Solat Dhuha adalah solat sunat yang dilakukan setelah terbit matahari hingga menjelang masuk waktu Zohor. Solat ini afdhalnya dilakukan pada waktu pagi hari ketika matahari sedang naik.
Meskipun ia adalah solat sunat, tapi sangatlah rugi jika tidak pernah menunaikan Solat Dhuha ini walaupun sekali seumur hidup.
Cara menunaikannya pula adalah sama seperti solat sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama, jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud:
“Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehendakinya” (Hadis Riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah).
Banyak hadis yang menggalakkannya dan menyatakan keutamaannya.
1. Solat Sunat Yang Sangat Dituntut
Ads
Antaranya ialah dalam Riwayat Abu Hurairah katanya:
“Kekasihku Rasulullah SAW telah berwasiat kepadakau tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
2. Dimurahkan Rezeki & Elak Miskin
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain”, sabda Rasulullah SAW yang maksudnya:
Ads
“Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan”
3. Ganti ‘Sedekah’
Dalam riwayat yang lain, Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya:
“Pada tiap-tiap pagi, lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha” (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Ads
4. Diampuni Dosa
Dalam satu riwayat yang lain, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya, nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih di lautan” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Betul-betul banyak kelebihan menunaikan Solat Dhuha ni. Marilah kita sama-sama merebut ganjaran yang diberikan ini.
Cantik, terkenal, punya keluarga bahagia dan suami yang penyayang antara bonus pada pelakon bermata galak ini. Tidak keterlaluan jika ada yang menjadikan Che Ta sebagai sumber inspirasi. Namun bagi empunya diri, segalanya adalah atas ketentuan Yang Maha Pencipta.
“Soal ada yang menjadikan diri saya idola, jujurnya saya terharu namun semua itu berlaku secara kebetulan dan bukan saya rancang. Ia anugerah terindah yang diberikan oleh Yang Maha Esa. Berbanding orang lain, mungkin rezeki saya lebih ke arah itu dan saya sangat bersyukur.
“Cuma saya bimbang juga kerana bila sudah menjadi idola maka apa jua yang kita lakukan diperhatikan. Tetapi jujurnya saya lebih suka menjadi diri sendiri dan bukan seperti yang orang lain mahukan.
Saya tidak suka berpura-pura. Seperti yang orang lihat saya pada hari ini, itulah diri saya yang sebenar. Sebelum ini saya ibu tunggal dan besarkan anak-anak sendiri dan alhamdulillah kini saya sudah punya keluarga bahagia.
Zain ‘Right Person’ Untuk Saya
Mengakui Zain bukan jenis suami yang romantik sepanjang masa. Tetapi menurut Che Ta, suami kesayangannya itu banyak menunjukkan sifat romantik dengan pada perbuatan dan diselang seli dengan kata-kata.
“Pada saya, Zain adalah ‘Right person’ untuk saya. Soal perbezaan usia tidak menjadi hal kerana walaupun Zain lebih muda tetapi dia jenis ‘family man’ dan tidak suka keluar suka-suka kerana kami berdua tahu tanggung jawab dan status masing-masing.
“Malah, Zain banyak masa di rumah kalau saya ada penggambaran di luar. Kebetulan pejabatnya dekat dengan rumah memudahkan dia menguruskan bab hantar dan ambil Aisyah dari sekolah kalau pemandu tak sempat ambil. Jika ada apa-apa hal di rumah waktu ketiadaan saya, Zain yang tolong ‘cover’ dulu . Aisyah pun dengan ayahnya cukup takut. Kalau diikutkan Zain lebih tegas dalam mendidik berbanding saya.
Berikut beberapa tip bahagia yang dikongsikan oleh Cha Ta:
Zain jenis yang tidak cerewet baik dari pemakanan dan sebagainya.
Kalau bergaduh atau berlaku perselisihan faham cepat-cepat selesaikan kerana tidak suka perbesarkan benda yang remeh.
Jika tidak puas hati tentang sesuatu perkara akan berterus terang kerana tak suka ia memberi kesan yang berpanjangan pada hubungan suami isteri.
Zain bukan jenis yang kuat merajuk. Dibandingkan Che Ta yang suka merajuk dan tukang pujuknya Zain.
Zain suka menghulurkan kata-kata maaf walaupun itu bukan salah dia.
Sumber foto: @blackpepperproduction
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Selesai 44 hari tempoh berpantang, Farah Nabilah menerusi Instagram miliknya, memuat naik gambar majlis cukur jambul sekali gus mendedahkan wajah anaknya buat kali pertama hari ini.
Memilih Andre Omar sebagai nama bayi sulung mereka, pasangan ini memilih tema putih untuk majlis yang turut diraikan keluarga terdekat.
Assalamualaikum everyone ! Today me, mommy & daddy dah habis pantang ! & today is my cukur jambul day ,”tulis Farah dikapsyen.
Adat memiliki anak-anak kecil, meskipun telah dipesan berulang kali agar menjaga kebersihan,namun sisa makanan yang tercicir pasti tetap ada didalam kereta. Perkara ini sekaligus mampu mengundang kehadiran serangga perosak seperti lipas.
Geram melihat kemunculan kehadiran serangga perosak ini, kami kongsikan cara mudah untuk memerangkap lipas-lipas kecil yang berkampung di dalam kereta anda hanya dengan menggunakan dua bahan.
BAHAN-BAHAN:
3 senduk minyak masak terpakai
2 sudu kecil marjerin/ Planta
1 sudu kecil susu pekat
CARA MEMBUAT:
1) Sediakan bekas plastik kosong yang sudah tidak digunakan lagi.
2) Masukkan minyak masak terpakai atau minyak masak yang telah digunakan didalam bekas plastik tersebut. Tidak perlu membazir menggunakan minyak masak yang baru.
3) Kemudian, campurkan pula dengan Planta atau majerin.
4) Setelah itu, tambahkan dengan sedikit susu pekat.
5) Letakkan bekas campuran minyak tadi di mana-mana yang anda rasa berpotensi untuk menangkap lipas, seperti bawah tempat duduk kereta.
Tip Ekstra: Seeloknya letakkan bekas tersebut pada waktu malam dan biarkan semalaman, ketika kereta tidak digunakan dan lihatlah hasilnya pada keesokkan hari.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.