Ini Cara Pantas dan Praktikal Mengemas Dapur, Confirm Ibu-Ibu Tak Stress!

Share

Bahagian dapur kalau berselerak sememangnya buat ibu-ibu rasa tertekan. Apalagi kalau balik sahaja daripada pejabat dan lihat ruang dapur yang tidak sempat dikemaskan.

Ruang dapur yang bersih dan kemas tersusun pastinya buat hati kita rasa lega. Apatah lagi bila setiap kali pulang daripada kerja. Hati sejuk bila tengok rumah dan dapur bersih dan tersusun.

Namun ada waktunya kita tak lepas daripada rasa penat dan dapur berselerak jadi lumrah. Sebenarnya untuk menyelenggarakan dapur pun kena ada ilmu, barulah kerja-kerja di dapur lebih tersusun dan sistematik.

Perkongsian dari saudari Widyana Ali yang kongsikan tip untuk susun atur dapur ini sangat bermanfaat untuk kita. Jom kita lihat perkongsiannya.

Tips Susun Atur Barang Dapur Dari Saya Buat Kaum Wanita

1. Buat list setiap minggu untuk barang dapur. Ini memudahkan kita untuk mengetahui stok barang yang sudah hampir habis atau yang perlu dibeli.

2. Sebelum pergi shopping barang dapur, saya akan buka kabinet dan check apa yang dah habis dan apa yang perlu dibeli untuk tambah stok supaya mudah buat “things to buy list”

3. Susun barang dapur mengikut jenis seperti rempah, jenis-jenis tepung, jenis-jenis gula, pasta dan sebagainya.

4. Bekas-bekas yang seragam akan menjadikan barang nampak lebih teratur dan kemas. Macam botol-botol rempah atau jem tu saya beli satu katon dengan harga tak sampai RM20 pun. Sekarang macam-macam kedai ada seperti daiso/diy untuk cari bekas-bekas yang sesuai. Jika mahu anda juga boleh melabur sedikit untuk membeli barangan plastik tahan lama seperti tupperware dan sebagainya.

5. Kalau memasak pula, biasakan kemas dan lap sebaik selesai masak supaya kotoran dan minyak tidak melekat.

6. Sentiasa letak barang di tempat asal selepas menggunakannya. Anda akan lebih mudah untuk ambil dan guna bila diperlukan.

7. Gunakan semua stok yang ada sebelum tarikh luput. Macam suami saya selalu usik bila dia buka kabinet dapur masa cari rempah atau sos “Wahhhhh…banyak nya barang kat rumah kitaaaa!! Macam kedai lah. Jadi kena sentiasa periksa, takut habis tarikh luputnya.

Selamat menguruskan rumahtangga dengan cara yang sistematik. Insya Allah..

Mungkin cara kita berbeza, namun bagi yang inginkan panduan, bolehlah ikut cara ini supaya dapur kita lebih tersusun dan bersih. Jangan hanya membeli tetapi tidak pandai menyusunnya.

Sumber: Widyana Ali