Bermula 1 April, individu yang mempunyai simpanan wang dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh membuat permohonan untuk pengeluaran maksimum RM10 ribu dan telah memaklumkan pembayaran dibuat dalam satu bayaran sahaja.
Hanya tiga golongan sahaja yang benar-benar layak dan dibenarkan untuk melakukan Pengeluaran Khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Menurut infografik terkini KWSP yang dikongsikan sebentar tadi, golongan pertama adalah melibatkan ahli-ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun.
Golongan kedua pula melibatkan pemohon yang terdiri daripada kategori warganegara dan bukan warganegara termasuklah pemastautin tetap.
Manakala bagi golongan ketiga, hanya ahli yang mempunyai baki atau jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam akaun KWSP sahaja yang dibenarkan membuat pengeluaran itu.
Amaun Pengeluaran & Kaedah Bayaran
Selain itu, orang ramai perlu mengetahui beberapa perkara tentang amaun pengeluaran dan kaedah bayaran untuk melancarkan urusan pemohon.
Jumlah amaun pengeluaran adalah minimum RM50, manakala maksimum pula adalah sebanyak RM10,000 dan ia tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2. Jika tidak mencukupi, Akaun 1 akan digunakan.
Bagaimanapun, anda perlu meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam akaun satu.
Tidak cuma itu, pembatalan permohonan dan pindaan amaun tidak dibenarkan.
Justeru bayaran Pengeluaran Khas diberikan keutamaan berbanding pengeluaran lain.
Empat perkara sebelum buat permohonan pengeluaran khas
Untuk kelancaran rang ramai perlu menyemak beberapa perkara penting terlebih dahulu bagi melancarkan urusan permohonan.
Anda perlu memastikan nombor telefon bimbit terkini telah berdaftar dengan KWSP dan seterusnya menyemak baki simpanan KWSP.
Tidak cuma itu, nombor akaun bank juga perlu dipastikan berada dalam keadaan aktif sama ada bagi akaun simpanan atau semasa.
Paling penting, anda haruslah memastikan akaun KWSP itu adalah di atas nama ahli sendiri dan bukan akaun bersama atau akaun syarikat.
Sumber : KWSP