
Musim raya begini, pasti anda akan membeli bahan mentah seperti daging, ayam dan ikan untuk buat stok. lebih-lebih jika anda nak buat rumah terbuka dan sebagainya. Namun, apabila disimpan di dalam peti sejuk, kadangkala ia mengambil masa yang lama untuk kembali lembut.
Bagi anda yang menghadapi situasi ini, jangan bimbang kerana ada cara mudah nak lembutkan daging yang beku dalam masa 5 minit sahaja. Apa yang anda perlu sediakan adalah dua periuk jenis logam.
Kenapa periuk logam boleh lembutkan daging? Sebabnya logam khususnya aluminium adalah konduktor haba yang sangat baik. Dan haba yang dihasilkan melalui proses ni cukup kuat untuk lembutkan daging tu.
Caranya:
1. Terbalikkan periuk yang pertama.
2. Letakkan daging yang ingin dilembutkan atas permukaan belakang (bahagian punggung) periuk tadi.
3. Letakkan periuk yang satu lagi di atas daging tadi. (Kedudukan daging diapit oleh dua periuk)
4. Isikan air ke dalam periuk tersebut.
5. Tunggu sehingga daging beku tersebut menjadi lembut. Masa yang diambil bergantung kepada ketebalan daging. (Biasanya 5- 10 minit)
Cara Buat Asam Pedas Berempah Terlajak Sedap Versi Orang Melaka. Kuah Pekat Secukup Rasa, Memang Padu!

Masak asam pedas memang senang tapi kalau ada bantuan bahan ini pasti buat rasanya lebih sedap. Menu ini antara makanan yang cukup disukai suami dan anak-anak.
Apa kata untuk menu berbuka petang nanti, ibu-ibu cuba buat asam pedas untuk hidangan seisi keluarga.
Asam pedas ni mcm2 versi… ade yg bubuh daun kari.. ade yg bubuh daun kunyit.. ade yg bubuh daun kesom & bunga kantan..so terpulang pada masing2 tuk mevariasikan masakan itu. SEBAB KITA MASAK DIA.. BUKAN DIA MASAK KITA..
Bahan-bahan
Bawang merah*
Bawang putih*
Halia*
Belacan*
Ketumbar*
Jintan manis*
Jintan putih*
Lada hitam*
Belacan*
Bahan bertanda * dikisar hingga lumat.
Cili giling
Serai dititik
Asam jawa
Serbuk kunyit
Halba
Daun kesom
Daun limau purut
Ikan pilihan
Bendi
Cara membuat:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis sebentar halba.
2. Masukkan bahan kisar, cili giling, serai dititik & serbuk kunyit.
3. Tumis sehingga pecah minyak.
4. Bila bahan tumis dah pecah minyak..masukkan air asam jawa dan sedikit air. Ikut byk mana yg nak air tu.
5. Renihkan seketika lalu masukkan bendi.
7 Kemudian masukkan pula daun kesom & daun limau purut.
8. Bila bendi dah separuh masak.. masukkan ikan, garam & serbuk perasa.. renihkan sehingga ikan masak.
9. Boleh dihidangkan utk keluarga tercinta.
Elak Berlakunya Ketumbuhan Fibroid & Cyst Dalam Rahim, Ikut Langkah Ini. Paling Penting Jaga Makan!

Bagi segelintir wanita, fibroid dalam rahim mungkin menyebabkan pendarahan faraj pada masa yang lain daripada haid. Sebagai contoh, aliran haid yang banyak untuk tempoh yang lama dan sakit belakang.
Ini adalah salah satu simptom yang mungkin memberi petanda anda mengalami ketumbuhan fibroid.
Begitu juga dengan simptom seperti sembelit, sakit di pelvis dan bengkak di bahagian abdomen. Ia boleh berlaku terhadap wanita pada semua peringkat usia yang sudah mencapai akil baligh, tetapi paling kerap berlaku dalam kalangan wanita berusia 30 hingga 50 tahun.
Saiz fibroid tidak sama antara satu sama lain, ada yang sekecil biji buah betik dan ada juga yang sebesar buah tembikai. Ada yang merasa sakit akibat fibroid dan ada juga yang tidak tahu dirinya mempunyai fibroid kerana tiada simptom mahupun rasa sakit.
Berikut 7 langkah jika mahu elakkan daripada berlakunya ketumbuhan fibroid:
- Kajian mendapati semakin kerap melakukan aktiviti fizikal iaitu tujuh jam dan lebih dalam seminggu, lagi sukar peluang untuk terkena fibroid dalam jangka masa yang panjang.
- Kekal berat badan. Kajian juga mendapati wanita yang mempunyai masalah berat badan seperti overweight dan obesiti berpotensi mendapat fibroid berikutan paras hormon estrogen juga tinggi.
- Teh hijau dapat mengelakkan daripada terkena fibroid kerana ia bersifat antioksidan.
- Vitamin D berupaya mengecilkan saiz fibroid dan mengelakkan daripada terkena fibroid.
- Banyakkan makan ikan salmon, tuna dan ikan kembung untuk mendapatkan sumber vitamin D yang banyak.
- Banyakkan mengambil susu, keju dan produk tenusu untuk mengelakkan risiko terkena fibroid.
- Banyakkan mengambil susu, keju dan produk tenusu untuk mengelakkan risiko terkena fibroid.
Tanam Anggur Di Laman Rumah, Begini Lelaki Ni Kongsi Cara Nak Tanamnya Agar Pokok Hidup Subur!

Dulu mungkin kita merasakan mustahil untuk menanam pokok anggur di laman rumah sendiri. Ini memandangkan sifat semula jadi pokok anggur hidup di negara empat musim.
Pun begitu, kini sudah terbukti anggur boleh sahaja ditanam dan mengeluarkan hasil yang berkualiti sepertimana yang dikongsikan oleh saudara Hafiz Husin di akaun facebooknya.
Ujarnya dia baru sahaja menanam pokok anggur sejak tiga tahun yang lalu di sekitar halaman rumahnya yang terletak di Sungai Petani, Kedah. Berasaskan pengalaman tersebut, dia juga gemar berkongsi info, tip dan cara berkenaan penanaman dan penjagaan pokok anggur buat yang ingin mencuba menanam anggur.
“Saya dah 3 tahun dalam penanaman anggur dan melakukannya sekadar hobi untuk manfaatkan ruang tepi rumah. Selain anggur, saya juga ada menanam sayur-sayuran lain
Jadi kali ini saya belanja tips penyediaan media tanaman anggur cara saya. Sebenarnya saya tak ada la tahu sangat teknik yang betul. Tapi macam ni lah yang saya buat setiap kali tanam pokok anggur. Harap bermanfaat.
Langkah 1 : Mula-mula korek lubang kira-kira dua kaki
Langkah2 : Sediakan adunan tanah seperti ini
Kalau topsoil sahaja bimbang nanti lama-lama tanah jadi keras, aliran air jadi tidak sempurna. Bila akar terlalu lembab, boleh busuk akar. Pasir itu penting supaya air boleh meresap cantik terun ke bawah tanah.
Langkah 3 : Sediakan tinja kambing yang sudah reput dalam 1 bekas.
Ekstra info : Tinja ayam tidak digalakkan sebab tinja ayam mudah naik kulat. Nanti akar anggur tidak berapa sihat. Jadi masukkan tinja kambing tersebut ke dalam lubang.
Langkah 4 : Seterusnya masukkan kesemua adunan tanah yang telah digaul ke dalam lubang.
Langkah 5 : Beginilah rupanya adunan tadi. Biarkan dulu tanah ni dalam 7-14 hari untuk ‘menyejuk’. Tujuannya supaya media terkompos dengan sempurna. Atau jika nampak anak-anak rumput mulai tumbuh di atas permukaan media, itu membawa petanda anak pokok anggur sedia untuk dipindahkan.
Langkah 6 : Setelah cukup tempoh 1-2 minggu, korek semula lubang dan gunting bahagian belakang polybag anak pokok anggur. Masukkan anak pokok sekali dgn polybag ke dalam lubang
Langkah 7 : Kambus tanah di celah-celah luar polybag yang berongga dan siram. Sudah siap.
Ekstra Info : Jangan siram kerap sangat ye musim-musim hujan ni. Agak-agak tanah macam nak mengering baru siram. Sebab akar anak anggur sangat sensitif dengan air yang berlebihan.
Tidak perlu buang polybang, nanti akar keluar di bahagian bawah dan akan sangat banyak merayap terus ke bawah. Tujuan tak buang polybag tu supaya semua akan berkembang tembus jauh ke dalam tanah. Pemerhatian saya, kalau buang polybag tu, nanti akar banyak berkumpul main-main kat tepi bahagian atas sahaja.
Sumber : Hafiz Husin II
ARTIKEL MENARIK:Jagung Manis Leleh, Paling Mudah Nak Buat & Paling Anak-anak Suka!
LAGI ARTIKEL MENARIK :“Rumah Persaraan Sebaiknya Kecil & Setingkat Sahaja”-Dr Azizul Azli Jelaskan Cara Nak Persiapkan Rumah Persaraan!
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club