Ini Panduan Nyahkuman Di Rumah Nak Elak Penyakit Berjangkit. Dr Ini Kongsi Cara.

Share

Memang risau bila ada anak yang kena demam campak atau batuk yang mudah berjangkit dengan anak kecil yang lain.

Ikuti panduan oleh Dr Ahmad Luqman Bukhari bagaimana mengawal jangkitan penyakit melalui cara nyahkuman di rumah.

IKUTI PERKONGSIAN INI.

 

Mula-mula ruam merah cuma timbul kat bahagian muka budak tu.

Tapi bila ia mula merebak kat bahagian dada, perut, kedua-dua tangan dan kaki, hati ibu tu bimbang yang teramat.

Cepat-cepat berkejar ke hospital. Trauma betul. Takut benar kalau jadi macam si abang yang berumur 7 tahun.

Baru je beberapa hari lepas dia terkena jangkitan demam campak yang teruk. Langsung hilang selera makan sampaikan tubuh badannya jadi terlampau kering (dehydrated) dan lesu lalu terpaksa ditahan di wad kanak-kanak.

“Macam mana ni doktor? Saya ada 2 orang lagi anak kecil kat rumah tu.

Saya dah tak sanggup nak tengok anak-anak saya ni demam panas, kulit merah berbintik-bintik macam ni.”

Panjang keluhan ibu tu. Matanya merah menahan tangisan.

Hati mak mana lah yang sanggup tengok anaknya dalam kesakitan. Kalaulah boleh ditukar ganti, biar saja tubuhnya yang menanggung derita sakit dan buah hatinya terus kekal sihat.

Kerap jugak sebenarnya kami bertemu situasi jangkitan penyakit berjangkit begini berlaku dalam rumah yang sama.

Dan parent lah yang paling sedih dan rasa sangat bersalah sebab tak mampu nak lindungi darah daging sendiri.

Sebab tu saya harap mak ayah tolonglah amalkan ‘disinfection’ kat rumah kita tu tiap kali ada ahli keluarga yang jatuh sakit.

Tak kiralah samada demam, batuk atau pun selsema sebab kita tak nak kuman bertebaran merata dalam rumah kita sendiri sampaikan anak-anak yang lain berisiko untuk dapat jangkitan yang sama.

Cara nyahkuman

Ini cara nyahkuman paling berkesan yang mak ayah semua kena tahu:

Sediakan bahan untuk ‘disinfection’ dengan cara campurkan 1 bahagian Dettol atau peluntur dengan 9 bahagian air.

Make sure kita lakukan proses tu pada semua permukaan yang kerap disentuh dekat ruang tamu, bilik tidur, dapur dan juga bilik air.

Paling bagus bersihkan dulu setiap permukaan tu sebelum proses ‘disinfection’ dibuat.

Pakai sarung tangan sepanjang kerja dilakukan.

Digalakkan untuk pakai span yang berbeza untuk setiap bilik.

Bantu saya #kongsikan teknik penting ni dengan orang lain jugak. Sedih sangat bila tengok ada adik beradik yang berulang-ulang dijangkiti penyakit yang sama.

Jemput follow FB ni dan set ‘See First’ supaya tak tertinggal bila saya kongsikan tips untuk lindungi kesihatan ahli keluarga kita sendiri.

Kredit: Dr Ahmad Luqman Bukhari.