“Ini Cara Saya Luah Rasa Syukur.” Seniwati Sarimah Reward Diri, Khatam Al Quran Setiap Kali Hari Jadi

Share

Tanggal 28 April merupakan ulang tahun kelahiran bintang legenda, Datuk Sarimah Ahmad.. Menariknya dia punya cara tersendiri sebagai hadiah atas penambahan usianya.

Rupa-rupanya dia menghadiahkan dirinya dengan khatam al-Quran. Itulah rutin hidupnya setiap kali tibanya tarikh istimewa tersebut.

Rutin harian saya lebih kepada mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa, sejak tidak berlakon. Saya bangun awal pagi dan selesaikan apa yang patut. Selepas menunaikan solat Dhuha, barulah saya mengambil sarapan dan melakukan senaman ringan.

Saya akan pastikan mengaji al-Quran, setiap hari. Seingat saya, setiap kali hari ulang tahun kelahiran, saya akan khatam membaca al-Quran.

“Tahun ini, saya mula mengaji pada hari pertama Ramadan dan Alhamdulillah, sehari sebelum tarikh hari jadi tiba pada 28 April, saya sudah pun khatam sebanyak dua kali.

Saya meluahkan rasa syukur kerana inilah sahaja cara saya untuk memberi ganjaran kepada diri sendiri,” katanya lagi.

Meskipun keadaan kesihatannya tidak menentu, namun dia kecewa kerana ada yang membuat Cerita kononnya dia kritikal.

“Saya dapat tahu mengenai berita ini apabila ada bertanya benarkah saya terlantar sakit. Sejujurnya, adalah juga perasaan kecewa apabila dimaklumkan mengenai berita palsu yang tersebar.

“Namun, apabila difikirkan semula, tak perlulah nak simpan perasaan apa-apa. Orang boleh kata apa sahaja. Doakan sahaja semoga saya dikurniakan kesihatan baik,” kata pemenang trofi Aktres Terbaik, Festival Filem Malaysia Kedua menerusi filem Dia Ibuku ini.

Terdahulu, pelakon yang mendapat jolokan Primadona Filem Melayu ini menerima kunjungan Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Prof Dr Md Nasir Ibrahim di kediaman anaknya, di Subang Jaya, semalam.

Pada pertemuan yang berlangsung hampir dua jam itu, selain bertanya khabar dan menyampaikan sumbangan, Md Nasir turut ‘melamar’ Sarimah untuk terbabit dalam projek Dokumentari Bintang Nostalgia yang kini sedang dalam pembikinan.

Sumber: Berita Harian Online

ARTIKEL MENARIK: “Tiap Malam Dia Jerit, Tak Lena Tidur.” Jururawat Ni Throwback Pengalaman Rawat Bella, Bikin Ramai Sebak

ARTIKEL POPULAR: “20 Tahun Lalu Susah Cari Sekolah Untuk Anak.” Ahmad Idham Bina Sekolah Pendidikan Khas, Kemudahan Untuk Anak Istimewa

BACA INI JUGA : “Cantiknya Baby Khadeeja, Secantik Namanya. Muka Chinese Look.” Intan Ladyana Dedah Wajah & Nama Anak

Wow! Durian Runtuh Menanti Pendeposit Simpan SSPN Sempena Sambutan Jubli Perak PTPTN!


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club