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.
Sumber : TikTok @jambanking_kongmee_oe
ARTIKEL MENARIK:“Tak Nak Beli Kereta Mahal Dah. Serik….”-Dr Ni Kongsi Pengalaman Beli Kereta Bebankan Poket, Habis Duit Gaji!
LAGI ARTIKEL MENARIK :“Rumah Persaraan Sebaiknya Kecil & Setingkat Sahaja”-Dr Azizul Azli Jelaskan Cara Nak Persiapkan Rumah Persaraan!
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Resipi Udang Belon Ala Thai Sedap & Mudah Guna 4 Bahan Je. Nak Hasil Udang Cantik, Ini Caranya!

Selalunya bila ke kedai makan, ini antara menu yang dipilih. Udang celup tepung yang simple tapi sedap. Anak-anak pun suka.
Apa kata hari ini boleh cuba buat sendiri di rumah. Mudah dan sedap dimakan sebagai snek minum petang bersama seisi keluarga.
Admin kongsikan resipi air tangan dari Puan Fatyma Idris. Selamat mencuba!
RESEPI UDANG BELON ALA THAI GUNA 4 BAHAN JE
Bahan-bahan
Udang
Tepung blue key self raising flour (kotak warna pink)
Telur
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Cara-cara
1. Bersihkan udang. Buang kulit udang tapi bahagian ekor dibiarkan je.
2. Campur semua bahan-bahan yang lain. (tepung, telur, garam)
3. Masukkan air secukupnya. Taknak cair sangat, tak nak pekat sangat. Buat biar boleh lekat elok adunan tepung dengan udang.
4. Celup udang dalam adunan tepung kemudian goreng dalam minyak yang panas.
5. Angkat dan toskan. Sedia untuk dihidang.
Nota: Untuk hasilkan udang belon yang cantik boleh guna pencungkil gigi untuk buang kotoran belakang udang jadi tak perlu nak belah belakang udang tu.
Ahh jomm. Selamat mencuba.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Nubhan Ambil Tugas Jaga Anak Buah Selepas Kakak & Abang Ipar Positif Covid-19. Mohon Didoakan!

Dengan peningkatan jumlah pesakit Covid-19, saban hari semakin bertambah pula insan-insan yang kita kenali dan rapat menjadi mangsa wabak ini. Tentunya hal ini menjadi suatu perkhabaran yang membuatkan hati kita gusar, sebak dan berharap agar mereka itu segera sembuh. Sekali gus mengharapkan agar segera diangkat penyakit yang cukup digeruni ini dan agar kita dapat hidup seperti sedia kala.
Terbaharu, meninjau perkongsian daripada penyanyi Nubhan di akaun instagramnya, rupanya kini dia mengambil tugas menjaga empat anak buahnya selepas kakak dan abang ipar disahkan positif Covid-19.
Nubhan berkata, dia berasa sebak melihat keadaan kakak dan abang iparnya yang terpaksa berjauhan dengan anak-anak mereka buat sementara waktu.
“Hari ini (dua hari lepas) kakak dan abang ipar saya disahkan positif Covid-19, namun hasil saringan yang dijalankan terhadap anak-anak mereka adalah negatif.
“Jadi saya akan menjaga mereka sementara ibu bapa mereka menjalani tempoh kuarantin di rumah. Doakan agar mereka semua selamat.
Baru Kehilangan Keluarga Akibat Covid-19
Menurut Nubhan lagi, bahawa abang iparnya baru saja kehilangan ibu serta adiknya akibat wabak Covid-19.
“Jadi bertimpa-timpa dugaan yang dihadapi keluarga kami hingga membuatkan saya berada sebak. Sama-sama kita doakan semoga famili saya dan kita semua dilindungi,” ujarnya dan memohon agar warganet turut mendoakan kesembuhan buat kakak dan abang iparnya.
Ahli Keluarga Lain Juga Dijangkiti
Menurut Nubhan, ketika ini bukan sahaja kakak dan abang iparnya disahkan positif, malah terdapat ahli keluarga lain turut dijangkiti wabak berkenaan.
“Jadi sebak bila tengok ahli keluarga dalam keadaan begini. Apabila sudah pulih nanti, saya akan bawa anak buah kembali bertemu ibu bapanya.
“Keluarga saya ada yang menderita kerana Covid-19. Ada yang di pusat kuarantin dan menjalani kuarantin sendiri.
“Ya Allah… bila Covid-19 ini nak berakhir… Sedih bila dengar berita-berita begini,” katanya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata ramai yang mendoakan agar segera sembuh dan ramai juga memuji tindakan Nubhan untuk menjaga anak-anak buahnya. Bahkan ramai juga yang tumpang sebak dan mengalirkan air mata melihat empat beradik terpaksa meninggalkan ibu dan ayah yang positf Covid-19 di rumah bersendirian.
Sumber : Ig @nubhan.ahamad
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520
Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR ONLINE BERKEBUN CILI DI HALAMAN RUMAH dengan daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/berkebun-cili-di-laman-rumah/ Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club