Kehadiran cahaya mata yang dinantikan selama 4 tahun akhirnya sudah ada di depan mata. Lengkap sudah kehidupan pasangan suami isteri ini dengan kehadiran si kecil ini. Inilah anugerah yang dinanti-nantikan oleh Pengacara dan pelakon Che Puan Sarimah Ibrahim.
Memilih nama Tunku Sofia Najihah untuk diberikan kepada anak pertamanya, Sarimah yang baru sahaja melahirkan permata hatinya, turut mendedahkan wajah comel anak perempuanya itu.
Berkongsi berita gembira tersebut menerusi sebuah entri di laman Instagram miliknya, sarimah turut memuat naik gambar anak perempuannya .
“Alhamdulillah… Syukur ke hadrat Illahi… Ini masanya untuk memperkenalkan puteri yang kami sayangi.
“YM Tunku Sofia Najihah Binti Tunku Nadzimuddin. Namanya membawa maksud kemenangan yang indah dalam Islam. Dia dilahirkan pagi ini pada 19.7.19.
“Kami memilih nama cantik dan indah yang kami suka dan memilih nama nenda suami, Tuanku Najihah untuk dijadikan nama tengahnya,” tulisnya.
Dalam pada itu, Sarimah juga berterima kasih kepada semua yang menyokong dan memberikan ucapan tahniah kepada dia dan suami.
“Ini adalah hadiah paling istimewa dari Allah untuk kami dan kami rasa sangat bertuah. Terima kasih kerana memberikan kata-kata semangat dan sokongan.
“Sekarang, mummy (Sarimah) memerlukan rehat sedikit tetapi kita akan memberikan kemas kini terbaru untuk semua secepat mungkin,” tulis Sarimah lagi.
Sarimah selamat bernikah dengan cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau Tunku Jamie pada 2 April 2015.
Sumber: IG sarimahibrahim & Astro Gempak