Biarpun wanita sering dianggap golongan lemah, namun wanita juga boleh digelar berjiwa besi. Sanggup melakukan pengorbanan demi keluarga. Lebih lagi jika ia melibatkan taraf ekonomi keluarga.
Tolak tepi perasaan malu pada diri bagi memastikan keluarga bahagia dan hidup tidak merempat asalkan keluarganya cukup pakai dan makan minum.
Jika selama ini, sinonim suami akan menjadi ketua keluarga untuk menjana pendapat keluarga, sebaliknya bagi wanita ini.
Menerusi satu perkongsian daripada seorang personaliti televisyen terkenal, Fedtri Yahya, telah mencoretkan kisah seorang pemandu Grab wanita di media sosialnya
Nyata bahawa jiwanya begitu kuat. Bukan calang-calang wanita sanggup melakukan ini semua.
Dirinya sanggup menjadi pemandu Grab pada usia 60 tahun demi menggalas peranan ‘ketua keluarga’ selepas suaminya mengidap kanser. Lebih mencabar, anak pula OKU.
Sungguh inspirasi wanita ini. Kuatnya jiwa mu!
Ini perkongsiannya.
Dalam pada itu, menerusi komen di facebook Fedtri Yahya, seorang kenalan wanitu menyatakan bahawa pemandu Grab itu adalah Puan Misnah.
Semoga keluarga ini dilimpah rezeki
Perkongsian ini telah mengundang sebak di kalangan warganet. Dan mendoa agar dimurahkan rezeki.
Sumber: Instagram Fedtriyahya