Ini Hasrat Abang Viva, Mahu Tumpu Kerja Sukarelawan, Rancang Berhenti Kerja.

Share

Siapa yang tak kenal Abang Viva sejak kejadian banjir yang melanda negara awal December tahun lalu.

Sikap prihatinnya yang datang dari Melaka hanya berbekalkan wang tunai RM50.00 dengan hanya menggunakan kereta viva serta bot penyelamat yang diletakkan di atas bumbung menarik perhatian ramai.

Kisahnya yang membantu mangsa banjir secara solo telah menjadi tular sehingga saban hari kisahnya menjadi tatapan umum warganet.

Sikap rendah dirinya membuatkan ramai yang memujinya. Malah baru-baru ini, telah mendapat anugerah dan diberi sebuah kenderaan pancuan empat roda.

Terbaru, kisah Abang Viva sekali lagi mendapat perhatian apabila dikatakan mula merancang berhenti kerja dan mahu memberi tumpuan kepada kerja sukarelawan.

Abang Viva atau nama sebenarnya memberi tahu hasrat itu selepas menerima sijil penghargaan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) atas keprihatinannya membantu mangsa banjir, baru-baru ini.

“Kerja sukarelawan memberi kepuasan kepada diri dan ketika ini saya lebih selesa membuat kerja kebajikan membantu golongan yang memerlukan bantuan,” katanya ketika ini masih cuti berkerja dan bercadang mahu berhenti dalam masa terdekat bagi menumpukan perhatian kepada kerja sukarelawan.

Dia menerima sijil penghargaan yang disampaikan Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid pada Majlis Perbarisan Tahunan 2022 JBPM di sini, hari ini.

Mengenai kerja sukarelawannya, Azwan berkata, dia bercadang membantu membersihkan pusat tahfiz di Pahang yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.

Menurutnya, dia juga sudah mengadakan kutipan dana yang dimulakan sejak dua hari lalu melalui Facebook bagi membantu menyediakan peralatan diperlukan di pusat tahfiz.

Katanya, setakat ini sambutan menggalakkan daripada orang ramai yang bersama memberi sumbangan dan berharap lebih ramai dapat menyumbang bagi membantu pusat tahfiz yang jejas banjir.

“Saya enggan mendedahkan jumlah sumbangan yang terkumpul setakat ini dan berharap akan bertambah sebelum meneruskan misi baharu ini,” katanya.

Sumber: Harian Metro

 

*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Mesti anda teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Jadi jom tonton berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000.

Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara