Ini Makanan Yang Tidak Boleh Kucing Makan. Salah Makan Boleh Akibatkan Sel Darah Pecah.

Share

Kucing pun macam kita juga, tidak boleh salah makan. Jika tidak, boleh mengganggu kesihatan diri. Oleh itu, hati-hati ketika memberi kucing anda makan.

Memang benar, dalam hal ini, jangan buat main main. Menurut Public Health Malaysia makanan merangkupi segala jenis bawang termasuk bawang goreng, bawang mentah dan bawang yang telah dimasak boleh akibatkan sel darah merah pecah dan menyebabkan masalah kurang darah.

Lebih bahaya adalah bawang putih. Ia adalah 5x ganda lebih bahaya berbanding bawang biasa.

Berikut merupakan makana yang TIDAK boleh dimakan oleh kucing:

Selanjutnya ikuti panduan oleh Geli Geli Kucing – Taiping yang betul cara memberi makan kepada kucing.

CARA YANG BETUL MEMBERI MAKAN KUCING KESAYANGAN ANDA

Keperluan nutrisi kucing yang unik menjadikannya haiwan yang cerewet dalam memilih makanan sehariannya. Sifat ini membuatkannya sentiasa berhati-hati memilih makanan dan akan menolak makanan tersebut jika didapati baunya berlainan daripada makanan asal ataupun makanan itu mempunyai suhu yang berbeza. Sifat semulajadi kucing yang suka menghidu dan merasa menyebabkan ia cepat mengesan jika makanan tersebut sudah tidak segar. Kucing yang diberi makanan yang baik dan berkhasiat sentiasa aktif, mempunyai mata yang bersinar dan bulu yang berkilat.

10 Peraturan Asas Cara Memberi Makan Kucing Kesayangan Anda.

1. Memberi kucing anda makan makanan daripada pengilang yang mempunyai reputasi yang baik dalam pasaran.
2. Jangan beri kucing anda makan makanan bagi haiwan lain seperti makanan untuk anjing.
3. Sentiasa memastikan bekas makanan dan perkakas memberi makan dalam keadaan bersih.
4. Jangan memberi kucing anda makan makanan yang sudah rosak walaupun sedikit.
5. Jika kucing anda diberi makanan segar sepeti ikan dan ayam, sentiasa memastikan tulang sudah dikeluarkan terlebih dahulu sebelum diberikan kepada si manja anda.
6. Memberi kucing makan pada suhu bilik.
7. Membuang sisa makanan yang tidah dihabiskan oleh kucing.


8. Sentiasa memantau berat badan kucing anda dan pastikan kucing anda tidak diberi makan berlebihan ataupun overfeeding.
9. Jangan meletakkan semula makanan yang telah dipanaskan di dalam peti sejuk.
10. Bawa kucing anda berjumpa dengan doktor haiwan jika didapati kucing tidak makan selama 24 jam.

Nutrisi Penting Bagi Kesihatan Kucing Kesayangan Anda.

Protein- Diperlukan untuk tumbesaran kucing dan dapat membantu membaiki tisu-tisu dalam tubuh badan kucing.
Asid lemak- Membantu memberi kucing anda bulu yang berkilat dan bersinar.
Kalsium dan Vitamin D- Diperlukan untuk membina tulang dan gigi yang kuat.
Karbohidrat- Menambah tenagga dan serat dalam diet kucing.
Vitaman A- Diperlukan untuk mata yang sihat.

Lebih Makan ataupun Overfeeding

Dinasihatkan agar memberi kucing anda makan 2 hingga 3 hidangan kecil makanan setiap hari. Jangan beri terlau banyak ‘snacks’ di antara waktu hidangan.

Persaingan Untuk Makan

Persaingan kecil antara kucing-kucing kesayangan anda adalah baik kerana dapat meransang selera pemakanan yang sihat. Anda tidak akan menemui kucing yang cerewet makan di dalam rumah yang mempunyai lebih daripada satu ekor kucing.

Air dan Susu

Kucing mendapat sumber air kebanyakkannya daripada makanan sehariannya. Namun begitu, air segar harus disediakan sepanjang masa. Jika kucing diberi makan makanan kering ataupun separa lembap, ia perlu meningkatkan keperluan air dalam diet sehariannya. Dinasihatkan agar menghadkan pemberian makanan kering kepada kucing kesayangan anda.
Susu mempunyai banyak nutrisi penting, namun ia tidak terlalu diperlukan bagi diet sihat kucing anda. Susu lembu tidak sesuai untuk kucing anda kerana mengandungi kandungan laktosa yang tidak sesuai dengan sistem penghadaman kucing. Bagi menggantikan susu lembu, dinasihatkan agar menggantikannya dengan susu yang mempunyai kandungan laktosa yang rendah atau sebaik-baiknya menggunakan susu kambing.

Sayangilah kucing anda!

Kredit: Geli Geli Kucing – Taiping  dan Public Health Malaysia