Kebanyakan kereta pada masa kini dihidupkan hanya dengan menekan butang ‘push start button’.Sememangnya penggunaan ‘push start button’ ini akan dapat memudahkan pemandu, nampak lebih berteknologi dan moden.
Tetapi jangan tak tahu ia juga boleh mengundang masalah andai tidak dijaga dengan baik.
Lebih-lebih lagi andai cara anda menghidupkan enjin sesuka hati boleh menyebabkan ia tidak bertahan lama.
Nak tahu caranya, jom baca tip yang dikongsikan oleh Fadlin Sharina Zahariman Page. Moga bermanfaat!
WANITA PUN KENA AMBIL TAU .
Pagi ni saya masuk kereta , teringat nak share 1 tips .
Kebanyakan kereta baru sekarang , ada push start button ni , tanpa cucuk lubang kunci untuk hidupkan enjin . Tetapi kunci tu kena ada bersama kita la , biasanya di simpan di dalam poket .
Kebanyakan orang masuk dalam kereta , tekan brek dan terus tekan button start – stop ni , enjin terus dah boleh hidup . Biasa korang buat mcm ni kan ??
Sebenarnya cara itu boleh beri kesan buruk pada jangka masa panjang !
Cara TERBAIK
Masuk ke dalam kereta , 1st step cuma perlu tekan start stop button tu sahaja , tanpa memijak pedal brek , biarkan panel instrument je yang menyala dulu , biar kan dalam 5-7 saat , lepas tu barulah tekan pedal brek & tekan sekali lagi untuk hidupkan enjin pula .
Ini untuk pastikan cara yg betul ini tadi , komputer box yang mengawal semua sistem dalam kereta , sempat menghantar semua signal ke bahagian komponen & sensor yg penting pada seluruh kereta tanpa dalam keadaan terkejut .
Barulah komponen di dalam enjin & kereta semua bertahan lebih lama , tak mudah rosak , yang penting tak menganggu urusan kerja especially tengah berbisnes !
Satu lagi , kurang menyusahkan orang lain jugak !
Lepas ni boleh ikut cara ni .
Semoga bermanfaat .
#TipsPenjagaanKereta
#DapatIlmuBaruTak
#WanitaKenaAmbilTau