Ini Petua Masakan Daging Goreng Kunyit Supaya Kekal Lembut Dan Tak Liat Walaupun Dah Sejuk.

Share

Hari Raya Korban ini pastinya ada yang dapat sumbangan daging korban. Salah satu resipi yang popular adalah daging goreng kunyit.

Jadi, ikuti resipi yang dikongsi oleh puan Nana Ismail yang menyediakan tip supaya daging goreng kunyit kekal lembut dan tak liat walaupun dah sejuk.

TERKINI: Ustaz Ini Dedah Amalan Syamsul Yusof! Tak Sangka Ini Rahsia Kutipan Mat Kilau RM71 Juta. Cipta Sejarah!

TIPS NAK GORENG DAGING KUNYIT SUPAYA LEMBUT DAN CARA YANG BETUL

Ramai betul yang goreng daging terlalu lama sebab nak pastikan dia lembut dan masak.

Masalahnya bila buat macam tu, daging akan bertambah kecut, kering dan lembut masa tengah panas-panas ja. 

 

1. Daging tu nak senang potong dan tak julinggg mata nak usya urat-urat dia adalah dengan balik-balikkan daging tu dalam kuali panas tanpa minyak. ( dalam dia of coz la masih mentah). Nanti korang akan nampak urat dia lebih jelas dan mudah nak potong. Takdelah dia nyekk nyekk macam jeli. 

2. Lepas dah hiris nipis, korang goreng daging tu tanpa minyak biar air daging tu keluar dan kering. Lepas tu angkat laaa.

Nanti daging tu akan nampak macam berebuss tapi tak nahhhh. Nana just keringkan air daging tu dalam kuali tanpa minyak ja. ( Gambar contoh nak habaq)

3. Haaaa dah settle 2 step tu baru la korang lumur daging buh kunyit dan garam. Korang boleh tengok daging nana tu haaaa. Nampak kering macam daging yang direbus kan? 

Nana lumur dengan kunyit. Kering tanpa air daging tapi kat dalam berjussss yaaa.

4. Lepas tu korang buh minyak then goreng macam biasa. Tempoh nak bagi lembut daging tu singkat ja.Korang akan perasan, daging tu nampak tak kecut dan berjusssss gituuu. 

 

Goreng sat sat jaaaa. Daging tak kecut ye
Kalau buat ikut tips nana tu, takdelah air daging tu keluar masa kita goreng. Yang berair tu la yang buat daging lambat nak lembut. Bila goreng lama-lama, jadi kecut dan tak best

5. Lepas tu macam biasa laaa tumis bawang, cabai, buh sayur then bagi terjun balik daging tu. Settle.

 

Nampak sedap dan tak kering kan

 

Sumber: Nana Ismail

 

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club