
Setiap pasangan pasti mengharapkan kehadiran seorang anak dari hasil pernikahannya. Beberapa pasangan yang beruntung pasti mudah bagi mereka untuk mendapat zuriat.
Ada juga pasangan yang menunggu bertahun-tahun untuk menantikan kehadiran zuriat. Apa yang pasti, rezeki itu adalah rahsia Allah dan setiap pasangan akan diuji sama ada cepat atau lambat mereka dikurniakan anak sebagai penyambung keturunan.
Bagi pelakon cantik ini,Tasha Shilla atau nama sebenarnya, Nastashashila Abdul Razak dan suami, meluahkan rasa syukur setelah disahkan hamil anak kedua.
Untuk makluman Tasha dan suami telah menimang cahaya mata pertama pada April tahun dan anak sulungnya belum pun genap setahun.
Dia dan suami telah menimang cahaya mata pertama pada April tahun lalu selepas mendirikan rumah tangga sekitar Februari 2020.
Menerusi Instagramnnya Tasha sebentar tadi mengumumkan berita gembira itu sambil menunjukka gambar imbasan bayi dalam kandungan.
Doakan pasangan lain yang belum ada zuriat
Dia juga sempat mendoakan kepada mereka yang masih belum dikurnaikan zuriat.
Tulisnya harus terus berusaha, berdoa dan bersabar kerana apa yang dihajati akan dipermudahkan Allah S.W.T
Assalamualaikum whbth. Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT. Khabar gembira buat kami sekeluarga ialah kehamilan yang kedua buat saya.
Pada hari Jumaat yang mulia ini saya harap kalian doakan semoga semua berjalan dengan lancar dan baik In shaa Allah.
Take care semua, stay healthy dan semoga berjaya dunia akhirat .
Saya dan keluarga juga turut mendoakan pada pasangan yg masih menanti , semoga pada masa yg akan datang dihadiahkan amanah Allah SWT.
Aaaminnn Yaa Rabbal Alaminnn🤲🏻
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, para peminatkan mengucapkan tahniah dan titipkan doa dipermudahkan urusan kehamilannya itu.
Sumber: tashashilla
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Latih Anak Puasa Perlahan-Lahan, Tak Perlu Desakan Orang Lain. Deep Perkongsian Ibu Rose Ni

Melatih anak-anak kecil berpuasa ini, memerlukan kita menjernihkan hati kita. Fokus untuk melakukannya kerana mencari redha Allah.
Bila kita faham akan perkara ini, maka bila kita mahu melatih anak berpuasa, kita boleh membuat keputusan yang baik sendiri tanpa perlu mengikut apa yang orang lain paksa ke atas kita.
Latih anak puasa tidak perlu habis satu hari
Ada anak yang boleh mula dilatih dari usia 4 tahun atau 3 tahun. Ibu bapanya melatihnya perlahan-lahan. TIDAKLAH terus menghabiskan satu hari, mungkin untuk beberapa jam dahulu. Mungkin untuk tahun itu, hanya berpuasa 1 hingga dua jam sehari.
Dan bila sudah 5 -6 tahun sudah boleh berpuasa penuh dan kuat. Kerana ada anak-anak kecil yang meminta untuk berpuasa. Oleh itu, ibu bapa yang bijak akan melatih anak itu dengan baik.
Apatah lagi bila ibu bapa itu dapat membimbing anak itu agar faham, berpuasa bukan sahaja bermaksud berlapar. Tetapi menahan diri dari melakukan perkara yang salah di sisi Allah dan yang tidak berfaedah.
Latih anak self control
Sesungguhnya, latihan berpuasa untuk anak-anak kecil, melatih mereka ‘SELF CONTROL’ , mengawal diri. Ini termasuklah mengawal diri dari berkelahi dengan adik-beradik atau orang lain, mengeluarkan perkataan tidak elok, menonton rancangan TV yang tidak berfaedah, melawan kata-kata ibu bapa dan banyak lagi. Mengawal diri juga mengajar anak-anak itu untuk mengawal diri dari malas bersolat, mengaji dan belajar.
Bila anak kecil yang sudah faham untuk dibawa bersembang, maka kita boleh menyemaikan kefahaman ini. Walaupun dua jam dia berpuasa, konsep berpuasa itu dia telah faham, dan ini membina corak pemikiran sihat di dalam diri anak itu.
Anak yang dididik dengan sabar, penuh kasih-sayang dan penuh ilmu begini, kita akan mendapati bila mereka masuk sekolah dan menjadi remaja, mereka akan mudah dibawa berunding.
.
Oleh itu janganlah mengherdik ibu bapa yang mula melatih anak berjinak-jinak dengan berpuasa pada usia yang nampak masih kecil, 3 atau 4 tahun. Berpuasa sati dua jam sehari. Asalkan mereka TIDAK memaksa dan menghukum anak mereka sebab tidak berpuasa, berilah sangkaan dan sokongan yang baik kepada mereka. Kerana memang ada anak yang boleh dan mahu berpuasa cuba-cuba pada usia ini.
Pujuk anak kecil puasa tapi tak memaksa
Jika kita lihat dari hadith pun kaum wanita muslim pada zaman Nabi s.a.w juga melatih anak-anak mereka pada usia kecil. Tidak memaksa tapi memujuk dan membantu anak kecil itu untuk melupakan lapar itu dengan memberi mainan.
Dalam riwayat al-Imam Muslim, sahabiyyah Nabi Rubaiyi’ bint Mu’awwiz menceritakan bagaimana mereka pada zaman itu melatih anak-anak mereka berpuasa, antara yang beliau sebutkan:
وَنَصْنَعُ لَهُمُ اللُّعْبَةَ مِنَ الْعِهْنِ فَنَذْهَبُ بِهِ مَعَنَا فَإِذَا سَأَلُونَا الطَّعَامَ أَعْطَيْنَاهُمُ اللُّعْبَةَ تُلْهِيهِمْ حَتَّى يُتِمُّوا صَوْمَهُمْ
(Kami buat untuk mereka mainan daripada bulu. Kami bawa bersama kami. Apabila anak-anak meminta makanan kami berikan mereka mainan tersebut untuk melupakan mereka (makanan) sehingga mereka menyempurnakan puasa”
Ada yang mengatakan mesti mengajar anak solat dan mengaji dulu, itu yang penting. Dalam masa yang sama, kita perlu juga faham, ada ibu bapa dan anak-anak yang boleh melakukan semua ini dengan cemerlang sekali gus dan mereka bukan memaksa dan bukan hendak menunjuk-nunjuk dengan orang lain. Mengapa mereka boleh? Mungkin itulah yang hendak kita pelajari dan bukan cemuhi.
.
Selalunya kita akan mendapati anak-anak mereka itu mencintai beribadah kepada Allah, melakukan perkara-perkara baik, berakhlak mulia. Ibu bapa ini kita lihat orang biasa sahaja, bekerja di pejabat atau ada bisnes sendiri, hidup seperti orang biasa…mereka orang biasa yang sebenarnya telah mewujudkan ISLAM di dalam diri mereka yang menjadikan contoh kepada anak-anak mereka . Dan mereka ini elok untuk kita contohi dan tidak caci atau kutuk atau cemuhi dengan kata-kata seperti; ‘Yang penting ajar solat dan mengaji dahulu…’ Kata-kata seperti ini memberi satu andaian kita menyangka ibu bapa itu tidak mengajar anak-anak mereka akan solat dan mengaji dan hanya memaksa anak-anak kecil mereka berpuasa.
.
Eloklah kita menahan diri dari melontarkan perkataan-perkataan dan sangkaan seperti itu.
.
Sebaliknya, tumpang bahagia kerana ibu bapa itu bijak melatih anak-anak mereka dan berlapang dada serta membuka minda untuk belajar dari mereka.
.
Dalam masa yang sama, kita juga perlu sedar, ada ibu bapa yang telah menyediakan suasana, tarbiyah dan contoh yang baik untuk anak berpuasa. Namun, umur sudah menjangkau 9 tahun, namun masih payah untuk menghabiskan sebulan berpuasa. Jangan pula bersangka buruk kepada diri dengan sangkaan seperti ‘aku ibu/bapa yang tak pandai’. Marahkan diri dan rasa tertekan. Ketahuilah ianya hanya satu situasi yang sebenarnya sedang membantu anda mengeluarkan kehebatan anda dalam mendidik diri dan anak-anak. Be kind to yourself. Raih ilmu dan pohon doa dari yang Maha Mengetahui. Dia yang boleh memudahkan.
Bila usia 8-9 tahun dan boleh tahan lapar dan dahaga
Lagi pun, ramai anak-anak kecil yang boleh menahan lapar dahaga hanya apabila usia mereka mencapai 8 – 9 tahun. Dari segi fizikal ramai anak kecil yang cepat lapar. Oleh itu, latih sahaja perlahan-lahan. Dia belum wajib lagi. Kita hanya mahu membiasakan sahaja. Melatih sahaja. Maka latihlah perlahan-lahan. Tidak perllu bimbang dengan desakan orang lain.
Ibu bapa beri pujian
Untuk ibu bapa anak-anak sebegini, perlu banyak bersabar dan banyak mendidik jiwa anak untuk bersabar menahan lapar. Selagi dia belum baligh, maka kita didiklah dengan perlahan-lahan. Anak-anak sebegini perlu dikuatkan kawalan dirinya terhadap mindanya selain kuatkan fizikalnya, agar dia boleh lasak lagi.
.
Mula dengan mengawal diri dari memikirkan makanan, air dan keletihan. Mereka ini perlu menguatkan hati mereka untuk kemas dalam melakukan sesuatu. Oleh itu banyakkan bercerita mengenai orang yang kuat semangat dan perkara sedemikian. Ajarkanlah doa-doa yang boleh membantu mereka mengawal diri.
Puji mereka bila mereka sudah boleh bertahan lapar untuk separuh hari, kemudian satu hari dan seterusnya. Biar fokus mereka beralih daripada mengingatkan sakitnya lapar kepada gembiranya kerana dihargai oleh diri dan orang lain. Sabar, memahami, mendidik dan senantiasa boleh menyokong mereka mengatasi perasaan mahu mengaku kalah, adalah kunci untuk mereka boleh berjaya.
.
Bagi kita orang luar yang melihat, JANGAN pula mencemuh ibu bapa dan anak ini. Jaga kata-kata kita. Kata-kata seperti, ‘ Ni dah 8 tahun tak berpuasa ni, mak ayah tak pandai didiklah ni.’ Atau membanding-banding dengan anak sendiri yang sudah lengkap berpuasa walaupun baru 6 tahun. Kita beri ibu dan bapa serta anak-anak itu kata-kata semangat.
.
Eloklah mengingatkan diri untuk menahan diri dari berburuk sangka dan buruk kelakuan. Itu sebenarnya intipati di dalam ibadah berpuasa ini yakni menahan diri – self-control.
.
Kita mesti selalu ingat, beribadat ini adalah untuk mencari redha Allah. Dan ibadat berpuasa ini Allahlah yang menghakimkannya. Berlumba-lumba bukan dengan menjatuhkan orang lain. Tetapi berlumba-lumba untuk diri mencapai lebih cepat kejayaan di sisi Allah. Tuhan yang Maha layak Menghakimkan.
.
Doa Ibu, semoga, bulan Ramadhan ini membawa bersamanya rezeki melimpah ruah dan rahmah Allah kepada kita semua.
.
Selamat mengerjakan ibadah Berpuasa serta ampun dan maaf dari Ibu.
Sayang rasa, adakah posting kali ni membantu meningkatkan ilmu parenting sayang? If yes, cer komen ‘betul ibu’ 😉
Salam kasih
Sumber: iburoselove
“Menjadi Anak Artis Bukan Tiket Kakak Ke Syurga.” Isteri Lan Solo Titip Pesanan Sempena Hari Kelahiran Anak Sulung Cukup Menyentuh Hati

Bergelar anak kepada selebriti bukanlah tiket glamour dan gah. Mungkin pada pandangan kasar, masyarakat nampak kehidupan yang sangat menarik. Namun ada yang sebaliknya. Kerana itu, kebanyakan selebriti lebih privacy bab kehidupan peribadi.
Isteri kesayangan Penyanyi Lan Solo, Nur Sheila Hassim atau lebih mesra disapa Sheila menitipkan ucapan istimewa buat anaknya, Nur Amna Qaleesya. Anak sulungnya itu genap 9 tahun pada 2 Ogos lalu.
“Kak Long, siapa pon kakak arini.. Esok.. Atau lusa.. Kakak perlu JADI DIRI SENDIRI.. .
sentiasa membumi walaupon kakak dah terbang tinggi.. .
Jgn lupa kejatuhan akan dtg bila2 je.. Jgn lalai.. Jgn leka.. Dunia akhirat kene seimbang..
“Menjadi ANAK ARTIS – BUKAN TIKET kakak ke syurga.. .
Amal jariah, sedekah dan ibadah kakak yg bantu kakak kat sana nanti.. .
Tp selagi mommy bernyawa, doa mommy tak pernah putus utk kakak dan semua anak2 mommy.. .
“Kaya pon dugaan.. Miskin pon dugaan.. .
Jadi, kakak hidup la dgn kesyukuran.. Jgn hitung untung org.. Cari bekalan cukup2 utk “masa depan” yg pasti tiba.. .
Happy birthday kakak.. .
“U are my 1st born.. I am very proud of u.. .
Sokongan mommy sentiasa utk kakak smpi bila2.. .
Utk bakal menantu mommy..! .
Korg mesti sebaik daddy.. Biar gelap..hitam manis.. Tp mommy suka.. Eksotik gitu.. Eh! .
Demikian luahan hati Sheila sempena hari kelahiran anak sulungnya. Cukup menyentuh hati kata-kata seorang ibu buat anaknya.
View this post on InstagramA post shared by SheiLa RazLan (@sheilarazlan) on
View this post on InstagramA post shared by SheiLa RazLan (@sheilarazlan) on
“Diri Kita Layak ‘Dihadiahkan’ Atau ‘Dimanjakan’. Tetapi, Jangan Sampai Abaikan Suami & Anak- Nana Mahazan

Setelah mengucapkan selamat tinggal sebagai penyampai radio sepenuh masa tidak lama dahulu, Nana Mahazan kini kembali on air di radio online EFM (efm.live) sejak Januari 2018.
Selebihnya Nana banyak terlibat dalam mengacara majlis-majlis tertutup. Jika tiada jemputan untuk ke konti, stesen TV ataupun majlis lain, masa Nana banyak dihabiskan di rumah bersama anak-anak.
Namun Nana yang sememangnya aktif di laman sosial Instagramnya sentiasa menjadi perhatian para peminatnya. Malah, dia kini banyak muncul di kaca tv sebagai pengacara dalam beberapa program.
Personaliti dan penampilannya yang sentiasa up to date menjadi idola peminat wanita muda berkarier dan tak kurang ibu muda sepertinya.
“Memang ada harinya bila malas tu, di rumah saya hanya berpakaian biasa. Tapi, bukanlah tak ‘semenggah’. Masih kemas. Saya percaya, setiap orang punya keinginan sendiri.
“Saya pula, mahu sentiasa menjaga penampilan dan kelihatan kemas walaupun berada di rumah. Ia merupakan satu kepuasan untuk diri sendiri.
“Dengan cara itu, kita akan rasa gembira dengan diri kita sendiri. Ini penting kerana ia juga membantu mewujudkan keyakinan pada diri. Jagalah penampilan diri walaupun mungkin kita hanya suri rumah.
“Diri kita layak untuk ‘dihadiahkan’ atau ‘dimanjakan’ sebegitu. Tetapi, jangan hanya pentingkan penampilan kita semata-mata dan mengabaikan suami dan anak-anak,” tegas Nana.
Bentuk tubuhnya juga tidak membayangkan dia sudah memiliki dua orang cahaya mata. Tiada rahsia bagi selebriti ramah ini.
“Cuma sejak berkahwin dengan Brian, dia lebih teliti soal pemilihan makanan. Hal ini memandangkan Brian amat menjaga pemakanannya. Bimbang berat badan mudah naik.
“Sebelum berkahwin saya makan apa yang saya suka. Berbeza lepas berkahwin, perlu teliti tentang pemakanan. Alhamdulillah, satu perubahan yang amat baik.
“Maksudnya, dulu makan apa sahaja tidak kira tinggi kalori ataupun tidak. Meski berat badan tak naik tetapi sebenarnya kurus tidak bermakna tiada kolesterol.
“Jangan hairan kalau ada orang yang kurus tapi kandungan kolesterol tinggi dalam badan. Sekarang, bila jaga pemakanan dengan lebih baik, saya rasa lebih sihat.
“Terasa perubahan itu pada diri sendiri. Mulanya, ikut sahaja bila Brian kata pilih makanan yang sihat. Kalau beli susu, pilih yang rendah lemak, lebih banyak gunakan minyak zaitun, banyakkan sayuran dan buah-buahan.
“Beli makanan juga sudah dibiasakan membaca label atau kemasan makanan. Lama-kelamaan, sudah jadi tabiat. Menariknya, bila diamalkan memang saya dapat rasakan sendiri perubahan yang lebih baik,” ujar Nana yang baru tamat host Mentor7 selain turut menjadi hos untuk Pesona Pengantin di Astro serta game show Jangan Buat Hal di Astro Warna.
Semakin Sayang
Serasi bersama, riak wajah keduanya menyerlahkan kebahagiaan yang dilalui Nana dan Brian. Bukanlah niat untuk bermegah-megah dengan kebahagiaan rumah tangga tetapi Nana berlaku jujur mengakui dirinya bertuah dipertemukan dengan suami tercinta.
Istimewanya Brian pada dirinya, sukar digambarkan dengan kata-kata. Namun, dari segi peribadinya Nana bahagia kerana Brian tidak lokek menunjukkan kasih sayang terhadap dirinya.
“Dari dulu sehingga kini saya tak pernah terasa kurang kasih sayang daripada Brian. Sekarang, terasa sangat kasih sayangnya melimpah buat saya.
“Pada Brian, dia amat bersyukur dan berterima kasih kerana saya sanggup melahirkan dan menjaga anak-anak, Althea,9 tahun dan Aaqib 5 tahun.
“Dia benar-benar menghargai pengorbanan saya yang sanggup berhenti kerja dan menjaga anak-anak. Kata-katanya itu membuatkan saya rasa terharu dan amat bersyukur adanya Brian di sisi saya.
“Apa sahaja yang ingin saya lakukan, Brian sentiasa menyokong saya. Tugas-tugas di rumah juga dia sanggup berkongsi dan lakukan bersama-sama. Dalam rumah tangga yang penting saling memahami dan percaya antara satu sama lain.
“Barulah tak timbul syak wasangka antara suami isteri. Sebagai isteri kena tahu kehendak dan isi hati suami baru tak timbul alasan cari yang lain. Kalau suami tetap juga ada yang lain, tanyakan apa kurangnya kita sebagai isteri dan cuba perbaiki untuk jadi yang lebih baik,” cerita Nana yang memohon semoga tiada sebarang musibah dalam rumah tangganya itu.
Sumber: Majalah Keluarga 2015 & Media Hiburan Online
Gambar: IG nanamahazan