Usai pulang dari pejabat, pastinya ibu-ibu sibuk di dapur untuk menyediakan hidangan untuk keluarga. Namun, adakalanya mengambil sedikit masa terutama jika menu tersebut berasaskan daging. Apabila disimpan di dalam peti sejuk, kadangkala daging mengambil masa yang lama untuk kembali lembut.
Bagi anda yang menghadapi situasi ini, jangan bimbang kerana ada cara mudah nak lembutkan daging yang beku dalam masa 5 minit sahaja. Apa yang anda perlu sediakan adalah dua periuk jenis logam.
Kenapa periuk logam boleh lembutkan daging? Sebabnya logam khususnya aluminium adalah konduktor haba yang sangat baik. Dan haba yang dihasilkan melalui proses ni cukup kuat untuk lembutkan daging tu.
Caranya:
1. Terbalikkan periuk yang pertama.
2. Letakkan daging yang ingin dilembutkan atas permukaan belakang (bahagian punggung) periuk tadi.
3. Letakkan periuk yang satu lagi di atas daging tadi. (Kedudukan daging diapit oleh dua periuk)
4. Isikan air ke dalam periuk tersebut.
5. Tunggu sehingga daging beku tersebut menjadi lembut. Masa yang diambil bergantung kepada ketebalan daging. (Biasanya 5- 10 minit)
Sebelum Simpan Telur, Kena Cuci Ke Atau Tidak? Doktor Ni Bagi Tahu Amalan Yang Sepatutnya Perlu Ikut!
Boleh dikatakan setiap dapur rumah mesti ada sekurang-kurangnya stok telur untuk dimasak jika perlu. Tambahan pula, telur menjadi antara menu kegemaran ramai walau hanya sekadar digoreng ringkas sudah cukup membangkitkan selera untuk dimakan bersama nasi dan kicap.
Pun begitu, bila menyentuh hal menyimpan stok telur tersebut sama ada di dalam peti sejuk atau pada suhu bilik, timbul sedikit kekeliruan antara kita. Ada yang mengatakan telur sebaiknya dibiarkan begitu sahaja di dalam tray dan ada juga yang menyarankan elok dicuci terlebih dahulu untuk tahan lama sebelum disimpan di dalam peti sejuk.
Untuk tidak terus rasa terkeliru, elok kita dengar apa kata doktor ini.
“Doktor, betul ke kalau nak telur tak cepat rosak, jangan cuci telur tu?”
Macam-macam pendapat, ada yang kata basuh dulu sebelum simpan sebab nak elak pencemaran dari tahi ayam. Ada pula yang kata jangan basuh dulu sebab nanti telur cepat rosak.
Mana yang betul? Jom lihat penjelasan pada kedua-dua pendapat ini.
JANGAN BASUH SEBELUM SIMPAN
Kalau kalian nak tahu, semasa proses bertelur ayam keluarkan sejenis cecair dikenali sebagai egg bloom atau cuticle.
Ianya umpama protective layer yang melitupi liang-liang di seluruh permukaan telur untuk elak kemasukan kuman ke dalam telur selain bantu kekal kelembapan dengan cara mencegah air dari meruap keluar dari kulit telur.
Jika basuh sebelum disimpan protective layer ni akan menipis / hilang. Inilah asas kepada pendapat yang tak galakkan telur dibasuh sebelum disimpan.
Tapi… kalau ada najis pada kulit telur, takkan nak simpan terus? Kotor dan berkuman, kan?
BASUH SEBELUM SIMPAN
Najis dan kulit telur boleh tercemar dengan kuman seperti Salmonella, dan ia boleh berpindah kepada makanan lain yang disimpan dalam peti sejuk.
Walaupun peti sejuk berada suhu yang rendah (4°C ke bawah) yakni bebas dari zon suhu bahaya (5°C-63°C), kita tetap perlu beringat!
Pada suhu itu, kuman tidak mati. Mereka hanya dorman(kurang aktif). Maka, kerosakan pada telur boleh berlaku walaupun pada kadar yang rendah.
Jadi perlu basuh buang najis pada kulit telur agar bersih dan tiada kontaminasi silang. Kalau simpan diluar pula, telur lagi akan cepat rosak.
AMALAN MANA YANG BETUL?
Tak usah gaduh-gaduh. Dua-dua betul dan boleh diamalkan. Kita ambil sikap diplomatik dan dasar terbuka. Kahkahkah macam politik pulak!
Kalau ada tahi yang jelas kelihatan, basuhlah telur-telur yang tercemar itu terlebih dahulu. Kita pun tak mahu peti sejuk kita dicemari kuman.
Tak perlulah sental kuat-kuat kulit telur tu sampai hilang semua protective layer-nya. Sekadar hilangkan najis. Kemudian simpan dalam bekas bertutup.
Bila nak memasak nanti, beri keutamaan pada telur yang telah dibasuh dahulu kerana ia lebih berpotensi dimasuki kuman dan rosak.
Telur yang tidak dibasuh sebelum simpan, hendaklah dibasuh sebelum digunakan. Nak sental sampai berkilat pun tak apa, asalkan tak guna wax kereta suami kalian.
✅ Oh ya! Pastikan masak telur dengan sempurna untuk elakkan keracunan.
Semoga bermanfaat!
sumber : Kamarul Ariffin Nor Sadan
Masak Nasi Goreng Tomyam Simple Pun Jadi Sedap Sebab Air Tangan Isteri. Memang Power!
Wanita yang handal memasak ini sememangnya idaman para jejaka di luar sana. Sebab itulah bila sudah berada dalam fasa perkahwinan itu, air tangan isteri juga menjadi kegemaran.
Tak kurang juga dengan @ashdanwife yang berkongsi resipi nasi goreng tomyam paling simple daripada air tangan isterinya. Tak menyesal jika anda cuba sebab pasti tak perasan pinggan dah licin.
Nasi Goreng Tomyam
Bahan-bahan:
- Sotong
- Udang
- Nasi semalam
- Telur
- 1 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- Serai 2 batang
- 5 biji cili padi
- 2 sudu cili kisar
- 1 sudu pes tomyam
- 1 sudu sos tiram
- 1 sudu sos ikan
- Sos cili
- Lobak merah
- Kubis bunga
- Daun limau purut
Cara Penyediaan:
– Siang udang dan sotong, potong kecil dan basuh sehingga bersih.
– Hiris semua bahan tumis (bawang merah, bawang putih dan serai).
– Tumbuk kasar cili padi.
– Tumiskan semua bahan tadi dan masukkan cili kisar.
– Masukkan pes tomyam, sos tiram dan sos ikan.
– Masukkan udang dan sotong tadi dan tambahkan sedikit sos cili.
– Masukkan sayur lobak merah dan kubis bunga yang telah dipotong kecil dan tambahkan hirisan daun limau purut.
– Masukkan nasi semalam, gaul sehingga masak.
– Boleh tambahkan telur yang digoreng dengan air untuk dimakan bersama nasi goreng tadi.
Sumber: @ashdanwife