Hakikatnya setiap manusia tidak akan terlepas menghadapi ujian. Allah menguji setiap hambaNYA di muka bumi ini dengan pelbagai ujian. Adakalanya kita diuji dengan kemewahan, kemiskinan, kegembiraan, kesedihan, kebahagiaan atau penceraian. Namun setiap dugaan yang berlaku sebenarnya mengandungi banyak rahsia dan maksud. Yang pasti setiap Yang berlaku ada hikmahnya.
Sejujurnya, pengakuan Abby Abadi mengenai coretan hidupnya yang menemui kegagalan dalam perkahwinan bukan menjadi titik noktah dalam hidupnya. Malah dijadikan iktibar untuk merencana kehidupan lebih cakna dan maufakatan sebagai muslimah.
Nyata, wanita hebat ini tidak menoleh kebelakang lagi. Kisah silam ditutup rapat. Biar jodoh tiada lagi, namun hubungan sesama Islam tetap utuh demi anak-anak.
Ikuti pergakuan indah dan manis Abby Abadi Ini. Moga perkongsian ini menjadi manfaat bersama.
Saya simpati pada mereka yg pernah melalui ‘penceraian’ terutama sang isteri yang terpaksa hidup dengan anak-anak yang masih kecil
Cumanya, walaupun perceraian itu menyakitkan, Namun saya percaya, penceraian bukanlah perkara yang buruk, ia adalah salah satu ujian dari banyaknya ujian ALLAH yang lain. Tak lalui, kita takkan pernah tau betapa kuatnya kita. Dan yang lebih penting, sama ada kita perbaiki diri selepas di uji, atau terus merosakkan lagi keadaan, PILIHAN di tangan kita
Dan topik ni sangat berkait rapat dengan saya kannn. Saya tulis ni sebab ramai sangat yang bertanya pada saya, mcmana buleh ‘baik sangat’ dengan Oman & Memey. Macamana boleh lupakan apa yang terjadi. Macamana itu, mcmana ini. Saya jawab, Kehendak ALLAH
Cumanya inginlah saya berkongsi pengalaman, berpesan-pesan & mengingatkan.
Masa akan mengubati segalanya. Jangan kalah dengan emosi.Sikit-sikit sudah melayan perasaan itu. Bila bersedih, syaitan lagi suka. Macam2-macam dihasutnya kita. Jadi yang sebaiknya, MOVE ON!
Yang berlalu biarkan berlalu. Kita bina hidup baru
Akui kelemahan diri. Itu yg sebaiknya. Tiada yang sempurna diatas mukabumi ini. Yakin bila diuji dgn ujian berat sebegini, pasti ALLAH akan hadiahkan “pelangi” yang lebih indah nanti
Dah selesai episod sedih, jiwa bergelora & sbgnya.. Usahalah untuk jalinkan hubungan baik dengan bekas pasangan kita, demi anak-anak. Merendah diri. Tak rugi apapun. Paling utama, jangan burukkan pasangan baru nya.
Cukup ALLAH sebagai penolong kita. Janganlah asyik bercerita kita terseksa, kita teraniaya & sebagainya. Syaitan mmg seronok kalau kita bergaduh sampai bermasam muka. Kalau sampai berparang-parang, lagi dia suka. Jadi kawal. Jangan kalah dengan dia
Paling hebat, utk perbaiki segalanya.. wajib kenal ALLAH… & bawalah ISLAM bersama . InshaALLAH, bila kenal ALLAH, segan dah kita nak meraih simpati org & tak kan kita merasa kita je “sempurna”
Kerana sejatinya “kesempurnaan” yang hakiki tidak pernah ada, yang ada hanyalah keikhlasan hati kita untuk menerima kekurangan
Bila tak dapat memberi, jangan mengambil
Bila mengasihi terlalu sulit, jangan membenci
Bila tak mampu menghibur orang, jangan membuatnya sedih
Bila tak mungkin meringankan beban orang lain, jangan mempersulit atau memberatkannya lagi
Bila tak sanggup memuji, jangan mengeji
Bila tak dapat menghargai, jangan menghina
JANGAN MENCARI KESEMPURNAAN, tapi sempurnakanlah apa yang telah ada pada kita
Kehidupan dunia bagaikan mimpi dan bayangan yang tidak akan kekal
INGATLAH,
Dunia boleh buat kita ketawa sesaat. Namun di akhirat, kerana dunia lah kita menangis tak berhenti
Dunia boleh memberi kebahagiaan seketika. Namun di akhirat, kerana dunia lah kita sengsara di neraka
Dunia boleh memberi pelbagai nikmat kehidupan. Namun di akhirat, kerana dunia lah kita diazab
Muhasabah Diri. Perbaiki kelemahan supaya kita semua dpt merasa Syurga Milik ILAHI. Semoga ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala sentiasa melimpahi hidayah petunjukNYA pada kita semua. Aminnn