Dah jadi kebiasaan masa kini bila tiba hari kelahiran orang yang tersayang, rata-rata gemar berkongsi rasa dan abadikan kenangan di sosial media masing-masing. Tidak ketinggalan buat pelakon Yana Samsudin yang turut berkongsi isi hatinya buat suami tersayang yang juga seorang pelakon, Fadzil Zahari.
Sambil menyatakan rasa terima kasih kerana menerima dirinya sebagai seorang isteri, Yana turut berkongsi keperibadian baik suami terhadapnya.
Assalamualaikum… lama tak karang panjang panjang. Ni khas untuk suami ku, sempena ulangtahun kelahiran nya.
Kepada #EnKetuaRumah sedikit penghargaan terima kasih nak di ucapkan,
Memang berbelas tahun lepas , saya ragui keikhlasan dia nak memperisterikan saya, macam macam dia cuba buat untuk yakin kan hati ini , tapi masih jugak tak pedulikan perasaan dia tu.
Jiwa nya besar , orang nya baik hati, rajin beribadat, tak suka menipu , soft spoken, tak janji manis tapi terus buat, kerja keras nya tinggi , tak pernah dengar dia mengeluh, walaupun projek kerja yang dia dapat untung sangat kecil seperti beratus ringgit sahaja ( saya yang bising 🤭 dia lek je) tapi dia buat juga sehabis baik jugak. Diam je , tak mengeluh. Cuma cakap kata rezeki Allah , Alhamdulillah.
Bukan nak puji sangat dia ni, tapi tu lah hakikatnya. Dia ni seorang yang tak pernah abaikan apa apa depan mata. Rajin bantu isteri , buat kerja rumah dan jaga anak.
Ads
Kenal dari tak kerja…
Dah kenal dia dari tak kerja ke kerja biasa je gaji rm1k naik kancil manual mak dia punya , kadang tak ada pendapatan, sampailah pandai tulis skrip Alhamdulillah skrip dia yang meletop letop rm12 juta . Tu lah yang nak di higlight kan kesungguhan dan tak kenal erti putus asa dia ni. Degil ya kat situ…
Sifat penyayang dia tu jangan cakap lah, dengn anak anak isteri, dengan mak ayah dan adik beradik dia tu aduhai….. love sangat lah..
Ads
isteri minta tolong tak pernah say “No” kecuali dia memang takda outstation, tu pun dia mesti hantarkan orang lain untuk bantu tengok kan.
Sama lah nak pergi haji, saya cakap kat dia saya minta tolong dia ikut untuk tengok kan abah sebab saya akan jaga mak, dia setuju nak tolong jaga. Sampai habis dia tolong kami tak tinggal kan kami langsung, semuanya pergi bersama sama stick together.
Masih ingat moment dia kat Padang Arafah, dia tolong bawa barang barang kami berempat dengan beg tarik berat tu, dengan cuaca yang panas terik lit lit tu. Dia jalan kat belakang kami sebab tak nak kami tercicir , saya kerap toleh dia kat belakang, dia balas senyummmmm je dengan pandangan cinta..
“Ini lah lelaki yang aku tak salah pilih! Terima kasih Allah..”
Ads
Awwwwwww… masa tu dalam hati menjerit “Ini lah lelaki yang aku tak salah pilih! Terima kasih Allah kerana masih segar kan cinta kami sehingga hari ni ” kalau korang nak tahu , nak mengerjakan haji ni perlukan tenaga dan emosi yang sangat kuat. Lagi lah menjaga orang orang tua.. Yang pernah lalui akan faham maksud saya. Dengan rezeki Allah mudahkan segala galanya.. kami bahagia sangat di sana.. 😍
“Syukur Ya Allah hadirkan pemimpin keluarga ini dan terima kasih juga sayang kerana masih setia disisi,sentiasa menghiburkan dan tak jemu melayan karenah kami sekeluarga”
Selamat hari lahir yang ke 38 tahun sayang ku @FadzilZahari , hanya Allah yang mampu membalas segala kebaikan yang sayang dah lakukan kepada kami. I doakan supaya sayang di berikan rezeki sahabat, kesetiaan, kebahagian, kesihatan , pendapatan yang mencukupi serta di mudahkan segala urusan ketika menjadi seorang Suami , Ayah , Anak & Adik abang. Semoga Allah berikan ganjaran Syurga atas segala nya , semoga i akan menjadi pilihan sebagai bidadari syurga buat u nanti sayang.. jangan lupakan i 🥹 -YS ..
Menjaga anak yang menghidap autisme bukanlah suatu tugas yang mudah lebih-lebih lagi anak-anak ini perlukan pengawasan rapi dari penjaga. Keselamatan mereka juga merupakan faktor yang sangat diutamakan memandangkan kanak-kanak ini mungkin akan bertindak di luar kawal dan agak sukar mengawal pergerakan dan emosi mereka.
Bagi penjaga pula, anda memerlukan kesabaran yang tinggi untuk menjaga serta mengawal pergerakan mereka lebih-lebih jika ada yang bertindak agresif.
Oleh sebab itu, ibu bapa yang mempunyai anak istimewa ini, jarang membawa anak-anak mereka menaiki pesawat. Bimbang akan mengganggu penumpang lain dan mungkin kesabaran teruji jika kerenah mereka berlebihan.
Ini adalah kerana anak-anak autisme ini sukar untuk melalui sesuatu yang berbeza daripada rutin harian mereka dan akan cepat meragam jika berlaku perubahan dalam kehidupan mereka lebih-lebih lagi jika ianya drastik dan sangat asing bagi mereka.
Namun kini anda tidak perlu lagi risau, seorang wanita bernama Zinnirah Ajman yang kerap berkongsi ilmu keibubapaan di TikTokmendedahkan satu tip berguna untuk membantu membawa anak autisme berjalan-jalan.
Ternyata ketika di KLIA Terminal 2, ada disediakan satu program yang dinamakan sebagai Butterfly Lanyard.
Dalam program ini, ketika mendaftar di kaunter khidmat pelanggan di tingkat lima KLIA 2, anak-anak autisme akan diberikan satu tali tag nama yang membenarkan mereka menerima layanan istimewa di lapangan terbang.
“Waktu saya nak naik penerbangan ke Sabah, saya cadang nak guna Butterfly Lanyard ni untuk anak saya yang autisme. Tiada bayaran dan free of charge. Ada available di KLIA Terminal 1 dan KLIA Terminal 2.
“Program ini sangat membantu dan memang function sebab kanak-kanak autisme ni mereka tak boleh menunggu lama, nanti mereka akan mula meragam.
“Butterfly Lanyard ini akan berikan VIP access kepada anak kita, macam fast lane untuk mereka naik flight, express je rasa semuanya.
“Program Butterfly Lanyard bukan di bawah kendalian mana-mana syarikat penerbangan, ia adalah satu inisiatif di bawah Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
Berikut adalah beberapa kemudahan dan kelebihan yang diperoleh melalui program Butterfly Lanyard.
1) Daftar masuk bagasi anda di kaunter dengan lebih pantas
Ketika beratur di barisan untuk mendaftar masuk bagasi ke dalam pesawat, mereka yang mempunyai Butterfly Lanyard akan diberikan keutamaan.
Masa akan banyak dijimatkan dan keluarga yang mempunyai anak autisme akan dapat ke kaunter dengan lebih pantas tanpa perlu menunggu lama.
2) Akses ke Bilik Terapi Sensori
Sementera menunggu untuk menaiki kapal terbang, mereka yang mempunyai Butterfly Lanyard boleh mengakses Bilik Terapi Sensori (sensory room).
Di sini mereka boleh bermain-main untuk mengisi masa lapang, Bilik Terapi Sensori boleh membantu kanak-kanak untuk menenangkan diri sebelum menaiki pesawat.
3) Penyediaan kereta buggy untuk ke pintu pelepasan
Sesiapa yang mempunyai Butterfly Lanyard tidak perlu risau untuk berjalan jauh ke dewan pelepasan kerana mereka sekeluarga boleh menaiki kereta buggy.
Satu kemudahan yang sangat membantu untuk mengelakkan si kecil dari tiba-tiba meragam kerana kepenatan.
Selepas ini jika anda hendak menaiki pesawat di KLIA atau KLIA 2 bersama anak-anak autisme, jangan lupa untuk memohon Butterfly Lanyard.
Semoga perjalanan anda akan lebih mudah dengan menggunakan kemudahan ini dan anak-anak gembira menikmatinya.
Tak mudah menerima takdir, anak yang ditatang bagai minyak penuh kini berdepan dengan penyakit yang cukup digeruni. Namun, siapa kita mampu menolak ketentuan takdir, berat mata memandang berat lagi bahu keluarga ini memikulnya.
Betapa tabah dan kuatnya si ayah dalam mengharungi dugaan apabila anak sendiri diduga dengan penyakit kronik. Namun apa yang cukup menyentuh hati adalah ayah ini sanggup membotakkan rambut demi anaknya yang telah disahkan menderita kanser tulang. Anaknya yang kini mengalami keguguran rambut dan botak kesan dari rawatan kimoterapi.
Kisah keluarga ini dimuat naik oleh saudara Mohd Fadhil, yang merupakan kawan kepada
Jeffri Senin. Menurut Mohd Fadhil, anak kawannya ini yang bernama Rayyana kini berumur 9 tahun.
“Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Mak ayah mana yang hendak lihat anak merana dalam kesakitan.
Hatta dahulu waktu kecil, seekor nyamuk tidak akan dizinkan untuk hinggap pada kulit anak. Itulah pengorbanan ibu dan ayah.
Itu yang berlaku kepada sahabat aku Jeffri Senin. Beliau di uji dengan anaknya Rayyana yang sedang menghidap kanser tulang. Rayyana sekarang berusia 9 tahun. Sahabat aku ni orang Kulai.
Kau orang bayangkan seorang kanak-kanak diberi rawatan kimoterapi. Dalam jadual, Rayyana akan di Kimo sebanyak 14 kali, 3 minggu sekali selama setahun. Kimoterapi ni orang kata panas.
Adik Rayyana telah menjalani Kimo yang kali pertama rambutnya telah mula gugur dan kepalanya botak. Paling aku sayu dan terkesan bapanya turut membotakkan kepala.
Aku yakin, Jeffri Senin bapa kepada Rayyana ini sedang meraikan dan menghiburkan anaknya supaya anaknya rasa ada geng botak bersama. Sungguh besar pengorbanan kau bang.
Hari ini, Rayyana ambil ujian sekolah agama. Ibu ayahnya beri full support kepada Rayyana. Lulus atau gagal itu nombor dua. Semangat Rayyana itu yang penting.
Aku doakan abang Jeffri Senin dan isteri dapat terus kuat dan tabah. Kepada adik Rayyana, percayalah seluruh rakyat Malaysia yang membaca ini sedang mendoakan adik abang comel ini.
Kepada rakan dan follower saya yang ingin menyumbang apa sahaja, boleh terus hubungi atau pm ayah Rayyana, abang Jeffri Senin.
Ayuh kita ringankan tulang membantu bersama. Paling kurang kita share tulisan ini agar ada insan yang pemurah dapat membaca dan menyumbang.
Di sini saya siapkan nombor akaun abang Jeffri Senin
7057107251 – CIMB – Jeffri senin
Hari ini hari mereka. Esok lusa hari kita. Tinggalkan kata kata semangat kepada abang Jeffri dan Rayyana di ruang komen.
Tandas yang harum dan bersih antara yang dititikberatkan kaum wanita terutama ibu-ibu di rumah.
Sebab tu macam-macam petua atau tip dicuba ketika membersikan tandas mahupun bilik mandi. Tetapi ada petua yang sesuai ada juga yang boleh mengundang masalah.
Sepertimana yang dikongsikan oleh puan Syahirah Omar ini berkenaan tip untuk pastikan mangkuk tandas sentiasa wangi dan bersih dengan menggunakan Sabun buku.
Menurut puan Syahirah, tip berkenaan boleh menyebabkan masalah pada ekosistem air dan saliran.
Baru-baru ni viral satu perkongsian di Tiktok, dia ada bagi tip bagaimana nak toilet bowl sentiasa wangi, dan bersih. Caranya dengan dengan memasukkan sabun buku daia dalam tangki flush.
Dan hasilnya memang berbuih la mangkuk tandas.
Hakikatnya ramai tak tahu amatlah tak bagus buat begitu. Sangatlah tak baik untuk ekosistem air dan saliran.
Begini,
Bila terlalu banyak sabun dalam tangki flush tu, kesannya boleh membunuh mikroorganisma yang sepatutnya bertugas dalam proses penguraian dalam loji kumbahan. Maksudnya tak ada bakteria dan kulat baik yang boleh mereputkan najis.
Hasilnya najis kekal bentuk begitu.
Maaf sedikit jijik. Tapi saya nak cerita je apa kesannya.
Kemudian,
Saya terbaca juga kesan buruk lain. Antara sebab lain kenapa tak boleh buat begitu, rubber seal dalam tangki flush tu akan cepat rosak dan tidak dapat menjalankan fungsinya dengan berkesan.
Semuanya disebabkan tindakbalas kimia yg ada pada sabun tersebut menyebabkan air akan terus mengalir ke dalam tandas seterusnya bil air kalian akan tinggi.
Terpaksalah kalian mengeluarkan kos nak repair pula.
Dulu saya cuci tandas seminggu sekali. Tapi sekarang saya biasakan diri cuci tandas setiap kali gunakan. Kalau mandi, terus disiplinkan diri sental tandas. Kalau jamban kalian asing, asal membuang, teruslah berus toilet bowl tu.
Jadi bila kerap mencuci, tak la teruk berlendir berlumut lantai sampai licin bila pijak, kan? Tak payah spend masa yang lama pun sebenarnya. Sekejap je mencuci setiap kali penggunaan tandas.