Siapa yang tak kenal Abang Viva sejak kejadian banjir yang melanda negara awal December tahun lalu.
Sikap prihatinnya yang datang dari Melaka hanya berbekalkan wang tunai RM50.00 dengan hanya menggunakan kereta viva serta bot penyelamat yang diletakkan di atas bumbung menarik perhatian ramai.
Kisahnya yang membantu mangsa banjir secara solo telah menjadi tular sehingga saban hari kisahnya menjadi tatapan umum warganet.
Sikap rendah dirinya membuatkan ramai yang memujinya. Malah baru-baru ini, telah mendapat anugerah dan diberi sebuah kenderaan pancuan empat roda.
Terbaru, kisah Abang Viva sekali lagi mendapat perhatian apabila dikatakan mula merancang berhenti kerja dan mahu memberi tumpuan kepada kerja sukarelawan.
Abang Viva atau nama sebenarnya memberi tahu hasrat itu selepas menerima sijil penghargaan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) atas keprihatinannya membantu mangsa banjir, baru-baru ini.
“Kerja sukarelawan memberi kepuasan kepada diri dan ketika ini saya lebih selesa membuat kerja kebajikan membantu golongan yang memerlukan bantuan,” katanya ketika ini masih cuti berkerja dan bercadang mahu berhenti dalam masa terdekat bagi menumpukan perhatian kepada kerja sukarelawan.
Ads
Dia menerima sijil penghargaan yang disampaikan Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid pada Majlis Perbarisan Tahunan 2022 JBPM di sini, hari ini.
Mengenai kerja sukarelawannya, Azwan berkata, dia bercadang membantu membersihkan pusat tahfiz di Pahang yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.
Menurutnya, dia juga sudah mengadakan kutipan dana yang dimulakan sejak dua hari lalu melalui Facebook bagi membantu menyediakan peralatan diperlukan di pusat tahfiz.
Katanya, setakat ini sambutan menggalakkan daripada orang ramai yang bersama memberi sumbangan dan berharap lebih ramai dapat menyumbang bagi membantu pusat tahfiz yang jejas banjir.
“Saya enggan mendedahkan jumlah sumbangan yang terkumpul setakat ini dan berharap akan bertambah sebelum meneruskan misi baharu ini,” katanya.
Mesti anda teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Jadi jom tonton berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Semua kita mahu merasai hidup yang bahagia dan membahagiakan. Pun begitu, dalam menilai erti bahagia itu sebenarnya tidak boleh diukur atau dibandingkan dengan orang lain. Bahagia kita adalah mengikut cara kita!
Bila asyik menganggap rasa bahagia itu akan dicapai bila kita ada rumah besar, kereta besar dan hidup mewah, tanpa sedar kita sendiri membuatkan rasa tidak gembira dengan apa yang telah dimiliki ketika ini. Sedangkan bila kita berlapang dada, syukur dan sentiasa positif akan turut membuatkan kita rasa bahagia.
Membicarakan tentang bahagia, Cikgu Zahran ada berkongsi pandangannya tentang itu.
BAHAGIA CARA KITA
1.Kalau rasa nak buat sesuatu, buat saja. Jangan peduli orang kata. Dan jangan paksa orang ikut macam kita. Lain padang lain belalang. Lantai tak sama rata. Kasut lain jenama
2. Jangan peduli apa orang kata pada kita. Rilek sudah. Bahagia dengan cara kita. Beras kita habis bukan ada orang peduli. Depa tak tanya pun. Kita senang orang dekat. Kita susah orang lari
3. Nak buat baik jangan harap balasan orang. Nanti hati sakit. Jangan guna ayat “Kita tolong orang, suatu hari orang tolong kita”. JANGAN. Biar Allah sahaja yang membalas
4.Tengok orang senang, jangan iri. Dia senang cara dia. Susah dia kita tak tau. Didik hati. Suatu hari aku akan jadi macam dia.
5.Jangan mudah terasa hati. Nak merajuk. Tak ada orang peduli pun. Duk pendam buat apa. Hati sakit. Air mata habis. Buat apa yang kita happy
6.Berkawan dengan orang yang nak kawan dengan kita. Yang tak nak kawan lantak pi dialah. Berkawanlah tanpa syarat
7.Baca posting orang jangan sakit hati. Kita tak tau apa tujuan dia. Yang hang nak kalut sangat pasaipa. Nama pun social media. Lantak dialah nak boh gambaq kucing ka, rimau ka, penyu ka, ciken cop ka, laksa ka, nak pi jalan mana ka. Hang tak mau pi jalan duk diam sudah
8. Tulis benda positif. Tulis pasal kita. Jangan tulis pasal orang. Kalau orang tak suka, refer no 7. Jangan perli-perli. Hang ingat dia baca ka hang kata kat dia. Hang yang syok sendiri. Hang rasa lega sebab luah di medsos. Tapi orang nampak hang bodoh
9. Utamakan keluarga. Depa yang akan susah senang dengan kita.
10.Ada duit buat cara ada duit. Kalau takdak duit jangan ikut cara orang ada duit. Sat lagi dia makan lamb chop hang makan megi perisa kari. Naik mercedes sampai. Naik axia pun sampai juga. Naik myvi lagi awal sampai. Apa ada hal. Beli rumah 2-3 biji. Pakai kereta mewah. Cukup bulan pinjam duit member. Investment jadah apa
11.Buat kerja jangan harap anugerah. Jangan harap orang puji. Nanti kita frust dan sakit hati. Kalau kita tak berharap apa-apa, kita buat pun jadi seronok. Dapat rezeki. Tak dapat mampuih pi
Insyaallah. Tenang dan gembira.Tenang Is Good bebeh!
Ekzema adalah masalah kulit yang biasa berlaku kepada anak kecil yang baru lahir. Ia dikenali juga sebagai atopic dermatitis (kulit). Keadaan radang pada kulit disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kadang-kadang kelihatan seperti kulit melecur yang berair.
Jika berpanjangan akan menyebabkan kegatalan. Bahan kimia seperti sabun, pembersih atau minyak wangi boleh menyebabkan alahan , jadi ibu bapa kena alert pemilihan produk yang sesuai untuk anak yang ada masalah ini.
Puan Yatie Eimra berkongsi tip menggunakan cuka dan baking soda bagi menggantikan pelembut fabrik yang tidak sesuai untuk digunakan disebabkan anak ada masalah ekzema.
PART 1: ECZEMA & PELEMBUT FABRIK👚
===================================
Alhamdulillah, hari ni Allah beri kesempatan untuk saya share sikit info yang mungkin mak² boleh manfaatkan..
Fydh ni memang ada mild eczema & keadaan eczema dia agak teruk sejak bayi hingga 2 tahun. Keadaan kulit dia beransur kurang pun lepas amalkan mandian daun herba & guna minyak garlic (disamping jaga pemakanan). Masa umur 3 tahun++, masalah eczema dia tiba² flare balik walaupun masih jaga pemakanan.. Kerap gak terpaksa ulang-alik ke klinik masa tu..
Since dah bagitau bukan faktor pemakanan.. doktor terus tanye, ada ke gunakan racun penyembur serangga dalam masa terdekat/tukar sabun mandian/sabun pakaian. Sabun cuci pakaian Fydh ni memang saya tak tukar & tetap gunakan sabun pencuci pakaian khas untuk bayi jer sebab kulit dia sensitif TAPI saya mula gunakan pelembut fabrik khas untuk bayi/kulit sensitif bila cuci pakaian.. Doc cakap pelembut fabrik organik sekalipun, walaupun takde bahan kimia bahaya, ia tetap ada bahan pengawet & bahan yang berfungsi melembutkan kain.
Lapisan lilin/lelemak dalam pelembut fabrik ni menghalang pakaian meresap air. So anak yang kulit EXTRA SENSITIF, kalau ada lak masalah eczema, tetap lah akan terkesan gak. Kandungan bahan pengawet mungkin salah 1 alergen & pakaian dia tak meresap peluh lagi terukkan eczema. Macam Fydh ni lak memang kuat sangat berpeluh, memang ler lagi haru.. Dahla banyak peluh, baju tak meresap² peluh lak.. huhu
Dulu ingatkan pelembut fabrik organik selamat untuk bayi/kulit sensitif.. Rupanya organik pun tak bermakna serasi untuk semua orang gak.. 😅 Sejak dah stop gunakan pelembut fabrik, alhamdulillah eczema pun makin kurang walaupun amek masa gak & tak lagi jadik flare macam dulu (melainkan tak jaga makan jela😅). Sampai sekarang ni memang saya tak gunakan pelembut fabrik bila cuci pakaian dak Fydh & masa basuh pun masih asingkan dengan pakaian orang dewasa.
Mak² yang ada masalah anak resdung/asthma/eczema.. kenalah lebih peka bab² kandungan bahan pencuci tak kiralah sabun mandi, sabun cuci pakaian mahupun pelembut fabrik ni. Kekadang tu terlebih guna sabun pencuci pakaian pun boleh trigger alahan gak. Kekadang alergi tu tak terus jadi teruk on-the-spot, tapi amek masa.. 1 tahap bila histamin dah tinggi dalam badan, baru lah jadi macam² reaksi alergi. Macam kes Fydh, lepas 2-3 bulan gak guna pelembut fabrik, baru eczema dia jadik flare..
TAMBAHKAN SODA/CUKA DALAM CUCIAN PAKAIAN
===============================
Since saya dah tak guna pelembut fabrik untuk pakaian Fydh, saya tambahkan soda/cuka masa cucian mesin terutamanya bila basuh towel/teddy Fydh (untuk pastikan tak tertinggal saki baki sabun bahagian dalam teddy). Cara ni jugak sesuai untuk cuci bantal tau (jenis washable).
Penggunaan soda ATAU cuka ketika cuci pakaian bukan setakat boleh melembutkan pakaian, menghilangkan bau peluh pada pakaian serta bau²an yang tak menyenangkan tapi jugak boleh membersihkan sisa² sabun. Bagi yang terlebih guna sabun pencuci tu, korang hanya perlu tambah sikit soda/cuka pada bilasan terakhir.
Soda
====
Tambah ½ cawan baking soda bersama sabun pencuci di AWAL cycle & cuci macam biasa.
*Gunakan hingga 1 cawan soda jika mencuci pakaian dalam kuantiti yang banyak
*Boleh gunakan soda khas untuk mencuci (washing soda) yang mana fungsinya lebih kuat
*Optional– Tambahkan minyak pati (titiskan dalam bekas berisi air sikit supaya baunya sekata) & tambahkan ketika rinse cycle yang terakhir untuk bau yang segar (elakkan penggunaan eo jika basuh pakaian bayi).
Cuka
=====
Tambah ¼–½ cawan cuka ketika BILASAN TERAKHIR.
*Optional– Tambahkan minyak pati (titiskan dalam bekas berisi air sikit supaya baunya sekata) & tambahkan ketika rinse cycle yang terakhir untuk bau yang segar (elakkan penggunaan eo jika basuh pakaian bayi).
⭐Jujurnya saya lebih gemar gunakan cuka sebab cuka lebih murah😆. Biasanya saya terus titiskan eo & tambahkan cuka pada cycle yg ke-2 terakhir supaya dapat kurangkan sikit bau cuka tu. Kalau tambah masa rinse cycle terakhir pun xde masalah sebab bau cuka ni akan hilang bila kering. TAPI andai kata pakaian tu masih lembap sesekali bau cuka tu masih boleh detect walaupun dah bercampur eo🤭. Maklum ler jemur pakaian pun kat beranda jer. Kalau ade laman rumah tu, xde masalah pun😅.
⚠️P/S: Jangan memandai² lak korang gi campurkan soda & cuka yer.. kang bila asid & alkali bertindakbalas, dah tak berkesan pun melembutkan fabrik.
InsyaAllah, bila berkesempatan nanti saya akan sambung sikit lagi info part 2 lak tentang pakaian/fabrik yang tak sepatutnya korang gunakan pelembut fabrik ni😬