“Ini Jalan Terakhir Abi Pujuk Kau Nak.” Ayah Ini Sanggup Berniqab Demi Susukan Anak Cuit Hati Netizen. Kelakar Tapi Berjaya.

Share

Kalau demi anak-anak, apa sahaja sanggup dilakukan. Gelagat seorang bapa memakai niqab demi memberi susu kepada anak kecilnya mencuit hati netizen.

Kisah tersebut dikongsikan oleh isteri kepada lelaki tersebut menerusi laman facebooknya.

“Bila mak kau busy dgn order, haqq pulak merengek nk ibu. Sekali bapak kau dtg..terus senyap. Mata haqq pun tengok mcm pelik, mcm seram ?? .

“Selalu kalau ibu pakai niqab sembang dgn haqq, haqq mesti senyum. Tp kali ni bulat mata dia. Ini klu bapak kau batuk Confrm kantoi.

“Mcm2 pujuk x jln. Nie jalan terakhir abi kau memujuk nak. senang keje mak lepas nih. Asal merengek nk ibu..abi sarung niqab, haqq pun senyap?

??
#ini_bukan_mak_nakkk 
#bapak_kau_ninja
#anwarrul_haqq

Menurut Farizah Jaafar, mereka dikurniakan lima anak perempuan dan seorang lelaki. Jarak umur antara anak lain dengan si bongsu menyebabkan dia sedikit manja dengan ibunya. 

“Kami anak 5 Perempuan, 1 lelaki. 9thn baru dpt yg si baby. Harus la manje nak merap ngn mak ?, sampai abi pun terpaksa olok2 jadi mak,” ujar Farizah lagi.

Dalam masa yang sama si isteri menafikan, perkongsian tersebut sengaja dibuat bagi mempromosikan bisnesnya.

“Kami x mintak pun di viralkn. Post pun hanya kt wall sendiri jerk. Mmg kt dlm rumah ibu x pakai niqab, tapi dh tu jln terakhir abg abu buat nk kasi dia senyap. Puas dh pujuk dia melalak je. Korg pun tau kan yg kak fie kau busy lalety nie dgn class, soal jwb student. Mmg betul baby lebih kenal bau ibu @ ayah nye. Tp klu dah cara tu je yg buat dia syp. Mungkin haqq tu diam sbb terkezut, sebab pelik..bkn sbb dia igt tu ibu dia ker kan. Muka haqq pun nmpk sgt mcm muka terkezut ?

Siapa yg snap pic? Kitorg nie anak ramai la dik non, pak non. Anak dara kami ade 5, haqq sorg ni jer si anak teruna. Klu kak fie sndri yg snap pic pun ape mslh nye? Mmg dh tgh busy dok lyn soalan2 student dlm group. Berbelas2 group. Kena student yg tgh membaking..dok tanya cikgu, cikgu plak x reply2..mau bantat pulak kek student aku. Setiap anak x sama. Begitu jugak anak cik puan/tuan x sama dgn ank sy.

Kalau nak kata ni teknik marketing, jauh sekali. Kitorg x perlu marketing kot. Lagi pun bkn baru sekali kami jd viral. Semua hanya utk kenangan di wall sendiri biar haqq tengok nti bila dia dh besar andai panjang umur kami.

Tapikan.. Biasa lah, bila dh jadi viral sana sni, komen kecaman dr netizen x boleh lari. Tapi kami ok jerk. Kita manusia tiada yg sempurna. Maaf dr kami andai post ni menjadikan anda sakit hati, memualkan, hambar @ ape2 jer la ?

 yg baik dtg dr Allah swt, yg buruk dtg dr kami sendri…

Nampak kelakar tapi sangat kreatif kerana idea tersebut berjaya dipraktiskan oleh si ayah. Lepas ni boleh la ayah-ayah kat luar sana nak cuba teknik ini. Mana tahu berjaya kan. Tak Kisah apapun cara, tetapi patut dipuji kerana bersusah payah demi anak.