Walaupun sudah memasuki minggu ke dua bulan Ramadan, ibu bapa masih berkesempatan untuk mendidik anak-anak tentang keistimewaan bulan ini.
Lima perkara yang ibu bapa kena ajar pada anak-anak
1.Bulan Ramadhan bukan hanya bulan puasa. Bulan Ramadhan ialah bulan pelbagai amalan baik.
2.Bulan Ramadhan bukan hanya kena puasa. Bulan Ramadhan kena juga solat fardhu dan banyakkan amalan-amalan sunat seperti baca Al-Quran, sedekah, bangun qiyamullail, berdoa dan sebagainya.
3. Bulan Ramadhan bukan hanya kena jaga diri dari perkara yang membatalkan puasa. Bulan Ramadhan kena jaga juga mata, mulut, tangan, fikiran dan hati kita dari perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa. Allah SWT tahu dan nampak semua yang kita buat.
4. Bulan Ramadhan ialah bulan yang Rasulullah SAW sangat suka sebab terlalu banyak kebaikan yang ada dalam bulan tersebut. Jika kita semua cinta dan sayangkan Nabi Muhammad SAW, kita mesti ikut apa kesukaan dan amalan yang Baginda SAW buat dalam bulan Ramadhan.
5. Jika kita semua puasa betul-betul di bulan Ramadhan dan buat amalan-amalan sunat sebanyak mungkin, Allah akan ampunkan semua dosa kita yang lepas dan akan masukkan kita ke dalam syurga melalui pintu Ar-Arrayyān.
Ok?
Bagitahu anak-anak 5 perkara asas ini baik-baik.
InsyaAllah kita sedang groom anak-anak yang akan dapat ‘pangkat’ orang bertaqwa apabila mereka dewasa kelak.
Sumber: Khairul Anuar Basri