Apabila kerajaan Malaysia umumkan sektor ekonomi mula beroperasi bermula 4 Mei ini iaitu hari ni ramai yang menyambut secara positif. Namun pada masa yang sama, bagi suami isteri yang mempunyai anak tentu akan menghantar anak ke pusat jagaan kanak-kanak semasa mereka keluar berkerja.
Menerusi Face Book, Medical Mythbusters Malaysia menyediakan panduan mudah faham bagi pusat jagaan kanak-kanak atau taska menjaga SOP yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
IKUTI PERKONGSIAN INI
TIPS DARI KAK ESAH: CARA ELAK KLUSTER TADIKA
Bila kelonggaran PKP bermula, banyak sektor yang dah mula beroperasi. Ibu bapa yang bekerja pun kena mula masuk kerja.
Anak-anak nak kena hantar pusat asuhan atau taska. Kalau boleh gilir-gilir bekerja dari rumah, bagus lah. Tak perlu hantar anak ke pusat asuhan. Tapi kalau perlu, macam mana? Selamat ke?
Kami nak bawa beberapa tips dari seorang pengusaha pusat jagaan kanak-kanak yang selalu keluar TV dan radio, Kak Esah. Mari dengar dan ikut tips-tips ini Kak Esah nak bebel ni.
InsyaAllah, risiko penularan jangkitan dapat dikurangkan. Pengusaha pusat jagaan kanak-kanak kena main peranan. Ibu bapa pun kena turut ambil berat.
Macam Wonderpets cakap lah..
“Apa yang penting? KERJASAMA!”
Moga pihak taska alert peringatan ini.
Sumber: Medical Mythbusters Malaysia
Cari Pengganti Bukan Lagi Keutamaan, Nabila Bahagia Hidup Dengan Jebat Jayden!
Tampil cantik berbusana anggun beberapa hari lalu sehingga ramai menyangkakan ibu kepada Jebat Jayden ini sudah pun kembali berumah tangga.
Namun usahawan dan pempengaruh Noor Nabila menyatakan dia belum terfikir untuk mencari pengganti baharu selepas bercerai dengan bekas suaminya, Engku Emran pada 19 Mac 2021 lalu.
Tambah Nabila lagi, dia kini bahagia dengan kehidupan solo dan ingin memberi fokus kepada anak tunggalnya, Jebat Jadyen Ahmad yang bakal memasuki alam persekolahan.
“Saya belum temui pengganti baharu dan bahagia dengan kehidupan sekarang.
“Masih terlalu awal untuk bercinta dan memiliki pasangan hidup semula. Itu bukan keutamaan saya lagi,” katanya.
Akuinya lagi, dia kini mahu fokus untuk membesarkan Jebat, lebih-lebih lagi anak kesayangannya itu kini sudah pun melangkah ke alam persekolahan.
“Fokus saya sekarang hanya untuk Jayden yang sedang membesar dan bakal melangkah ke alam persekolahan tak lama lagi,” katanya.
Nabila menjawab soal jodoh selepas foto dirinya mengenakan busana ala pernikahan di akaun media sosial miliknya telah menimbulkan dakwaan yang konon sudah kembali mendirikan rumah tangga.
Jelas Nabila, foto yang dimuat naik itu adalah sewaktu dia menjalani penggambaran musim baharu program Next To Neelofa.
Dalam pada itu, kakak kepada selebriti terkenal, Neelofa memberitahu dia akan berkongsi sekiranya mempunyai berita gembira.
“Kalau saya sudah jumpa jodoh baharu saya akan kongsikan. Doakan yang baik-baik untuk saya okey,” katanya lagi.
Menarik: “Memang Idola, Alif Satar Dipuji Netizen, Ajak Followers Solat Subuh Macam Solat Jumaat Di Masjid!
BK Solat Kembali lagi. Sambut bulan Ramadan dengan persiapan yang sempurna di Kem Solat kami!
Hubungi kami hari ini untuk maklumat lanjut di 019 622 2989 atau boleh daftar terus di
https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat/
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Setelah 12 Tahun Berkahwin, Lelaki Ini Kongsi Kisah Percintaannya. Cukup Terinspirasi!
Setiap antara kita pasti ada kisah tersendiri saat bercinta dengan seseorang yang kini telah pun bergelar suami atau isteri.
Mungkin kerana terlalu lama usia peprkahwinan, hingga ada yang terlupa bagaimana dan di mana kali pertama bertemu.
Jadi cuba imbas kembali, pahit manis musim percintaan tersebut agar kebahagiaan berumah tangga terus mekar sebagaimana di awal perkahwinan.
Ikuti kisah percintaan Jarr Nadjmuddean ini yang boleh membuatkan kita terinspirasi.
Bagai langit dan bumi
Dulu masa aku nak kahwin, isteri aku terima aku sehelai sepinggang. Masa tu aku mana kerja tetap. Isteri aku pula pegawai bank. Macam langit dengan bumi. Hidup dia dikalangan manusia-manusia korporat. Aku pula masa tu hidup dikalangan rebel. Muzik adalah hidup. Gitar pula makwe yang setia. Masa aku kenal isteri aku, handphone aku baru lepas kena curi.
Dia bagi aku pakai phone dia, dia call aku pakai phone rumah. Mak bapak dia marah bukan main sebab dia serah gitu je phone dia kat aku. Yelah, dia pun bukan dari keluarga yang senang. Mestilah mak bapak dia risau kalau anak dorang kena tipu dengan mamat serabai macam aku.
Kami berhubung jarak jauh sebab masa tu aku kerja di Melaka. Kerja main-main. Tapi sejak aku kenal dia, dia ajar aku kenal apa itu tanggungjawab. Dia terus kerja dan naikkan karier. Aku? Aku masih terkial-kial mencari kerja tetap. Dalam kesibukkan, dia bersengkang mata buatkan resume untuk aku. Hulur dekat orang itu, orang ini. Minta tolong kenalan. Sampai aku terfikir kenapa dia ni baik sangat sampai tolong aku macam ni sekali.
Aku dapat kerja tetap yang pertama hasil usaha dia. Tuhan permudahkan temuduga. Kami ikat perut sebab nak kumpul duit untuk kahwin. Pergi kerja dia tunggu aku dekat bus stop. Aku naik bas dari Taman Ehsan berhenti depan bus stop tokong Jinjang Utara. Awal pagi dia tunggu aku nak hantar pergi kerja. Dia ajar aku bawa kereta. Ambil lesen.
Begitulah hari-hari selama setahun. Bila tengahari lunch hour, dia ambil aku kami bungkus nasi bungkus satu makan dua orang. Kadang-kadang dia buatkan nasi goreng dengan telur dadar buat bekal kami berdua.
Balik kerja petang dia akan hantar aku balik Taman Ehsan. Dan pagi esoknya dia akan call dan kejutkan aku bangun bersiap untuk pergi kerja. Bukan main sabar dia dengan aku. Tak pernah merungut.
Nekad
Satu hari aku cakap dekat dia aku nak ambil dia jadi isteri, aku pergi kedai emas beli cincin untuk merisik. Ye, aku pergi pakai jeans koyak dengan t-shirt rock bawa cincin merisik naik teksi pergi rumah keluarga dia. Kenapa aku tak pergi dengan keluarga aku? Adalah ceritanya kenapa.
Dekat rumah dia, aku mengadap semua keluarga dia. Aku cakap terus-terang aku nak ambil dia jadi isteri aku. Aku tahu pada awal hubungan, parents dia tak setuju sebab aku kerja tak tentu. Aku faham hal tu. Dan aku redha je kalau hubungan tu tak jadi. Tapi kau tahu apa yang terjadi? Dia perjuangkan cinta dia yang dia nak kahwin dengan aku. Atas sebab dia percaya yang aku akan berjaya satu hari nanti.
Sama macam parents aku juga yang pada mulanya tak setuju aku nak kahwin dengan dia sebab aku tak bekerja tetap dan kaki enjoy. Parents aku lagi keras, hari aku nak kahwin baru depa sampai. Aku pujuk parents aku lama juga hal nak kahwin ni. Sehari sebelum kahwin aku call lagi minta depa datang bagi restu. Akhirnya depa mengalah.
Bukan senang nak menang hati orang tua bila kau buat keputusan besar macam ni. Aku pertahankan cinta aku dekat isteri aku sebab aku tengok dia tak pernah jemu bantu aku dan terima aku seadanya masa mula-mula kenal. Mana aku nak cari seorang eksekutif bank masa tahun 2003 yang sanggup keluar lunch dekat Tasik Titiwangsa makan nasi bungkus kongsi berdua? Lauk ayam sambal dengan telur dadar sahaja. Mana aku nak cari perempuan yang sanggup terima aku yang takde wawasan masa tu sampai ada halatuju macam sekarang?
Aku takde apa-apa bhai. Duit jauh sekali, handsome pun sikit je. Itu jelah modal yang aku ada. Selain dari itu, aku doa dan usaha.
Alhamdulillah lepas 12 tahun, macam nilah kami sekarang. Bila diingat balik, kelakar pun ada, sedih pun ada. Tapi kalau takde adventure, tak hindustan lah kisah percintaan aku.
Korang punya kisah cinta macam mana?
sumber : Jarr Nadjmuddean
Wanita Ini Kongsi 10 Kaedah Rancang Kewangan, Jiwa Kena Kental Baru Boleh Jadi Golongan T20!
Ilmu kewangan tidak semua antara kita mengetahuinya dengan sempurna. Akibatnya ada yang lolos untuk menyimpan setiap bulan akibat pelbagai komitmen.
Sikap sebegini jika tidak diubah segera akan menyebabkan anda tidak mempunyai tabugan buat keluarga. Paling takut, bila tiada tabung kecemasan.
Sebagaimana perkongsian wanita ini menarik untuk kita muhasabah diri mengenai pengurusan kewangan. Ikuti perkongsian puan Marlia Ramli
JIWA PERLU KUAT
Sebagai wanita yang bersama dengan suami sejak zaman sifar di poket, akak kongsikan bagaimana dari golongan miskin bandar berpeluang berada di dalam golongan high side T20 bila tiba masa.
1) matlamat perlu jelas. Seiring dengan mindset. Suami dan isteri perlu sama-sama buat keputusan, tak nak terus kekal jadi miskin bandar. Keputusan ini mesti dibuat!
2) satu cabang pendapatan tak cukup. Sebagai marhaen kena terima hakikat, kita miskin. Maka, kita kena kerja lebih kuat pada masa berpeluang di usia muda. Pastikan ada minima dual income.
3) mulakan dengan simpanan dan membina tabungan. Menabung dan menabung. Asingkan simpanan 50% wang tunai dan 50% emas. Pastikan pendapatan darab minima 6 bulan wajib ada.
4) sasarkan maksimum guna 50% hingga 70% sahaja pendapatan setiap bulan. Hidup di bawah kemampuan supaya dapat berikan diri “buffer” andai berlaku musibah gaji dipotong, pendapatan terjejas dan sebagainya.
5) rendah diri. Miskin tak pe, jangan miskin bercampur sombong dan ada denial syndrome. Terima teguran, berlapang dada dan pastikan ada minimum 5 rakan yang lebih berilmu dan lebih kaya daripada kita.
6) sedekah dan zakat. Jangan tunggu kaya baru nak bayar zakat. Sumbangkan zakat sehingga kaya. Bukannya banyak, 2.5% sahaja. Ianya pembersih harta.
7) wujudkan sessi brainstorming bersama pasangan minima 2x sebulan. Masa terbaik adalah pada tengah bulan dan hujung bulan. Sentiasa semak status kewangan keluarga.
8. Elak jadi penjamin pinjaman sesiapa. Orang sekeliling di awalnya tak akan faham jihad anda. Mereka akan asingkan diri, cakap anda berkira segala perkara. Anda akan disisihkan. Abaikan saja.
9) pastikan rancang bilangan anak. Jangan anak lahir baru nak fikir. Plan ahead. Setiap anak ada rezeki tetapi melalui usaha ibu bapa. Duit tak datang bergolek dan emas tak turun dari langit.
10) JIWA PERLU KUAT. Konsisten. Ulang proses jihad kewangan secara konsisten. Jangan biarkan semangat mudah mati. Hidup memang keras. Kita perlu berjuang. Sikit-sikit nak sentap baik jadi puding jagung je. apeni?
Sumber: Marlia Ramli
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club