Disebalik kejayaan seseorang itu pastinya ada tulang belakang yang sangat kuat dan hebat. Setiap orang juga memiliki keistimewaan dan kelebihan yang tersendiri.
Bak kata influencer Alif Teega yang dikongsikan oleh isterinya Aisyah Hijanah menerusi laman Instagramnya, kesemua pekerjanya adalah keluarga kedua mereka yang perlu disayangi dan dihormati.
“Alif selalu cakap, “ini keluarga kedua kita…”. Bagi orang lain, mesti akan nampak macam ‘red flag’ bila layan team mcm family. Tapi, inilah orang-orang yg Aisyah spend masa bersama setiap hari.
“That’s why, Aisyah dan Alif tak kisah untuk spend kepada team kami. Aisyah sangat bersyukur Allah hantarkan orang yang baik-baik bersama HIJANAH,” tulisnya.
Luah Aisyah lagi, tahun ini adalah tahun paling bermakna buatnya kerana masih dapat mengeratkan hubungan silaturahim bersama pekerja walaupun sedikit sibuk menguruskan perniagaan.
Ads
“Sepanjang Aisyah bersama dgn team Hijanahofficial, tahun ni paling bermakna bagi Aisyah. Tahun ni memang raya agak hectic, tapi kita dapat feel bonding dengan team. Bayangkan, tidur office atas lantai dengan team, sahur dan berbuka sekali,” tambahnya.
Bukan itu sahaja, kesemua pekerja yang dianggap keluarga itu juga telah banyak berkorban sehingga terpaksa melakukan kerja yang bukan dalam bidang kemahiran sendiri serta tidak pernah mengeluh tentang masa dan tenaga yang telah dikerah demi HIJANAH.
Ads
“Tahun ni, team HIJANAH terpaksa split banyak. Ada yg buat kerja yang bukan dalam field masing-masing. Ada yang nampak pendiam, tapi boleh bercakap dan pandai buat sales. To be honest, I really proud seeing their self growths.
“So kami split, ada yang stay dekat booth, ada yang stay di office untuk assist production dan operation. And semua tak berkira masa dan tenaga untuk HIJANAH,” luahnya.
Ads
Dalam pada itu, Aisyah sempat memanjatkan kesyukurannya terhadap Illahi dan meminta agar dilindungi daripada sebarang musibah.
“Semoga Allah lindungi setiap daripada team HIJANAH daripada sebarang kezaliman manusia, jin dan syaitan. Allah pelihara daripada pandangan buruk manusia dan terima segala amalan dan masuk ke syurga tanpa hisab,” tambahnya lagi.
Sebelum ini, Aisyah turut sempat berkongsi tentang dirinya yang terkena sihir namun, keadaanya kini semakin pulih.
Sumber: Isntagram Aisyah Hijanah
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Trend menamakan anak dengan nama-nama yang panjang lagi susah disebut eloklah difikirkan. Namun ada juga yang memilih nama yang ringkas tetapi mempunyai maksud yang baik-baik.
Memilih nama anak dengan baik bukanlah tugas yang mudah. Sudah menjadi tanggungjawab mak ayah memilih nama yang terbaik buat anak.
Namun siapa sangka, hasrat perkongsian seorang ibu yang berkongsi nama anaknya yang ke-7 telah mengundang kencaman setelah dikatakan tidak sesuai dengan budaya dan agama.
Menurutnya perkongsian Aishah Toke Kek, nama itu mempunyai pengertian yang baik-baik untuk anaknya yang baru lahir pada awal November lalu.
Ramai pulak yang kecam nama vjay, sampaikan dalam group…….. admin tutup ruangan komen.
Maksud vjay – kejayaan /kemenangan .
Nama anak tak kisah dalam bahasa apa pun asalkan ada maksud yang baik. Bahasa tamil ke, urdu, arab, barat ke semuanya boleh ..
Sunat menamakan anak dengan nama yang baik. Ini berdasarkan hadits yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dan Imam Ahmad Rahimahumallah daripada Abu ad-Darda‘ Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: إنَّكم تُدْعَوْنَ يَوْمَ القِيَامَةِ بِأَسْمَائِكُمْ وَأَسْمَاءِ آبَائِكُمْ فَحَسِّنُوا أَسْمَاءَكُمْ (رواه أبو داود وأحمد)
Maksudnya: “Sesungguhnya kamu akan dipanggil pada hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu,maka perelokkanlah nama-nama kamu.” (Hadits riwayat Abu Daud dan Ahmad).
Semua nama anak pilihan suami
7 orang anak semua suami yang letak. Tunggu anak ke 8,9,10 pulak giliran saya kut .sape macam saya belum ada peluang letak nama anak .
1. Nur Insyirah binti Sharwan
2. Ahmad aniq bin Sharwan
3. Hud bin Sharwan
4. Izz bin Sharwan
5. Adni binti Sharwan
6. Zyn bin Sharwan
7. Vjay bin Sharwa
Meninjau di ruangan komen, netizen berpendapat ia tidak menjadi sesuatu yang pelik dengan nama sedemikian asalkan ia mempunyai maksud yang baik.
Eratnya kasih sayang antara keluarga, akhirnya mereka bersama hingga ke akhir hayat. Jenazah tujuh daripada sembilan sekeluarga yang meninggal dunia dalam tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Kemaman Terengganu selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Felda Lepar Hilir 3 di Kuantan Pahang, lewat malam tadi.
Jenazah adalah pasangan suami isteri, Karim Abdullah, 39 dab Azizah Eiyi, 40; serta anak-anak mereka iaitu Putri Aryana Umaira Karim, 4; Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6; Putri Nurerina Natasya; 10; Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11 dan Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18 tahun.
Memetik laporan akhbar Sinar Harian, sebelum itu kesemua jenazah disembahyangkan di Masjid Ubbudiah, Felda Lepar Hilir 3 yang diimamkan Imam masjid, Ibrahim Mat Noor bersama-sama kira-kira 100 jemaah.
Tujuh van jenazah yang membawa kesemua jenazah secara berasingan itu bertolak dari Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, kira-kira jam 6.25 petang.
Suasana pilu dan sedih menyelubungi upacara pengebumian apabila kira-kira 200 ahli keluarga dan kenalan yang hadir kelihatan sebak sewaktu diberikan peluang terakhir untuk menatap wajah jenazah sebelum dikebumikan.
Pada Ahad lalu, 10 individu termasuk sembilan sekeluarga yang dilaporkan berkelah di Jeram Air Putih pada petang Sabtu, hilang selepas dihanyutkan kepala air di kawasan itu.
Setakat petang Selasa, mayat kelapan yang dikenalpasti sebagai Putri Alleya Maisarah, ditemui kira-kira jam 3 petang di kawasan beting jeram terbabit.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, mayat kelapan itu ditemui berhampiran mangsa kedua yang ditemui kelmarin.
Dua lagi mangsa belum ditemukan ialah Putri Nor Fatin, 14 dan tunang kepada Putri Balqis Izzati iaitu Muhammad Fikri Saliman, 24.
Susulan tragedi kepala air ini kerajaan Terengganu telah menutup sementara kawasan perkelahan di Jeram Mawar, Air Putih tersebut bermula Isnin bagi memastikan tragedi sama tidak berulang dalam masa terdekat.
Ajal maut dan jodoh adalah ketentuan Ilahi. Kita merancang untuk hidup bahagia sehingga akhir hayat namun akhirnya musnah. Pemergian pasangan tentunya membuat hidup makin sukar.
Begitulah yang dirasai oleh puan Lina Danish yang kehilangan suami tempat bergantung harapan.
Menerusi perkongsian di grup Kami Suri Rumah, beliau berkongsi sekeping gambar bersama 4 orang lelaki. Apa yang menarik perhatian, beliau bagaikan ‘kakak’ ketika bergambar bersama anak-anaknya yang sudah meningkat remaja.
Beliau yang berkahwin pada usia muda 19 tahun, telah kehilangan ketika anak sulungnya berusia 7 tahun dan tiga lagi anak yang masih kecil.
Demi anak-anak, beliau tabah membesarkan zuriat yang ditinggalkan suami. Kini pada usia 43 tahun, beliau mampu tersenyum apabila kesemua anak-anaknya berjaya dalam pelajaran.
Dalam pada itu, warganet memuji ketabahan beliau membesarkan anak-anak tanpa memikirkan perkahwinan kedua. Nyata begitulah kasih ibu buat anak-anak, rela bersusah payah agar kebahagian menjadi milik mereka.
Ikuti lanjut perkongsian beliau.
Ramai dak geng 40an sini?
Letak gambaq kat komen nak tgk hampaaaa
Kakak kawen umoq 19 , umoq 24 dah tutup kedai. 4 Hero semuaaaa , dlm rumah kakak lah satu² nya bungaaa 🤣
skrng umur kakak 43, si abg yg sulung tu umur 23 masih study lagi sambung degree, yg no 2 dgn no 3 sambung diploma, yg paling bongsu umur 18 tunggu results SPM kerja part-time.
Kakak lah Ibu kakak lah ayah sbb Abah deorang dah meninggal 16 tahun lepas, masa tu yg sulong baru 7 tahun, yg kecik 2 tahun.
Kakak tak kahwin lain & besarkan deorang sorang2 dgn tulang empat kerat . Jual tudung saja tapi mampu hantar anak belajar tanpa buat loan & ptptn.
Minta tolong semua suri suri dlm ni doakan kakak terus kuat, murah rezeki, baik kesihatan & semoga anak² kakak berjaya Dunia & Akhirat . Semoga doa ini berbalik pada suri suri jugak nnti yaa.. terima kasih ⚘
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.