Pernah tak anda mengalami masalah tiba-tiba suami jatuh sakit dan anda tidak tahu apa yang harus dilakukan. Demikian yang terjadi pada Jiha Shuib apabila suaminya tiba-tiba collapse akibat serangan strok.
Tidak pernah menyangka perkara begitu boleh memberi impak yang cukup besar padanya kerana selama ini tidak mengambil kisah bab simpanan waktu kecemasan, jauh sekali untuk bertanyakan kepada suami number pin ATM nya.
Disebabkan pengalaman tersebut, Jiha ingin berkongsi dengan wanita lain di luar sana tentang info penting yang sepatutnya seseorang isteri ambil peduli supaya tidak gelabah apabila berlaku kecemasan.
Berikut 7 Perkara Penting Yang Isteri Kena Ambil Tahu Dari Suami:
Degil Untuk Berhenti Merokok
Aku rasa keluarga aku adalah contoh keluarga tipikal, orang biasa berpendapatan sederhana dan kedua-dua kami bekerja. Ada hutang kereta sederhana, ada 2 anak sekolah, ada hutang sewa rumah yang biasa-biasa, ada hutang pinjaman peribadi dan komitmen biasa macam penapis air bayar bulan tu. Alah, yang biasa-biasa saja. Golongan sederhana yang cukup-cukup makan setiap bulan.
Ada orang yang beringat buat simpanan kecemasan, ada simpan rekod kewangan kedua-dua pasangan dan ada sumber pendapatan pasif, tapi kebanyakan orang? Macam kami yang tak pernah sangka akan alami benda-benda begini tak ada pun kesedaran untuk buat sesuatu. Sepatutnya aku kena sedar dah risiko bila suami aku degil untuk berhenti rokok. Dia curi-curi hisap rokok di luar, masih merokok berpuntung-puntung waktu bekerja. Walaupun banyak kali kena serangan asma dan sesak nafas, tetap dia merokok balik.
Gedegang! Tiba-tiba dia collapse. Senyap, sunyi dan kaku.
Ads
Tidak Tahu Nombor Pin ATM
Masa awal tu aku masih okay, ada keluarga sahabat handai yang sedekah duit dalam genggaman setiap hari. Lagipun dalam keadaan terkejut beg tangan aku dan dompet Saiful entah kat mana-mana. Tak boleh fikir dah aku pasal duit ke, masa depan ke apa. Hari berlalu dengan slow-motion, dunia aku siang malam hanya di sekeliling katil Saiful terbaring kaku tu. Tapi bila doktor mula cakap suruh belikan barang itu ini, aku mula gelabah. Mana aku nak ambik duit ni? Dalam bank? Eh, itu duit untuk bayaran bla…bla…bla….
Dalam akaun Saiful ada duit belanja rasanya. Tapi… Eh, aku mana tau nombor pin dia. Aku tak pernah tanya dan tak pernah terasa nak ambik tau, hulur tangan terima duit aku tau.
7 Perkara Isteri Kena Ambil Tahu:
Disini titik permulaan persoalan-persoalan yang sepatutnya seorang wanita ambil peduli sebelum terlambat.
1. No. Pin akaun-akaun bank suami. Ini #palingpenting dan #palingsulit. Kalau tak memang gelepar lah nak beli katil, nak beli susu, nak bayar kos ujian-ujian hospital (GL pun tak leh cover cukup tau), nak beli tilam angin, tiub-tiub hidung, tiub-tiub kencing, krim-krim, stokin preassure, mesin angin tilam, lampin dewasa, kos ulang alik hospital, kerusi roda. List dia panjang tau, panjang berjela-jela.
Ads
2. Passcode online banking, telefon bimbit, tab, komputer, alarm rumah, peti besi dan sebagainya.
3. Ambil tahu dimana letaknya dan labelkan semua kunci-kunci pendua, kunci simpanan asalkan bukan kunci rumah bini #2 suami.
4. Rekod insuran /takaful suami. Surat menyurat gadaian simpan dalam fail betul-betul. Lepas keadaan sudah tenang boleh telefon ejen untuk tuntutan insuran, jika rumah atas nama suami boleh claim MRTA (kot kalau tak silap)
5. Nombor telefon pejabat / majikan suami / bahagian sumber manusia. Kena maklumkan keadaan suami, tanya kelayakan perubatan suami ada ke tak dan jika majikan ada caruman insuran kelompok atau sebarang kemudahan sebagai pekerja mungkin mereka dapat membantu. Mereka juga boleh bantu untuk buat tuntutan Socso bagi swasta, JPA bagi penjawat awam. Kalau tak pun, telefon mereka dan minta mereka maklumkan kawan sekerja keadaan suami yang tenat dan minta doakan kesembuhan suami.
6. Surat tawaran kerja suami / baca klausa apa kemudahan cuti sakit yang layak / berapa bulan gaji akan dibayar dalam cuti sakit. Baru boleh rancang berapa lama boleh survive dengan duit yang tinggal, baru tahu mana nak rujuk rawatan susulan untuk suami.
Ads
6. Rekod hutang-hutang semasa, duit orang dalam tangan suami mana tahu suami bendahari kelab ke, surau ke, jiran tetangga ke. Kalau orang datang tuntut nanti taklah gelabah.
7. Hutang suami macam kereta, rumah, pinjaman koperasi ke apa-apalah / komitmen suami setiap bulan bayar macam maintanence ke, polis komuniti ke nanti boleh buat refinance atau terminate saja bila diorang tuntut hutang mana yang boleh untuk berjimat.
Simpan rekod dalam fail yang tersusun.
Skill Malam Jumaat
Ingat tau, bila kita susah masa itu baru boleh kenal siapa kawan siapa lawan sebenarnya. Tak mustahil saudara sendiri akan lari jauh-jauh dan mengelak dari menunjuk muka takut-takut kita mahu menumpang. Pesanan ini atas dasar pengalaman sendiri.
Isteri yang bijak adalah isteri yang ada harga diri, bersedia berkorban dan tidak takut bertindak untuk kepentingan anak-anaknya. Kalau suami perahsia sangat semua benda kepit celah ketiak dia, itu memang kena guna skill malam jumaatlah untuk pujuk. Tak sayang anak bini lah maknanya tu, jangan sampai anak isteri merempat di tepi jalan suatu hari nanti. Ayat seperti:
“Sayang jangan risau, nanti kalau jadi apa-apa kat abang si polan-si polan akan tolong. Semua duit dan harta abang, geran-geran rumah, stable lumba kuda, kelab-kelab malam dia yang akan uruskan. Takyah fikir apa-apa ya, tenang-tenang aja”. (ni contoh)
#angkatkening kau boleh percaya? Kalau percaya, okaylahhhhh. I rest my case.
Prihatin dengan ibu bapa yang mempunyai anak autisme, kerajaan memperuntukkan pemberian subsidi bagi kanak-kanak autisme yang bakal atau sedang mengikuti pembelajaran di Pusat Pembelajaran Autisme dan Terapi Bertauliah.
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerima peruntukan di bawah Dasar Bajet 2025 untuk memberikan Subsidi Yuran Pembelajaran Kanak-Kanak Autisme kepada 30,000 kanak-kanak. Pemberian subsidi yuran ini sudah semestinya bagi mengurangkan beban ibu bapa.
Permohonan subsidi yuran ini telah dibuka bermula 1 Februari sehingga 28 Februari 2025 dan berikut merupakan syarat serta cara untuk memohon.
Untuk pengetahuan anda, jumlah bantuan yuran pembelajaran ini akan diberikan secara one-off iaitu sebanyak RM500 dan TIADA HAD untuk bilangan kanak-kanak autisme dalam satu keluarga untuk memohon. Syarat permohonan adalah seperti:
1.IBU BAPA / PENJAGA
-Warganegara Malaysia
-Pendapatan perkapita tidak melebihi RM2000 isi rumah*** (rujuk contoh pengiraan pendapatan perkapita di bawah)
-Kanak-kanak autisme pemegang kad OKU JKM yang berusia di bawah 18 tahun
–Kanak-kanak autisme mengikuti terapi / Early Intervention Program di Pusat Pembelajaran Kanak-kanak Austisme yang bertauliah
2.PUSAT PEMBELAJARAN KANAK-KANAK AUTISME
-Pusat Pembelajaran Kanak-kanak Autisme yang menjalankan Terapi / Early Intervention Program (EIP) yang bertauliah
Melaksanakan program pengesanan awal OKU Autisme dan mempunyai elemen terapi pembelajaran / percakapan / kerja / keperluan autisme
*** Contoh Pengiraan Pendapatan Perkapita
-Contoh : Pendapatan Isi Rumah RM8500, ahli keluarga 5 orang.
-Cara kiraannya adalah RM8500 ÷ 5 orang = RM1,700
-LAYAK menerima subsidi
Borang Permohonan dan Garis Panduan boleh didapati melalui laman portal www.jkm.gov.my atau Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri / Daerah / Bahagian / Jajahan yang berhampiran.
PANDUAN PEMOHON
1.Ibu bapa isi borang permohonan.
2.Hantar ke Pusat Pembelajaran Autisme yang menjalankan Terapi / Early Intervention Program (EIP) yang bertauliah
Pusat Pembelajaran Kanak-kanak Autisme isi borang, mengumpul borang permohonan ibu bapa dan hantar ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Bahagian / Jajahan / Cawangan berhampiran.
3.Menunggu proses kelulusan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Telefon : 03- 8323 2484 / 03-8323 2476 (waktu pejabat)
Emel : bhg_oku@jkm.gov.my
Facebook: Jabatan Kebajikan Masyarakat
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sebelum ini kita sekeluarga pastinya begitu seronok beraya di kampung bertemu dengan sanak saudara yang telah lama tidak dapat berkumpul bersama. Kini setelah kembali di kota, terasa teringin pula mengadakan rumah terbuka sebagaimana kelaziman tahun-tahun sebelumnya.
Untuk memberi variasi menu yang bakal dihidang kepada semua tetamu, apa kata anda sediakan menu Pie Tie dari hasil air tangan anda sendiri. Pasti tetamu puas hati menjamahnya dan di sini turut disertakan resipi yang dikongsikan oleh Puan Siti Dahlia untuk yang pertama kali ingin mencuba menyediakannya.
RESIPI SARUNG PAI-TIE ALA-ALA CHICKEN RICE
Harini MekTi nak share resipi cara-cara nak buat sarung PaiTie. Uols boleh buat siap-siap sarung ni untuk minum petang atau tetamu datang. Bila rasa nak makan boleh terus letak sayur dan tuang kuah saja. Nak rasa sarung camtu je pon boleh. Lemak-lemak ranggup. Krupp krupp krapp
Pssttttt.. ! Mari ke mari MekTi nak bisik-bisik ni. Kalau uolss sejenis yang ada kerajinan terlebih tu dan nak buat duit tepi. Memang sesuai sangat tau. Sebab MekTi dulu-dulu time umur 24 tahun buat bisnes ni laa. Lagi-lagi nak dekat raya ni. Ramai yang nak buat rumah terbuka. MekTi penah dapat order dari 1 customer jerk sampai 600 keping tau. Itu belom campur lagi dengan order-order customer lain.
Bahan tak banyak mana pon. So modal nak dilaburkan pon ciput yakmattt. Dan tak renyah nak buat.
Kuantiti bahan digunakan ni boleh dapat dalam 50-60 sarung tau. Biasa sebelum ni MekTi buat adunan banyak kilo. Sebab order banyak kan. Buat sekali banyak jimat masa dan kos.
Ingat ! Sebelum nak buat pastikan uolss ada acuannya tau (itu paling PENTING)
Bahan-bahan:
1 cawan tepung beras ( bersamaan 6 sudu besar )
1/2 cawan tepung gandum ( bersamaan 3 sudu besar )
Sedikit kapur masak
Sedikit garam
Air
1 biji telur
First step :
1. Air masak dalam cawan besar, dimasukkan siap-siap garam. Rasakan dulu jangan terlalu masin atau tawar ye.
2. Satukan tepung beras , tepung gandum dalam 1 bekas. Masukkan sedikit kapur masak dan 1 biji telur.
3. Digaul rata dulu. Kemudian , tuangkan air garam tadi dalam adunan tepung. Digaul-gaul sebati. Sampai adunan tepung tersebut cair.
Adunan tersebut jangan terlalu pekat sebab sarung tu nanti terlalu tebal. Dan jangan terlalu cair nanti jadi nipis mudah pecah.
Agak semua dah sebati. Tapiskan adunan tersebut untuk dapatkan hasil yang bersih supaya takde biji-biji tepung yang tak hancur rata.
Kemudian masukkan dalam cawan atau bekas kecil. Bagi boleh tengelamkan acuan dalam adunan.
Bahan-bahan sayur boleh ikut citarasa sendiri.
Macam MekTi biasa ubah-ubah ikut selera.
Timun
Carrot
Tauge
Sengkuang
Kacang panjang
Isi ayam yang dah digorengkan
Fish cake goreng
Bergantung pada uolss punya selera tau..Untuk kuahnya , MekTi guna kuah sos berlada. Ala macam kuah tauhu sumbat tu. Kalau Mekti terlebih rajin. MekTi buat kuah kacang rasa macam makan rojak kan… Hmmmm sedap
sumber : Siti Dahlia Bahrin via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Masalah jerawat dibahagian belakang badan buat kita buntu malah membelenggu kita. Jangan katakan sebagai masalah anak remaja, malah kita yang dewasa ini juga tidak terkecuali.
Kalau sudah bosan mencuba produk yang dibeli di kedai mahupun farmasi, anda boleh mencuba kaedah alami yang jauh lebih murah dan mudah untuk dilakukan.
Salah satu cara yang paling mudah dilakukan adalah dengan menggunakan putih telur dari ayam kampung dan mentimun segar. Ramuan-ramuan ini mudah didapati di dalam rumah. Buat sahaja dan minta anak atau suami sapukan di belakang badan. Confirm jerawat makin reda.
Skrub Sental Jerawat Di Badan
Ikuti cara-cara di bawah:
Bahan-bahan:
Timun
Putih telur
Caranya:
1. Pukul putih telur sampai berbuih.
2. Kisar timun di dalam mesin pengisar sampai halus.
3. Campurkan kedua-dua bahan dan kacau rata.
4. Sapu rata pada bahagian belakang badan selepas mandi dan sabun dengan menggunakan sabun anti-bakteria.
5. Biarkan sehingga masker kering selama 30 minit.
6. Setelah kering, bersihkan sisa masker dengan tuala yang dicelup air panas.
7. Amalkan dua hingga tiga kali seminggu sehingga mendapat hasil seperti yang dikehendaki.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.