“Ini Merupakan Waktu Paling Tepat Bagi Kami Dikurniakan Zuriat.” Fazura Kongsi Berita Hamil 4 Bulan!

Share

Selebriti terkenal Nur Fazura semalam mengumumkan dirinya kini sedang hamil empat bulan. Berita tersebut disambut gembira oleh para peminat pasangan ini. Dia juga mengakui tidak mengalami sebarang alahan sebaliknya hanya kepenatan. Namun  dia dan bayi berada dalam keadaan sihat walafiat.

 

Fazura berkata, cahaya mata adalah antara anugerah terindah diberi Allah SWT buat dirinya dan suami, pelakon yang juga penyanyi, Fattah Amin.

“Saya tidak pernah ada perasaan seperti ini dan ini merupakan antara anugerah terindah yang diberi oleh Allah S.W.T terhadap kami berdua.

“Semenjak kami mendirikan rumahtangga, kami sentiasa percaya dan menyerahkan kepada Yang Maha Esa terhadap apa jua rezeki atau dugaan yang diberikan oleh-Nya.

“Alhamdulillah akhirnya, berkat doa kami, keluarga tersayang, rakan-rakan dan juga para peminat yang sentiasa tidak pernah putus mendoakan kami, akhirnya doa kami semua dimakbulkan,” katanya.

Menurutnya lagi, dia bersyukur dengan kelancaran trimester pertama kandungannya.

“Dalam kondisi yang kita semua sedang hadapi sekarang, saya kini sedang berehat di rumah. Alhamdulillah saya bersyukur tidak mempunyai sebarang alahan yang teruk setakat ini dan saya sangat teruja untuk menghadapi hari-hari yang mendatang,” ujarnya.

Semalam, Fazura da Fattah masing-masing memuat naik berita gembira tersebut di ruangan instagram.

Setelah melayari perkahwinan kami selama dua tahun, saya dan suami @fattahaminz ingin berkongsi berita yang amat mengembirakan. InsyaAllah dengan izin Allah SWT kami bakal menimang cahayamata kami yang pertama.

Kandungan saya kini dalam bulan keempat, alhamdulillah. Kami sentiasa yakin akan peraturan Allah dan sesungguhnya ini merupakan waktu yang paling tepat bagi kami dikurniakan zuriat yang amat membahagiakan ini. Tiada yang lebih diutamakan dalam hidup kami sekarang melainkan yang tersayang.

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan dan memberikan ucap selamat kepada kami selama ini. Kami amat mensyukuri setiap detik dalam fasa ini dan hari-hari indah yang akan datang. InsyaAllah. Alhamdulillah dan terima kasih sekali lagi dari hati kami berdua. 🙏🏻❤️✨👶🏼 @fattzuralovelife

Fazura dan Fattah dijangka akan menyambut kelahiran bayi mereka pada akhir tahun ini.

Perkongsian terbut mendapat ucapan tahniah bukan sahaja dari peminat bahkan rakan artis dan selebriti lain juga.

profmuhayaofficial
Allahuakbar syukur pada Allah. Tahniah Faz and Fattah. Semoga mendapat zuriat yang baik
michaelang38@missfazura Alhamdullilah babe. Congrats. Will doa kan it will be smooth one for your n @fattahaminz .
anggun_cipta Ooooh my… Many congrats to the both of you ♥️♥️♥️ such a blessing!!
lisasurihani MasyaAllah!! Wonderful news!! :’))) truly truly happy for you Kak Ifte and hubs! Moga dipermudahkan sepanjang kehamilan ini, moga selamat melahirkan , moga kandungan lahir sempurna sifat dan akhlaknya. Amin ya Rabb! Love you sister ❣️
zeileenyusnita Congratulations fazzz nnt lets tolak strollers together gether k hehehe 😘😘😘
wawacosmeticbangi Alhamdulillah tahnih kak 😍 Hmm aturan Allah memang hebat. Cepat atau lambat je. Doakan sy juga ya dikurniakan zuriat 😭😭