HomeKekeluargaan‘Ini Hadiah Paling Istimewa Allah Untuk Kami.” Sarimah Ibrahim Selamat Bersalin Anak...
‘Ini Hadiah Paling Istimewa Allah Untuk Kami.” Sarimah Ibrahim Selamat Bersalin Anak Perempuan, Pilih Nama Tunku Sofia Najihah Sempena Nama Nenda Suami. Comelnya!
Kehadiran cahaya mata yang dinantikan selama 4 tahun akhirnya sudah ada di depan mata. Lengkap sudah kehidupan pasangan suami isteri ini dengan kehadiran si kecil ini. Inilah anugerah yang dinanti-nantikan oleh Pengacara dan pelakon Che Puan Sarimah Ibrahim.
Memilih nama Tunku Sofia Najihah untuk diberikan kepada anak pertamanya, Sarimah yang baru sahaja melahirkan permata hatinya, turut mendedahkan wajah comel anak perempuanya itu.
Berkongsi berita gembira tersebut menerusi sebuah entri di laman Instagram miliknya, sarimah turut memuat naik gambar anak perempuannya .
“Alhamdulillah… Syukur ke hadrat Illahi… Ini masanya untuk memperkenalkan puteri yang kami sayangi.
Ads
“YM Tunku Sofia Najihah Binti Tunku Nadzimuddin. Namanya membawa maksud kemenangan yang indah dalam Islam. Dia dilahirkan pagi ini pada 19.7.19.
“Kami memilih nama cantik dan indah yang kami suka dan memilih nama nenda suami, Tuanku Najihah untuk dijadikan nama tengahnya,” tulisnya.
Ads
Dalam pada itu, Sarimah juga berterima kasih kepada semua yang menyokong dan memberikan ucapan tahniah kepada dia dan suami.
“Ini adalah hadiah paling istimewa dari Allah untuk kami dan kami rasa sangat bertuah. Terima kasih kerana memberikan kata-kata semangat dan sokongan.
Ads
“Sekarang, mummy (Sarimah) memerlukan rehat sedikit tetapi kita akan memberikan kemas kini terbaru untuk semua secepat mungkin,” tulis Sarimah lagi.
Sarimah selamat bernikah dengan cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau Tunku Jamie pada 2 April 2015.
Sedihnya bila melihat kanak-kanak seusia setahun 4 bulan ini sudah diuji dengan dugaan yang hebat. Pada luaran, Ali kelihatan seperti bayi normal namun tiada siapa sangka dia merupakan bayi PVL (Periventricular Leukomalacia).
Mungkin ramai yang tidak mengetahui atau apakah (Periventricular Leukomalacia) atau PVL.
PVL adalah satu keadaan atau disorder di mana ada berlaku luka atau kerosakan kepada otak yang biasanya dialami oleh bayi pramatang. Kerosakan ini memberi kesan kepada pengawalan otot yang menyebabkan bayi mengalami kelewatan dalam perkembangan terutamanya untuk berguling, merangkak atau berjalan.
PVL mungkin berlaku disebabkan oleh oksigen yang kurang sampai ke bahagian otak bayi. PVL tidak boleh hilang atau dihapuskan, tetapi ia boleh dipulihkan dengan terapi yang efisien.
Menurut ibu kepada bayi ini, Muhammad Ali yang merupakan anak bongsu dari 3 beradik dilahirkan sebagai bayi pramatang pada usia 35 minggu kerana fetal distress. Ditempatkan di NICU selama 29 hari atas pelbagai komplikasi, namun semuanya resolved dengan baik.
Sewaktu pulang ke rumah, Ali hanya ada prolonged jaundice yang agak mengambil masa untuk pulih (lebih kurang sebulan kemudian baru baik sepenuhnya).
Ali membesar seperti bayi biasa, namun sewaktu usianya menjelang 11 bulan, kami mula berasa risau kerana Ali masih tidak boleh meniarap, merangkak atau duduk sendiri.
Dia tidak ada masalah dengan makanan. Minum susu dengan baik dan makan apa saja. Suka makan tapi berat tak naik-naik.
Selain itu tanda-tanda lain yang obvious kami lihat adalah :
Tapak kaki tak boleh dijejakkan ke lantai dengan betul
Kaki selalu bersilang macam gunting bila kami cuba dirikan
Tangan sebelah kanan selalu digenggam (clenched fist) walaupun dah umur setahun
Kadangkala berlaku spasm (gerakan tanpa kawalan secara tiba-tiba). Contohnya ketika duduk di high chair, Ali akan angkat kedua-dua tangannya seperti terkejut
Dia tak pandai tidur baring, kena meniarap. Bila baring (muka ke atas) sering seperti ketakutan dan terkejut)
Super sensitif dengan bunyi. Bunyi bising sikit pun dah buat dia terkejut.
Pada usia genap setahun apabila Ali tak ada tanda-tanda walaupun untuk pusingkan badan, kami bawa Ali ke pakar pediatrik dan mereka sarankan untuk buat MRI bagi melihat keadaan otak yang mungkin menyebabkan kelewatan pada perkembangan.
Kami bawa Ali untuk buat MRI di Hospital Avisena, dan keputusannya dibawa ke Hospital Shah Alam. Sebulan kemudian results keluar mengatakan, berdasarkan keadaan dalaman otak Ali, ia kelihatan seperti Ali ada ciri-ciri periventricular leukomalacia (PVL).
Itu adalah kali pertama kami mendengar mengenai PVL.
Agak sedih pada awalnya kerana mengenangkan nasib Ali. Doktor kata dia mungkin boleh jalan tapi lewat atau tidak boleh jalan langsung. Semuanya akan bergantung kepada terapi yang dijalani.
Sebab itu doktor mahu semua jenis terapi (fisioterapi, terapi cara kerja dan rehab) dilakukan secara efektif sementara Ali masih lagi bayi.
Melihat kepada semangat Ali sendiri yang kuat, kami tak mahu bersedih lagi. Di rumah, kami train Ali dengan terapi sebagaimana yang diajar oleh fisioterapist.
Kami juga join banyak group PVL di FB dan sosial media untuk menambah pengetahuan tentang PVL dan bertukar-tukar pandangan dengan parents lain yang berhadapan dengan situasi sama. Semuanya group dari luar negara kerana di Malaysia tidak ada group PVL, hanya cerebral palsy.
Sekarang kami lebih terbuka dengan situasi Ali, kami percaya dengan usaha dan kerajinan Ali dan sokongan moral dari kami sebagai ibu bapa, dia akan dapat berjalan satu hari nanti.
Buat masa sekarang bila Ali dapat berjalan sudah tak penting kepada kami, yang kami fokus adalah kepada terapi untuk memulihkan keadaan Ali.
Disebabkan PVL, Ali mengalami trauma di mana dia mengalami stranger anxiety. Tidak boleh diambil langsung oleh orang lain atau takut dan menangis dengan kuat jika bertemu orang tidak dikenali.
Harapan kami supaya Ali membesar dengan sihat, walau dalam keadaan apa sekalipun, sama ada dia boleh berjalan atau tidak. Kami akan terus memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi dan mencuba apa sahaja usaha untuk memulihkan keadaan Ali.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kebiasaanya bila kita ada menanam pokok di laman rumah, semestinya kita mahukan pokok tersebut hidup subur.
Oleh itu, nak tak nak mesti kita akan beli baja untuk membantu pokok tersebut hidup sihat.
Pun begitu, tahukah anda dalam sedar atau tidak setiap hari kita sebenarnya boleh hasilkan baja dengan menggunakan bahan sisa daripada dapur.
Menariknya juga tanpat menggunakan kos, tanaman akan hidup subur dan terjaga rapi. Ini sebagaimana yang sering dilakukan oleh Puan Bebiyana Tambi Khan yang sememannya suka bercucuk tanam.
Ini perkongsiannya.
Hari ni Kak BB kongsi salah satu baja tambahan yang Kak BB guna, ianya sangat berkhasiat, murah dan senang dapat namun sering terlepas pandang.
Setiap kali Kak BB bersihkan ikan, Kak BB tak buang air cucian itu. Ada banyak khasiat dalam air tu.
Bukan untuk kita lah, untuk tanaman kita di belakang dan tepi rumah. Ini antara baja “natural” yang terbaik untuk pokok pokok bendi, lemon dan tanaman lain. Nampak kan, pokok pokok Kak BB sihat?
Caranya :
• Untuk air cucian ikan, siram je kat pokok pokok tanaman. Pokok pokok cepat subur bila guna baja ni.
• Sisa insang dan perut ikan kita buat baja. Kak BB dah banyak kali buat. Senang dan menghasilkan baja yang berkhasiat untuk tanaman.
Mana nak dapat sisa ikan ni? Pergi je kat pasar ikan, minta je dengan penjual ikan kat situ. Mereka bagi free, bawa tong je.
Tuangkan sisa ini kedalam tong atau baldi, tambah air lebih sikit menutupi sisa itu. Tutup tong/baldi, elok guna bekas yang ada penutup. Tak nak lalat masuk, bertelor dan berulat nanti. Letak jauh sikit kat belakang rumah.
Biarkan selama 2 minggu. Dalam masa 3 hari akan keluar bau yang “harum” dari bekas itu, jangan usik. Bau akan kurang selepas beberapa hari lagi.
Selepas 2 minggu, boleh buka tong itu, sisa insang dan perut ikan hancur dah. Baja kita dah jadi, boleh guna dah.
Caranya : untuk 1 sukatan baja tambah 3 sukatan air. Gaul hingga baja tu larut. Siram kat pokok pokok buah. Sangat baik untuk pokok limau, serai, halia dan cili yang kita tanam.
Kesayuan bila orang tersayang pergi meninggalkan kita tentu kesannya terasa dihati.Hanya apa yang ditinggalkan buat kita, itulah jadi kenangan untuk pengubat rindu.
Berkongsi kisah syahdu bila ibu tersayang dijemput Ilahi, siapa menduga sebelum itu ibunya masih sihat dan sempat lagi mengupas petai untuk dijadikan menu istimewa untuk seisi keluarga.
Pun begitu belum pun sempat dimasak, ajal menjemput. Alfatihah buat keluarga Chitra Chinta dan semoga ibunya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman, amin ya rabb.
Ini kisahnya.
Air tangan terakhir mak.. Mak sempat kupas petai tapi tak sempat masak sebab kena serangan darah tinggi tiba-tiba.. 19 September 2019.
Mak dah pergi 22 September 2019..
Harini baru sempat masak petai yang mak kupas tu..
Alhamdulillah.. Terima kasih mak, selama 33tahun jadi isteri dan ibu, setiap hari tanpa jemu berusaha untuk kenyangkan perut keluarga hingga ke akhir hayat..Semoga jadi asbab Allah muliakan mak dan kurniakan dia syurga tanpa hisab. Aminn..
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.