Ini Proses Pendaftaran Kelahiran Anak Ketika PKP. Follow Cara Ini.

Share
Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, tentu ada keluarga yang menunggu hari detik kelahiran cahayamata. Jika sebelum ini proses mendaftar anak kelahiran anak perlu dilakukan segera dalam tempoh tertentu termasuk daftar nama dan sijil kelahiran. Namun sejak PKP tentu situasi agak berbeza memandangkan agensi pendaftaran tidak beroperasi.
Menerusi sebuah perkongsian bermanfaat, di laman facebook telah memberi penjelasan cara melakukan pendaftaran kelahiran anak ketika dalam tempoh PKP.
Ikuti perkongsian ini.

 

Alhamdulillah.

Selesai sudah hal pendaftaran kelahiran. Terima kasih buat sahabat yang bantu. Terima kasih juga JPN kerana respon dengan cekap. Untuk makluman, due to #MCO, pihak JPN ada menyediakan kaunter khas untuk pendaftaran kelahiran / kematian. TETAPI melalui urusan TEMUJANJI sahaja.

Bagaimana?

Meh aku cerita.

Boleh email permohonan anda ke Unit Komunikasi Korporat di pro@jpn.gov.my. Anda ceritakan secara detail info kelahiran/kematian. Yang penting sekali jangan lupa letak LOKASI anda.

Kemudian mereka akan forwardkan email anda ke Bahagian Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat (BKKAA) mengikut lokasi anda.
Untuk makluman, peringkat negeri hanya JPN ibu negeri sahaja yg buka. Klang Valley hanya Jalan Duta. Aku buat di Putrajaya sebab aku terlupa beritahu lokasi di dalam email.

BKKAA akan berhubung dengan anda melalui email. Mereka akan minta anda untuk hubungi nombor bahagian mereka bagi menetapkan tarikh dan masa temujanji.

Selesai penetapan masa/tarikh temujanji, BKKAA akan menghantar surat temujanji kepada anda melalui email or whatsapp. Surat aku dihantar melalui whatsapp.

Kemudian,anda perlu print surat temujanji tersebut dan bawa ke JPN pada hari yang ditetapkan. Anda tunjukkan surat tersebut pada Pengawal Keselamatan untuk daftar masuk.

Oh ya. Surat tu juga penting sebab anda kena tunjukkan pada encik polis apabila ditahan di roadblock. Macam aku, 5 -6 roadblock kena tempuh dari Gombak ke Putrajaya.

OK. Clear?

Sekian khidmat masyarakat untuk hari ini.

*******UPDATED*******

Untuk mengelakkan kekeliruan, bagi kelahiran anak yang masih baru (April) dan masih lagi dalam lingkungan 60 hari(SOP JPN), rasanya tak perlu tergopoh gapah untuk daftarkan kelahiran. Boleh tunggu hingga PKP tamat. Tambahan pula pihak JPN sekarang sedang mencari mekanisme baru untuk kes yg lewat lebih 60 hari. Mungkin akan ada kelonggaran. Tetapi jka ada keperluan mendesak atau kecemasan, boleh email dan dapatkan temujanji. Nyatakan secara detail informasi anda di dalam email tersebut. In shaa Allah mereka bantu.

Begitu juga hal pendaftaran Kematian. Untuk pendaftaran Kematian tiada had tempoh. Jadi, anda boleh tunggu hingga PKP tamat. Tetapi jika ada keperluan mendesak atau kecemasan, boleh email dan dapatkan temujanji.

Untuk keterangan lanjut, boleh juga berhubung terus dengan JPN negeri seperti nombor di bawah.

PENDAFTARAN KELAHIRAN DILANJUTKAN 

Pendaftaran kelahiran dan kematian dilanjut 90 hari selepas tamat tempoh PKP, bayaran penalti akan dikecualikan.

Harap maklum.

Sumber: Encik Belo dan Kementerian Dalam Negeri (KDN)