Cuaca panas yang sedang melanda negara kini sangat membimbangkan. Malah dijangka keadaan cuaca ini akan berterusan sehingga bulan September nanti.
Malah ada yang mengambil inisiatif untuk mengurangkan aktiviti luar bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini seprti strok haba.
Pihak kerajaan juga turut menasihatkan agar masyarakat kerap minum air agar mencukupi setiap hari.
Ada juga diantara masyarakat yang meningkatkan penggunaan penghawa dingin bagi mengatasi keadaan cuaca panas ini namun ada juga yang mempertikaikan mengenai bil yang akan dibayar nanti.
Sebenarnya ada cara untuk kita menggunakan penghawa dingin. tidak semestinya penggunaan yang kerap akan membuatkan bil melambung
Ads
Berikut 6 bijak untuk anda menggunakannya tanpa menaikkan bil yang banyak.
1. Tutup suis utama
Anda disarankan agar menutup suis utama setiap kali menutup suis aircond. Dengan cara ini, anda boleh menjimatkan sehingga 10 peratus jumlah penggunaan elektrik di rumah.
2. Guna timer
Sebaiknya tetapkan penggunaan aircond menggunakan timer bagi membolehkan ia ditutup pada waktu-waktu tertentu secara automatik.
Ads
3. Tetapkan suhu yang tepat
Tetapkan suhu pada 24°C atau lebih. 24°C merupakan suhu yang selesa. Jika ditetapkan pada suhu 18°C, ini akan memaksa kompressor untuk mencapai suhu tersebut.
4. Bersihkan atau tukar penapis aircond setiap bulan
Penapis udara yang kotor mengurangkan keberkesanan unit, menggunakan lebih banyak tenaga elektrik dan kos penyelenggaraan yang lebih tinggi.
5. Servis secara berkala
Servis unit aircond anda jika ia meniupkan udara panas. Jika mahu lebih jimat, pilih aircond jenis inverter yang lebih mesra alam.
Ads
6. Pasang kipas sebagai alternatif
Selain aircond, kipas juga berfungsi untuk menyejukkan ruang dan suasana. Jadi, apa kata gunakan kedua-dua alatan elektrik itu secara alternatif, jadi aircond tidak perlu dihidupkan dalam tempoh yang lama.
Nur Farah Kartini, anak bongsu dari 7 beradik, “Dia seorang sahaja anak perempuan dalam keluarganya.” Misteri kehilangan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang dilaporkan hilang sejak Rabu minggu lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan akhirnya terjawab.
Nur Farah Kartini, Anak Bongsu Dari 7 Beradik
Mayat gadis berusia 25 tahun itu ditemukan tidak bernyawa dan hampir di kawasan tidak jauh dari Felda Gedangsa, Hulu Selangor dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.
Susulan penemuan mayat berkenaan, Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, mangsa dipercayai telah meninggal dunia beberapa hari.
“Ketika mayat mangsa ditemukan, keadaannya sudah hampir reput kerana telah meninggal dunia beberapa hari. Jadi, belum dapat dipastikan kecederaan yang ada,” katanya.
Dalam pada itu, Hussein memaklumkan, masih terlalu awal pihaknya untuk membuat sebarang kesimpulan motif kejadian selain tiada sebarang rampasan senjata di lokasi penemuan mayat termasuklah dakwaan perselisihan faham antara mangsa dan suspek.
“Proses bedah siasat masih lagi berjalan (hari ini) bagi mengetahui punca kematiannya,” ujarnya.
Sebelum itu, suspek berusia 26 tahun yang juga anggota polis bertugas di Kontinjen Perak telah direman tujuh hari sehingga 22 Julai depan untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Siasatan awal polis mendapati tempat penemuan mayat merupakan lokasi kejadian utama.
“Dia Seorang Sahaja Anak Perempuan Dalam Keluarganya”
Allahyarhamah, Nur Farah Kartini, adalah anak bongsu dan seorang yang amat bertanggungjawab, kata kakak ipar Allahyarhamah, Nor Amidah Mohd Ali, 36, yang jelas terkejut dengan kejadian tragis yang menimpa mangsa.
“Dia seorang sahaja anak perempuan dalam keluarganya dan dia seorang yang sangat bertanggungjawab.
Selepas tamat pengajian tahun lalu di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), dia nekad bekerja sambilan di Semenanjung untuk membantu ibu dan neneknya di kampung,” katanya ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh, hari ini.
Menurutnya, kerana Allahyarhamah merupakan satu-satunya adik perempuan dan merupakan anak bongsu daripada tujuh beradik justeru hubungan mereka kekal rapat walaupun dia sudah berpisah dengan abang mangsa.
Nor Amidah berkata, kali terakhir mereka berhubung adalah pada 5 Jun lalu di mana ketika itu Allahyarhamah memaklumkan bahawa dompetnya tercicir.
Abang Tidak tahu Hubungan Adik Dengan Suspek
“Saya tidak tahu (apa-apa mengenai) hubungan antara arwah adik dan suspek yang ditahan,” kata abang kepada Nur Farah Kartini Abdullah, Mohd Farriza Azmi, 28.
Mohd Farriza Azmi berkata, adik bongsunya itu sangat rapat dengan keluarga, terutama ibu mereka namun jarang berkongsi hal peribadi.
Menurutnya, kali terakhir Nur Farah Kartini, 25, pulang ke kampung di Miri, Sarawak adalah pada sambutan hari raya, baru-baru ini.
“Dia seorang yang ceria, tak pernah nampak seperti dia ada masalah mungkin kerana dia tidak cerita pada saya.
“Dia memang rapat dengan mak dan abang-abang dia tetapi pasal lelaki itu (suspek), saya tidak tahu apa-apa,” katanya ketika bercakap kepada pemberita di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh.
Sementara itu kakak ipar mangsa, Syeril Norsyuhada Suhaimi, 29, meminta semua pihak terutama media supaya tidak menyiarkan berita yang boleh mengganggu perasaan keluarga mereka.
Katanya, keluarga menyerahkan kepercayaan kepada pihak polis untuk menjalankan tugas bagi mendapatkan keadilan buat Nur Farah Kartini.
“Saya mohon pihak media memberi ruang kepada kami untuk fokus urusan bedah siasat dan pengurusan jenazah. Kami sendiri tidak pasti bila bedah siasat akan selesai.
“Kami belum ada apa-apa maklumat, buat masa ini itu sahaja yang kami dapat kongsikan,” katanya.
Saban tahun secara tradisinya, Acer pasti akan mengadakan pelbagai tawaran dan jualan promosi istimewa untuk diberikan kepada pelanggan setianya. Ia seakan satu simbolik buat Acer untuk menghargai pelanggannya sama ada daripada golongan pelajar, profesional dan sebagainya.
Lantaran itu pada tahun ini Acer Malaysia membawakan Acer Day 2023 dengan lebih istimewa apabila turut menganjurkan karnival yang diadakan di kedai-kedai Konsep Acer terpilih pada setiap hujung minggu bermula 19 & 20 Ogos yang lalu dan berakhir pada 9 & 10 September 2023 ini.
Jom Serbu Ke Lokasi Terpilih!
Sebenarnya terdapat 16 lokasi akan berlangsungnya karnival Acer Day 2023 yang boleh anda kunjungi bersama seisi keluarga antaranya adalah dengan singgah di Karamunsing Mall, Setia City 2 Mall, Digital Mall, Aman Central, KB Mall, Mid Valley, Pavilion 2, Sunway Piramid, Ict Komtar Digital Mall dan beberapa lokasi yang lainnya seperti disenaraikan di bawah ini.
Pastinya kemeriahan Karnival Acer Day 2023 yang dianjurkan ini menjanjikan keterujaan yang tersendiri dan rugi sekiranya dilepaskan begitu sahaja oleh orang ramai.
Boleh Menang Hadiah!
Tidak dengan itu, pelanggan yang membeli produk di tempat berlangsungnya karnival ini juga akan dapat peluang untuk memutar roda sekali gus memenangi rebat tunai sehingga RM3,000 berdasarkan pembelian mereka. Memang Wow!
Bahkan turut diadakan jualan kilat pada jam 2.00 petang hingga 6.00 petang pada hari Sabtu di lokasi karnival Acer Day 2023 dengan menawarkan lebih daripada 90% diskaun untuk produk terpilih antaranya seperti komputer riba, desktop, monitor dan beberapa produk lainnya.
Manakala buat pelanggan yang membeli produk terpilih sama ada di dalam talian atau di kedai Acer terpilih, layak untuk menebus kredit Touch ‘n Go eWallet bernilai sehingga RM250 melalui a-redemption.com dan layak mengambil bahagian di dalam cabutan bertuah dengan tawaran hadiah bulanan bernilai sehingga RM100,000. Hadiahnya itu termasuk Swift Edge, Acer Porsche Mouse, kerusi permainan Predator, meja WoodyLab dengan ketinggian boleh laras, beg bagasi Acer Melbourne dan aksesori Predator.
Begitu juga buat pelanggan yang membeli komputer riba atau desktop permainan Predator dan Nitro terpilih dalam bulan Ogos ini akan dapat peluang tambahan untuk memenangi tiket ke Sydney untuk Intel Extreme Masters (IEM) bernilai USD4,000 sepasang.
Jadi usah tunggu lagi, jom jadikan hujung minggu lebih bermakna dan meriah bersama keluarga dengan turut serta di karnival Acer Day 2023. Siapa tahu, mungkin anda adalah pemenang yang bertuah!
#MyAcer #AcerDay2023 #AceYourWorld
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Satu kes kekejaman rumah tangga apabila seorang wanita muda berusia 21 tahun menjadi mangsa pembunuhan di tangan suami sendiri di rumah sewa mereka di Ciwastra, Bandung, pada hari Rabu yang lalu. Kejadian kejam ini berlaku di Bandung, Indonesia.
Menurut saksi yang dikenali sebagai Kania, sebelum kejadian dia melihat suspek mundar mandir di kawasan rumah mereka.
“Kemudian selepas saya kembali semula ke rumah mereka, saya dapati titisan darah terlihat di lantai.
“Mangsa ketika itu masih hidup dan ibu kandungnya sempat datang untuk menyelamatkannya,” katanya kepada Detikjabar pada Khamis.
Tambah Kania yang juga merupakan jiran kepada mereka, sebelum disahkan meninggal dunia, mangsa sempat memanggil panggilan ibu sebanyak dua kali.
“Sebelum pergi, dia sempat memanggil ‘mamah’, ‘mamah’.
“Akhirnya mangsa meninggal dunia dipangkuan ibunya,” ujarnya.
Jelasnya, dia juga tidak dapat mengenal pasti peralatan yang digunakan suspek untuk membunuh mangsa.
“Cuma yang saya dapat lihat adalah selain darah dilantai darah juga dapat dilihat dari ruang tamu sehingga ke bilik mereka,” katanya.
Suspek dikenali sebagai D,30 sementara mangsa dikenali sebagai Siti Oktaviani.Pasangan ini baharu setahun berkahwin.
Sementara itu polis mengesahkan kejadian berkenaan dan sedang mencari pelaku yang berjaya melarikan diri selepas insiden tersebut.
“Betul telah terjadi kejadian pembunuhan suami terhadap isteri pada Rabu jam empat petang,” kata polis Buahbatu Iptu Purnomo kepada pemberita pada Khamis.
Ujarnya lagi, polis masih menyelidik motif pembunuhan berkenaan.
“Suaminya melarikan diri dan kita masih mencari suspek,” katanya. – Agensi
Selepas lebih sebulan melahirkan cahaya mata sulung, pelakon Intan Najuwa kini tampil berkongsi wajah puteri kesayangannya itu yang diberi nama, Imane Lunara.