Usai pulang dari pejabat, pastinya ibu-ibu sibuk di dapur untuk menyediakan hidangan untuk keluarga. Namun, adakalanya mengambil sedikit masa terutama jika menu tersebut berasaskan daging. Apabila disimpan di dalam peti sejuk, kadangkala daging mengambil masa yang lama untuk kembali lembut.

Bagi anda yang menghadapi situasi ini, jangan bimbang kerana ada cara mudah nak lembutkan daging yang beku dalam masa 5 minit sahaja. Apa yang anda perlu sediakan adalah dua periuk jenis logam.

Kenapa periuk logam boleh lembutkan daging? Sebabnya logam khususnya aluminium adalah konduktor haba yang sangat baik. Dan haba yang dihasilkan melalui proses ni cukup kuat untuk lembutkan daging tu.

Caranya:

1. Terbalikkan periuk yang pertama.

2. Letakkan daging yang ingin dilembutkan atas permukaan belakang (bahagian punggung) periuk tadi.

3. Letakkan periuk yang satu lagi di atas daging tadi. (Kedudukan daging diapit oleh dua periuk)

4. Isikan air ke dalam periuk tersebut.

5. Tunggu sehingga daging beku tersebut menjadi lembut. Masa yang diambil bergantung kepada ketebalan daging. (Biasanya 5- 10 minit)