Corak kehidupan kini sudah berubah usai pandemik. Dek kerana itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dan mematuhi SOP untuk mengelak jangkitan virus berbahaya terutama Covid-19.
Antara langkah yang boleh kita lakukan adalah bagaimana cara untuk menguatkan sistem imun tubuh badan kita? Ia penting dalam melindungi badan daripada jangkitan dan penyakit. Lebih-lebih lagi dalam situasi sekarang.
Justeru, beberapa tip ini pasti dapat membantu:
Uruskan stres/ tekanan dengan baik
Ini untuk menggelakkan sesorang itu mengalami masalah kesunyian, kemurungan dan tekanan. Justeru, penuhi jadual harian dengan pelbagai aktiviti,. Antaranya bercucuk tanam, berkomunikasi dengan rakan menerusi dalam talian, menulis buku, riadah ringan, dan sebagainya.
Bagi yang beragama Islam, solat membantu anda menguruskan tekanan dan membuatkan diri lebih tenang dan memberi sokongan emosi dan boleh melegakan perasaan seseorang.
Pengambilan makanan yang betul
Kekurangan air misalnya boleh menyebabkan sel dalam badan tidak berfungsi dengan baik. Kesihatan usus dan penghadaman adalah penting kerana kebanyakan fungsi kesihatan badan bermula daripada kesihatan usus yang baik. Selain itu, elakkan makan makanan segera termasuk dalam tin dan minuman tinggi gula kerana boleh menggalakkan penyakit termasuk jangkitan kuman ke dalam badan.
Bersenam/ gaya hidup sihat
Pastikan anda mempunyai masa sekurang-kurangnya 3 kali seminggu untuk bersenam atau melakukan aktiviti mengeluarkan peluh. Tak perlu yang terlalu ekstrem, berjoging atau berjalan di taman misalnya boleh membantu melancarkan peredaran darah selain membuatkan anda lebih bertenaga dan segar sentiasa.
Tidur yang mencukupi.
Elakkan berjaga malam untuk aktiviti yang kurang berfaedah seperti menonton misalnya. Cuba praktikkan masuk tidur awal dan buat ia sebagai rutin. Selain membantu anda lebih bertega pada waktu pagi, ia juga tubuh beregenerasi sekali gua membantu sistem imun bekerja sesuai fungsinya.
Ads
Menjaga berat badan ideal.
Bagi anda yang menghadapi masalah berat badan, sebaiknya cuba kaedah terbaik untuk mendapatkan kembali berat badan ideal. Berat badan berlebihan berisiko kerana ia boleh menyebabkan fungsi sistem imun yang lemah sehingga menyebabkan mereka lebih berisiko untuk diserang penyakit.
Pengambilan susu.
Pengambilan susu dan produk tenusu amat digalakkan sebagai sebahagian daripada diet seimbang yang sihat. Apabila tahap imuniti seseorang menurun mengikut usia, sistem pertahanan badan semulajadi kita turut terjejas. Justeru, pengambilan nutrien yang betul penting. Kekurangan nutrien boleh menjejaskan fungsi imun badan.
PROVITAL Immuna Plus susu dewasa berkhasiat yang difomulasi dengan nutrien seperti yis beta-glukan, selenium dan vitamin C boleh membantu menyokong sistem imun seiring dengan peningkatan usia. Malah ia membantu mengaktifkan tindak balas imun bagi melawan jangkitan dan selesema. Justerum, pengambilan dua gelas susu membekalkan 204mg yis beta-glukan (2 hidangan sehari) iaitu tahap yang disyorkan dalam menyokong sistem imun yang mudah terdedah kepada selesema.
Seiring dengan Bulan Imuniti Sedunia, Mead Johnson Nutrition melancarkan kempen Activate Your Immunity, Stay Protected bagi jenama susu berkhasiat PROVITAL Immuna Plus. Kempen antara kerjasama Persatuan Alergi dan Imunologi Malaysia (MSAI) ini bertujuan memperkasakan rakyat Malaysia supaya lebih bertanggungjawab dalam mengaktifkan sistem imun sekaligus memastikan mereka kekal dilindungi dalam keadaan pandemik mencabar ini.
Ads
Justeru, anda boleh menilai sendiri tahap imuniti dengan menggunakan immunity calculator yang disokong oleh sains dan disahkan oleh MSAI. Ia merupakan alat untuk membuat penilaian imuniti kendiri.
Dengan kata lain, ini merupakan kaedah mudah untuk mengetahui kekuatan sistem imun dan membantu individu membuat keputusan sama ada mendapatikan nasihat perubatan atau mengubah gaya hidup melalui pemakanan yang betul, senaman atau tabiat gaya hidup yang sihat.
Skor imuniti yang rendah menunjukkan badan anda menghadapi risiko yang lebih tinggi. Melalui pemakananyang betul, serta senaman dan gaya hidup yang sihat, risiko ini boleh dikurangkan.
Bagi setiap pasangan, pasti mahu majlis mereka meninggal sesuatu kenangan yang bermakna untuk diingatkan sehingga akhir hanyat.
Sebab itulah, ada pasangan yang sanggup berhabis untuk kelihatan cantik dan menarik sewaktu hari tersebut dan sanggup mengeluarkan ribuan ringgit semata untuk memuaskan hati.
Berbeza dengan gadis berasal dari Skudai, Johor ini yang memilih untuk memakai busana berusia 18 tahun pada majlis pernikahannya, 18 Februari lalu yang merupakan busana perkahwinan ibunya,
“Pada awalnya tak terfikir pun nak pakai baju kahwin mak.
“Semestinya untuk hari perkahwinan saya ingin sesuatu yang baharu, tapi mak sampaikan hasrat mahu lihat anaknya yang pertama kali berkahwin pakai baju kahwinnya,” ujarnya yang kini berusia 24 tahun.
Kebetulan, baju sanding yang digunakan ibunya dahulu turut sesuai dengan ukuran badan Azeera.
Bagaimanapun, dia perlu membuat beberapa perubahan terhadap busana itu seperti menambah kain hiasan lace.
“Kebetulan saya memang muat baju tersebut. Rezeki saya Alhamdullilah. Cuma ada penambahbaikan seperti lace di bahagian lengan sebab lengan bajunya pendek,” katanya yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik.
Tambah Azeera lagi, kakaknya juga memilih untuk mengenakan busana nikah ibunya yang berwarna ivory white ketika majlis perkahwinan yang dirancang pada Ogos nanti.
“Alhamdullilah hasrat mak tercapai untuk kedua-dua anak perempuannya memakai pakaian perkahwinan miliknya,” luahnya gembira.
Menurut isteri kepada Azman Mohd Fadzil itu lagi, meskipun baju tersebut dibuat pada 1995, namun kualiti kainnya masih terpelihara.
Tambahan pula, fesyen lengan besar atau puff kembali digayakan.
“Selepas nikah mak hantar ke dry cleaning dan simpan di dalam plastik khas dengan memastikan terdapat pengudaraan.
“Baju tu nampak elok mungkin disebabkan kualiti kain pada zamannya dan tak dinafikan keadaan kain masih cantik serta tidak dimakan usia.
“Kalau tengok pada design pun, zaman sekarang popular dengan lengan tangan puff,” ceritanya yang kini sedang menuntut di Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor.
Video perkongsiannya telah menarik perhatian ramai. Ramai yang kagum dengan keluarga ini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Lebih sebulan yang lalu, Syatilla Melvin, isteri kepada pelakon Shaheizy Sam keguguran selepas pulang dari bercuti.
Walaupun sedih, namun pasangan ini menerima dengan reda dan menganggap tiada rezeki.
Namun, hari ini Syatilla, 27, atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin berkongsi berita gembira apabila disahkan hamil lagi.
Lebih bermakna lagi, berita tersebut menjadi hadiah buat suaminya yang menyambut ulang tahun ke-36 hari ini. Syatilla memuat naik berita gembira itu di laman instagramnya.
“Alhamdulillah, ini rezeki Allah. Sejujurnya, saya pun tidak menjangka cepat sangat sebab baru saja gugur bulan lalu.
“Ada hikmah bulan lepas sata keguguran sebab mungkin Allah nak bagi birthday present kat baby besaq ni?besday besday laki ku.
“Sama-sama doakan kami supaya baby ni sihat sampai keluar tengok dunia nanti.
Menerusi perkongsian di Instagram, Syatilla turut meletakkan #sumpahtakkomplotdengankakipaq (sumpah tak komplot dengan kakak ipar), Datin Zizie Ezzete yang kini sedang hamil anak kedua.
Syatilla dan Shaheizy mendirikan rumah tangga pada Februari 2016 pernah keguguran sebelum dikurniakan cahaya mata lelaki, Syeriv Samheizy yang kini berusia 16 bulan.
Kunyit antara bahan asas yang digunakan dalam masakan. Bukan itu je, ia memiliki khasiat tertentu, baik daripada pucuk hingga ke umbinya.
kalau ibu-ibu jenis yang suka bercucuk tanam, boleh cuba tanam sendiri kunyit di rumah. Cukup mudah dengan cara ini.
Cara Tanam Kunyit Untuk Tuai Hasil Yang Banyak.
Kunyit, penggunaannya terhadap masyarakat Asia bukan sekadar di dalam masakan malah untuk tujuan kesihatan. Dari hujung pucuknya hingga lah ke umbisi mempunyai kegunaan yang tersendiri.
Kalau masak rendang tak ada daun kunyit, tak enak rasanya. Kalau masak lemak tak warna kuning kunyit tak menarik pula warnanya.
Tapi, ramai beranggapan kunyit tidak sesuai ditanam dalam pasu sebab tanaman akan menjadi terbantut. Ini kerana ruang di dalam pasu adalah terhad. Apa pun tanaman yang kita tanam dalam pasu biasanya akan berlaku situasi yang begitu. Tapi kalau kena dengan caranya tidak menjadi masalah.
Nak tahu macam mana nak tanaman kunyit dalam pasu sihat dan subur? Jom ikut langkah mudah ini.
Cara menyediakan benih untuk disemai.
Pergi pasar atau kedai runcit dan beli kunyit hidup yang nampak sudah bertunas. Lebih besar mata tunas, lebih bagus. Tapi agak susah sebenarnya nak cari kunyit yang sudah bertunas. Kebiasaannya kunyit di kedai itu dituai lebih awal dan belum matang sepenuhnya.
Nak tahu macam mana nak kenal pasti mata tunas kunyit? kalau yang sudah keluar tunas berdaun itu senang lah. Jelas-jelas dah nampak. Mata tunas lain sikit rupanya. Dekat hujung-hujung atau bucu akan keputih-putihan. Itu tanda umbisinya sudah sedia mengeluarkan tunas daun.
Medium tanaman.
Kunyit tidak memerlukan tanah yang mempunyai kelembapan yang tinggi. Kalau terlalu lembap, umbisi akan mudah rosak dan tidak menggemuk. Manakala untuk dapatkan umbisi yang ‘mengemuk’, medium perlu sentiasa longgar atau peroi. Baru lah umbisi bebas bergerak.
Medium tanaman yang sesuai untuk tanaman kunyit adalah campuran 1:1. 1 bahagian pasir dan 1 bahagian tanah. Tanah boleh guna tanah siap campur atau tanah bakar. Tapi elak tanah liat ya.
Cara tanam
Bila dah masukkan medium tanah tadi ke dalam pasu, buat lubang berkedalaman 2-3 inci. Masukkan umbisi kunyit tadi dan pastikan mata tunasnya menghadap ke atas. Kalau diletak di bahagian bawah, proses tunas untuk pecah dan mengeluarkan daun akan lambat. Kebiasaannya, tunas berdaun akan keluar dalam masa satu atau dua minggu lepas di tanam.
Pencahayaan.
Untuk dapatkan daun kunyit yang lebar dan berwarna hijau yang cantik, kunyit memerlukan pencahayaan minimum 6 jam satu hari. Kalau tidak cukup, daun nya akan jadi kontot-kontot sahaja. Tapi pokok kunyit perlu sedikit lindungan. Letak lah berhampiran bucu-bucu bumbung.
Siraman.
Untuk peringkat awal tumbesaran kunyit selepas ditanam, ia memerlukan jumlah kelembapan yang tinggi. Oleh itu, lakukan siraman 2 kali sehari untuk tempoh satu hingga 2 minggu.
Selepas mata tunas sudah keluarkan daun yang lebar, barulah siraman perlu dikurangkan satu kali sehari itu pun di awal pagi. Pastikan air siraman itu tidak bertakung dalam pasu. Oleh sebab itu, pasu yang dipilih untuk dijadikan bekas tanaman tadi perlu mempunyai lubang saliran yang mencukupi. Kalau masih terjadi masalah air bertakung juga, tebuk lubang pada bahagian bawah dinding pasu sebagai option saliran air.
Pembajaan.
Pokok kunyit tidak memerlukan baja. Cukup sekadar tambah medium tanah tinggi organik di atas medium yang lama. Atau, anda perlu tuai sebahagian umbisi dan tambahkan dengan medium baru untuk menggalakkan pertumbuhan umbisi.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.