Kadang-kadang kipas siling di rumah kita menjadi semakin perlahan selepas diguna beberapa tahun walaupun kelajuannya dilaras pada tahap maksimum. Ini berlaku disebabkan kapasitor yang terdapat pada motor kipas tersebut.
Nilai Farad pada kapasitor tersebut telah berkurangan dan ini menyebabkan kelajuan kipas semakin berkurangan.
Untuk membaiki kipas yang menjadi semakin perlahan itu, hanya gantikan sahaja kapasitor ini dengan yang baru. Anda boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Md Helmee Abu menerusi laman fecebooknya.
1. Perhatikan bahagian bawah kipas tersebut, ada 2 bahagian :- ring dan cover sensor
2. Tanggalkan ring pada kipas tersebut dengan memusing ke arah “open” dan tanggalkan.
3. Buka bahagian sensor, ada 3 skru (buka pakai Phillips screwdriver)
4. Tanggalkan 2 wayar soket.
5. Tanggalkan board kipas dengan menolak clip pada board.
Ads
6. Alat yang diperlukan a) soldering iron b) solder wire c) kapasitor.
7. Desolder kapasitor lama (bahagian bawah board)
8. Tanggalkan kapasitor lama.
9. Masukkan kapasitor baru.
Ads
10. Solder semula kaki kapasitor baru dan patahkan bila selesai. (kaki yang berlebihan)
11. Board yang telah siap diganti kapasitor.
12. Pasang semula board pada kipas. (Sambung semula soket wayar)
13. Switch on kipas dan semoga berjaya.
Ads
Tip tambahan:
• Jangan lupa ikat semula skru cover sensor.
• Kapasitor boleh dibeli di kedai letrik
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Esok umat Islam bakal menyambut 1 Syawal, pastinya segala persiapan tersedia untuk seisi keluarga. Bagi yang gemar tampil sedondon, pasti inilah saat yang dinanti-nantikan.
Ibu dan ayah orang yang paling sibuk saat ini dalam menyediakan segala keperluan seisi keluarga. Bertuah andainya dikurniakan pasangan yang cukup memahami dan sentiasa berlembut dengan anak isteri.
Berbeza bagi situasi yang pernah dilalui oleh puan Intan Dzulkefli baru-baru ini apabila melihat situasi seorang suami memarahi isterinya.
“Mahal-lah! Dah letak balik!” jerkah suara si suami.
Nampak reaksi sedih di wajah isteri dan anak yang ditempik.
Allah.. Kita yang berada berhampiran pun terasa tempiasnya.
Boleh rosak mood window shopping apabila melihat lelaki yang marah-marah isteri, marah-marah anak-anak di tempat awam begini.
Wahai encik suami, jika tidak mahu isteri memilih baju yang mahal, atau usik barang mahal bila keluar shopping, dalam rumah atau dalam kereta sila beritahu siap-siap berapa bajet yang ada. Larang siap-siap, dah lihat harga barulah boleh sentuh.
Orang perempuan ni bila dia lihat cantik, mulalah dia nak mencuba, atau dia suruh suaminya cuba. Kadang, dia cuma sentuh, belek-belek dan sekadar mencuba sahaja. Bukan nak beli sangat pun, tetapi bila reaksi suami yang marah-marah, boleh sedih dibuatnya isteri dan anak-anak yang ceria nak shopping barang raya tadi.
Berpakaian sedondon, buat persiapan raya ni memang seronok kalau semua sehati sejiwa, tak banyak cerita, suami beri izin dan support. Tiada perli-perli, tiada kata-kata menyakitkan hati.
Namun, kalau dapat salah satu pihak yang ‘bekeng’, itu tak nak, ini tak boleh, itu tak payah, ini membazir. Pendek kata semua pasangan nak buat, semua dibantah, semua nak marah-marah, terasa tak bermakna semua itupun.
Tiada makna jika baju sahaja lawa berwarna sedondon, tetapi hati penuh rasa tak puas hati sesama sendiri. Lebih baik tidak ada buat apa-apa, hati tak sakit, duit pun tak terusik. Walau akhirnya duit itu tetap akan habis juga, percayalah.
Biasa orang perempuan yang sibuk hendak sedondon, nak beli itu ini, buat persiapan raya. Sebab mereka seronok. Kadang isteri tak mahu susahkan suami, mereka sendiri berdikit kumpul duit untuk beli itu ini.
Bukannya apa, kebanyakan isteri kadang berkorban, guna duit sendiri untuk beli serba sedikit, untuk menjaga air muka pasangan juga bila tetamu berkunjung. Biarpun akhirnya orang akan fikir itu semua duit poket suami walau ada sesetengah suami, tak pernah ambil tahu pun.
Ya, demikianlah sayangnya, tak ramai suami fikir semua ini. Betapa hal-hal remeh ini sebenarnya mendatangkan rasa seronok di hati isteri. Sesetengahnya tak habis-habis fikir ini semua hanyalah membazir! Tak habis-habis nak menghabiskan duit!
Masih terkesan rasa hati ini dengan peristiwa tadi. Hati tisu betul ?
Wahai suami, hargailah isteri. Selagi tidak berlebihan, apa kata raikan sahaja permintaan mereka. Isteri dan anak-anak kalian sahajalah orang yang sudi pakai warna yang sama dengan kalian, berseronok meraikan hari lebaran bersama. Cuba tanya orang lain, tentu tak hingin mereka nak ada pakaian sama tona warna dengan kalian pun.
Jangan bila dah tiada nanti baru hendak terkenang, ‘kalau isteri saya ada… Tentu dia buat ini, buat itu bila nak raya macam ni…’ Dah terlambat! Itu semua dah berlalu…
Maaflah emosional sedikit.
Entahlah.. Doa diri ini buat semua isteri yang diuji dengan suami jenis begini, semoga rahmat Allah-lah semata yang mampu membahagiakan hati kalian, InsyaAllah. Biarpun mungkin tiada siapa mengiktiraf khidmat kalian dalam bab yang dianggap ‘remeh’ dan ‘membazir’ ini, percayalah, semoga ia bernilai pahala di sisi Tuhan.
Sempena malam-malam Ramadan yang bakal meninggalkan kita ini, jangan lepas dari bibir untuk berdoa, “Allahuma innaka afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’ fu anni,”
Moga Allah jugalah yang akan membalas kalian dengan sebaik-baik perhiasan, secantik-cantik pakaian di syurgaNya kelak di hari merayakan kemenangan paling besar, bertemu lelaki yang paling sayangkan kita, itulah dia Rasulullah SAW. Aamiin.
Anak-anak bila dah meningkat dewasa, satu hal yang menjadi kerisauan ibu bapa selain masalah kerja, semestinya soal jodoh. Yang mana dah ada pilihan hati sendiri dan ‘lulus’ dari pandangan orang tua tak menjadi masalah. Yang masalahnya, bila susah nak mencari atau tak rasa nak mencari jodoh, sememangnya menjadi kerisauan ibu ayah, lebih-lebih lagi yang tak sabar nak timang cucu!
Waktu tu mula lah misi mencari menantu digerakkan oleh ibu ayah! Ada yang sampai nak kenenkan dengan anak kawan-kawan lagi tau… Lain pula dengan pasangan ini di mana gelagat mereka yang ‘out of the box’ telah meriuhkan suasana dalam sebuah majlis konvokesyen baru-baru ini.
Menerusi video yang dimuat naik seorang pengguna laman Tiktok yang juga menantu kepada pasangan ini, Nurulmohdshah menyaksikan gelagat ibu dan bapa mentuanya mencari calon menantu ketika di Istiadat Konvokesyen Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia.
“‘MENCARI CALON MENANTU’ 🤣 Ibu ayah mentua pergi konvo 30/10/22 haritu. Sempat lagi promote nak cari calon untuk Emma 🤣 Sporting habis! Pakcik mengantuk pun boleh bangun tergelak 🤣” tulisnya di ruangan kapsyen.
Dalam video tersebut mempamerkan sepasang suami isteri memegang telefon yang terpapar tulisan ‘mencari calon menantu’ di Istiadat Konvokesyen anak perempuannya menarik perhatian netizen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata memuji tindakan pasangan suami isteri itu yang mahukan jodoh buat anak perempuannya.
Sumber : nurulmohdshah_
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di