Apabila sebut sahaje teh tarik tentu kita sudah dapat membayangkan aroma yang wangi dan rasa manis minuman ini. Tambah kaw apabila teh tarik di tarik sehingga kelihatan buih diatas gelas. Inilah minuman paling popular di kedai mamak. Siapa yang nak kaw, nak kurang manis atau biasa, minta sahaja pilihan masing-masing. Rindu kan, nak pergi kedai mamak.
Oleh kerana PKP, tentu semua hasrat itu tidak dapat dipenuhi buat sementara waktu. Namun jangan risau semua ini boleh kita cuba jika tahu rahsia untuk membuat teh tarik kaw seakan kedai mamak.
Apa kata ikut cara penyediaan teh tarik kaw dari dapur sendiri yang dikongsikan resipi dan cara penyediaannya oleh Nazia Suhaimi,
Ikuti caranya.
Dah 30 tahun hidup, saya masih tak pandai buat Teh Tarik. Itu hari saya balik Pahang, saya tengok Mak Ngah dan Mak We bancuh air teh susu. Pehh memang berebut orang minum. Saya tanya diaorang apa resepi kejayaan air teh panas yang sedap.
Nahh inilah hasilnya. Sedap bak hang. Sebijik macam ngeteh dekat kedai. Musim-musim PKP ni, eloklah kita kalau kita ngeteh di rumah saja. Sahut seruan TSMY
BAHAN-BAHAN
Teh serbuk
Susu cair
Susu pekat manis
Air panas
RUJUK GAMBAR CARA PENYEDIAANNYA
Guna teh serbuk jenama Boh. 5 sudu dalam kole ini.
Ini rupa serbuk teh dalam kole
Masukan air panas hingga penuh.
Tunggu sekejap sehingga teh serbuk tadi kembang.
Teh dah kembang, tapis masa tuang ke dalam jug. Jug pink tu saiz sederhana.
Okay, ini rupa air yang dah ditapis.
RUPANYA KENA ULANG BANYAK KALI TAPIS TEH DAN TAMBAH SUSU CAIR UNTUK RASA KAW!
Okay, repeat lagi sekali. Teh serbuk yang tadi. Isi lagi air panas sampai penuh kole.
Tuang dalam jug pink tadi.
Sudah nak hampir penuh tu. Ulang lagi langkah yang sama sampai penuh.
Kemudian letak susu pekat. Saya letak 5 sudu sus pekat manis. Baru kaw.
Campurkan susu cair sikit. Jangan banyak sangat, terlebih lemak tak sedap pulak.
Nak buat sambal tumis ni memang kena ilmu yang cukup cara penyediannya. Jika salah skill memang buat hilang selera. Sambal tumis ini kena sedap terutama sambal nasi lemak supaya rasanya wow!
Menarik perkongsian puan Rafiza Idayu mengenai cara memasak sambal tumis supaya menjadi lebih sedap. Malah resipi ini telah mendapat lebih 87K share.
Ikuti lanjut perkongsian ini.
Terdapat banyak versi resipi sambal tumis. Tetapi teknik memasak yang membezakan rasa dan tekstur sambal tersebut. Resipi ini diperolehi daripada seseorang yang berniaga nasi lemak di kampung. Hasil jualannya dapat membiayai anak anaknya hingga universiti.
BAHAN KISAR
1. 1 genggam lada kering direbus dan ditos 2. 3 ulas bawang putih 3. 1 inci halia
Kesemua bahan ini dikisar.
Dahulu saya kisar sekali dengan bawang besar tetapi menurut makcik tersebut untuk lebih sedap bawang besar perlu digoreng hingga naik bau.
BAWANG BESAR
2 biji bawang besar. (Sebiji saya hiris nipis dan sebiji saya hiris kasar)
Ini bawang besar yang diasingkan daripada bahan kisar.
MINYAK
Panaskan minyak masak.
Anggaran minyak masak lebih kurang setengah cawan. Memang masak sambal tumis minyaknya agak banyak.
Dulu saya suka masak guna minyak sedikit sahaja (konon konon nak jaga kolesterol). Sekali tengok assistant chef memasak di dapur sendiri guna minyak masak banyak… oh begitu ya…. untuk pastikan lada tersebut betul betul masak katanya.
TUMIS BAWANG
Apabila minyak betul betul panas, masukkan bawang besar yang telah dihiris tadi.
Tumis bawang besar hingga naik bau.
Nota :
Dulu saya tak tahu rupanya kena masak sampai naik bau sahaja. Yang saya masak sampai dah kuning macam nak garing.
Rupanya untuk melayukan sahaja. Nanti selepas dah siap, bawang merah itu akan hancur semasa proses menumis.
Kalau macam garing dia macam ‘tak jadi’ sebab dia akan keras dan macam meliat. Jadi bawang tersebut tidak akan hancur dan jadi macam bertali.
TIP TUMIS NAIK BAU
Macamana nak tahu bawang yang ditumis dah naik bau ?
Letak tangan atas kuali dan bawa angin yang terbebas semasa proses menumis rapat ke arah hidung kita.
Belajar belajar la bau bawang wangi digoreng bagaimana.
Ini pun belajar dengan assistant chef yang menguruskan salah sebuah restoran melayu di timur tengah.
Tips salah : Jangan bawa hidung ke gigi kuali, kalau terpercik minyak di muka..akak tak bertanggungjawap.
Dah naik bau, tuangkan bahan kisar tadi.
BELACAN BAKAR
Wah, ini yang legend! Masukkan belacan bakar. Yang ini optional. Nak masuk boleh, tak masuk pun boleh.
TUMIS JADI LEBIH PEKAT
Kita teruskan proses menumis. Minyak tadi hampir kering diserap bahan kisar. Sebab itu kuantiti minyak perlu dilebihkan.
Tumisan bahan kisar akan menjadi lebih kental dan pekat. Kalau rasa macam kurang minyak, boleh tambahkan sedikit.
Saya masak guna api sederhana.
Proses menumis sambal tumis memang agak mengambil masa supaya ‘terbit minyak’ agar bahan kisar kita ditumis dengan betul betul masak.
TUMIS PECAH MINYAK
Proses terbit minyak aka pecah minyak.
Ini salah satu teknik yang penting. Memang kena masak sampai terbit minyak untuk menjadikan sambal tumis kita tahan lama dan sedap.
Apabila terbit minyak bermakna bahan kisar telah dimasak dengan betul.
GULA
Masukkan gula.
Yang ini pun ada banyak versi. Ada orang suka versi manis sedikit. Ada orang memang masak sambal tumis tak ada gula.
Kita ikut majoriti di pasaran memang sambal tumis yang manis sedikit lebih digemari ramai.
Saya guna 6 sudu gula perang (brown sugar). Selalunya saya letak gula nisan (gula kerek orang Terengganu panggil). Stok habis, guna apa yang ada. Gula putih atau gula melaka pun boleh.
Tumis sebentar. Gula akan ‘caramelised’. Proses ini akan menyedapkan lagi sambal tumis kita. Sambal tumis akan bertukar dari warna merah oren kepada warna merah maroon apabila gula caramelized.
Masukkan air mengikut kepekatan yang diingini.
Saya masukkan lebih kurang 3/4 cawan air.
*air yang digunakan adalah air biasa. Saya goncangkan dalam blender sebab itu warnanya keruh
Masukkan ikan bilis. Ini pun banyak versi. Ada orang goreng dahulu. Ada orang kisar sekali dalam bahan kisar. Ada orang goreng separa masak. Ada orang tak goreng.
Ok Ini saya cuba tak goreng sebab ada orang kongsi tips kata kalau ikan bilis berkualiti tinggi tak payah goreng supaya rasa ikan bilis tersebut enhance ke dalam sambal tumis.
AIR ASAM JAWA
Masukkan 3 sudu air asam jawa.
Ada yang guna asam keping. Pun boleh. Dalam 2 ke 3 keping.
Memang saya masak selalu guna asam keping, tetapi saya perasan sekiranya guna asam jawa rasanya lebih umph!
Masukkan garam secukupnya.
Biarkan bahan bahan tadi masak dengan mesra. Niatkan bahawa sedapkan masakan aku untuk keluargaku. Perkuatkan kasih sayang kami. Doa dalam bahasa masing masing lebih mudah. Insya allah, tuhan mendengar doa kita
Alhamdulillah. Cantik kejadian sambal tumis kita.
Sambal tumis ikan bilis.
*Tahukah anda, selepas seharian sambal tumis kita akan menjadi lebih sedap kerana bahan bahan lebih mesra.
Kebanyakan peniaga nasi lemak memang memasak sambal tumis sehari sebelum.
Siap stok seminggu. Lepas ini tinggal panaskan sahaja kalau nak masak. Boleh disimpan chill.
Rasa manis-manis daripada udang pasti akan membuat masakan anda lebih aroma dan kelazatan yang lebih memukau. Bagi ibu-ibu yang jenis mengopek kulit udang, pasti rasa membazir kan kalau dibuang begitu sahaja.
Kalau rajin, apa kata ibu-ibu buat stok daripada kepala dan kulit udang. Sesuai sangat kalau ditambah dalam masakan berkuah seperti mee kari, char kuey teow, sambal, tomyam, sup, dan sebagainya. Tip ini dikongsikan oleh puan Salmah Shahidan
Salam Jumaat & Salam hujung minggu
Cik Abe beli udang segar sekilo semalam, siap suruh siang kulit semua nnt nk makan senang katanye
Ada yg buat mcm nie X… ada gunanya tau
Nak tahu Rahsia penyedap masakan……. Air rebusan kulit ngan kepala udang sekarang nie udang kan mahal …… syg nak buang kulit ngan kepala udang je……. so sya bt mcm dlm gambar Rajin nyaaa Hari Nie
Cara membuat:
Basuh bersih…. rebus kulit dan kepala udang, kemudian kisar dan tapis untuk dapatkan stok air udang.
Kulit ngan kepala udang di blend sampai hancur dan halus…..
Tapisan pertama
Tapisan kedua
So boleh jadikan stok udang dan bekukan. Nanti senang nak masak sayur air ke, nak masak mee kari, tomyam, kita guna stok air udang nie…… kann²…… Nk grg mee atau nk bt mee kuah boleh masukkan…… nk bt coq udang pun boleh bu
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Buat penggemar ikan Salmon, resipi ini wajib dicuba.Jika selalu ikan salmon hanya dipanggang sahaja, sesekali apa kata di masak kari pula namun tanpa santan.
Rasa ikan salmon yang berlemak ditambah aroma rempah ratus kari pasti mampu memikat selera dan memenuhi cita rasa seisi keluarga.
Bahan-bahan:
2 ketul kepala ikan salmon dibelah dua
4 sudu besar rempah kari ikan (jadikan pes)
1 labu bawang besar (dikisar)
5 ulas bawang putih (dikisar)
1 cm halia(dihiris)
1 cm lengkuas (diketuk)
2 batang serai (diketuk)
2 biji cili merah/hijau
2 biji tomato (dibelah 4)
5 sudu besar air asam jawa
1 batang kulit kayu manis
daun kari
kacang bendi
minyak masak
garam dan perasa
Cara Membuat:
Panaskan minyak dan tumiskan bawang kisar dan daun kari sehingga naik bau.
Masukkan pula serai, lengkuas, halia dan kulit kayu manis sehingga berbau harum.
Masukkan rempah kari ikan dan tumis sehingga pecah minyak.
Tuang air asam jawa. Kacau sebentar.
Masukkan air ikut mengikut kepekatan dan cita rasa, biarkan mendidih.
Tambah garam dan perasa, reneh sehingga kuah kelihatan pekat.
Masukkan kepala ikan, biarkan sehingga separuh masak kemudian tambahkan kacang bendi, buah tomato dan cili merah/cili hijau.
Info Ekstra: Boleh juga gantikan dengan isi ikan salmon.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang ibu wanita tempatan melaporkan bayi lelakinya yang berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di kawasan Kangkar Pulai, Johor Bharu semalam.