Berkebun memang seronok kan, tambah lagi jika tanaman kita hidup subur. Tak sabar rasanya nak menuai hasil titrik peluh sendiri. Bagi yang memiliki kawasan yang terhad, biasanya pasu menjadi pilihan utama.
Begitu pun, kena ambil tahu juga apakah jenis tanaman yang sesuai untuk di tanam di dalam pasu. Selain itu, penggunaan tanah juga penting.
Izham Alias berkongsi tip dalam menghasilkan ramuan rahsia campuran tanah untuk tanaman sayur. Ayuh kita cuba!
Apabila kita berkebun menggunakan pasu, antara perkara penting perlu kita fokuskan adalah pada medium tanaman yang kita gunakan. Ramai yang membeli campuran tanah yang dijual di nurseri pokok dan kedai pertanian.
Tetapi tahukah anda bahawa sebenarnya kita boleh buat sendiri campuran tanah ini?
Saya akan terangkan tiga formula yang biasa digunakan oleh pekebun nurseri dalam menanam tanaman mereka dalam pasu.
Sebelum itu, kita ketahui dahulu bahan-bahan asas yang perlu ada dalam campuran tanah ini.
Tanah Atas
Tanah atas adalah lapisan tanah yang paling atas di atas tanah (sama seperti namanya). Tanah atas ini berfungsi membekalkan nutrien dan menyimpan air untuk akar pokok nanti.
Ads
Kalau kita nak tahu, tanah atas yang terbaik adalah tanah atas yang diambil di pinggir hutan. Tanah yang hitam kaya dengan bahan organik.
Jika tiada, gunakan tanah merah.
Jika tiada juga, boleh guna tanah campuran yang dijual di nurseri.
Bahan Organik
Bahan organik berfungsi sebagai pemberi nutrien dan kesuburan tanah.
Contoh bahan organik yang ada adalah mana-mana najis haiwan ternakan (ayam, arnab, kambing, lembu, kuda), kompos, dan sabut kelapa halus. Mana-mana bahan organik kita boleh gunakan dalam campuran tanah nanti.
Pasir
Pasir berfungsi memberi ruang rongga pada campuran tanah. Ruang rongga ini memberi ruang untuk akar berkembang dengan baik. Seterusnya dapat menyerap oksigen dengan baik.
Ads
Pasir yang terbaik adalah pasir sungai atau pasir lombong. Untuk mudah, kita boleh gunakan pasir yang dibeli di kedai hardware. Alah, pasir buat rumah tu?
Pasir pantai tidak sesuai digunakan atas sebab pasir pantai terlalu halus dan mengandungi garam yang tinggi. Ini akan merencat pertumbuhan tanaman kita nanti.
Alternatif lain, kita boleh ganti pasir dengan perlit, vermikulit ataupun zeolit. Ketiga-tiga bahan ini sesuai untuk menjaga struktur tanah campuran.
Setelah kita tahu tiga asas dalam campuran tanah, barulah kita masuk ke dalam formulasi campuran tanah ini.
Tambahan
Selain daripada tiga bahan asas yang saya nyatakan di atas, kita boleh menambah sabut kelapa halus, sekam padi, dan sekam bakar sebagai bahan tambahan. Bahan tambahan ini membantu perkembangan bibit dalam pasu.
Ads
Formula 1: Campuran Tanah 3:2:1
Formula 3:2:1 paling banyak digunakan oleh pekebun nurseri untuk tanaman pasu. Nisbah 3:2:1 ini dimulai dengan tanah atas, bahan organik dan pasir.
Secara mudahnya, 3 tanah atas, 2 bahan organik dan 1 pasir.
Formula ini sesuai untuk segala jenis tanaman termasuk sayur, buah dan bunga.
Formula 2: Campuran Tanah 2:1:1
Campuran 2:1:1 ini sesuai untuk tanaman sayur. 2 tanah atas, 1 kompos, 1 sabut kelapa halus. Ramuan ini mampu memberi nutrien dan penyerapan air yang bagus untuk pokok.
Formula 3: Campuran Tanah 1:1:1
Campuran tanah 1:1:1 ini sesuai untuk tanaman semaian. Kita boleh gunakan campuran ini untuk menyemai benih sayur dahulu sebelum terus dipindahkan atas batas atau pasu lebih besar.
Setelah kita campurkan semua bahan-bahan di atas, kita perlu gaulkan sehingga semua bahan menjadi sebati.
Apabila kita membuat campuran tanah ini, perkembangan pokok akan lebih teratur dan subur.
Dalam diam-diam pelakon, Ezzaty Abdullah kini sedang hamil anak kedua. Berita tersebut dikongsikan sendiri suaminya, Azwan Kombos yang melahirkan rasa syukur selepas memaklumkan keluarga kecil mereka bakal bertambah tidak lama lagi.
Khabar gembira itu dimuatnaik sendiri bapa kepada seorang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Menurut Azwan atau nama sebenarnya, Mohamad Al-Azwan Kombos, kandungan isterinya itu kini dilaporkan telah pun menginjak usia lapan bulan.
Akui Azwan, mereka tidak berniat menyembunyikan berita kehamilan tersebut, namun, tiada masa yang sesuai untuk berkongsikan berita tersebut.
“Dah lama nak share berita gembira ni, tapi disebabkan aktiviti dan kehidupan seharian kami, macam rasa tak sempat-sempat nak fikir masa yg sesuai,” tulisnya.
Azwan turut berharap agar semua pihak dapat mendoakan semoga isteri serta kandungannya akan sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
“Jadi hari ini saya dengan rasa gembiranya nak share my wife is happily 8th month pregnant. Doakan yang terbaik buat baby dalam kandungan ya,” ujarnya lagi.
Turut berkongsi berita tersebut Ezzaty menerusi akaun Instagramnya. Dalam perkongsian tersebut, dia mengakui teruja apabila bakal bertambah ahli keluarga tidak lama lagi.
“Next month bertambah bilangan keluarga kami InsyaAllah,” ungkap Ezzaty.
Bila kita lihat kembali gambar kenang-kenangan semasa bercuti dengan keluarga di tempat yang menarik, mesti ada sahaja orang lain di dalam gambar keluarga kita. Maklumlah tempat tumpuan ramai, agak sukar untuk kita bergambar tanpa ada yang lalu lalang di kawasan tersebut.
Kadang-kadang kecewa juga, bila kita anak beranak sudah posing cantik dengan lokasi pun sangat menarik, tapi tiba-tiba ada pula insan lain muncul dalam frame gambar kita. Sekali gus menjadikan gambar tersebut seakan tidak menarik bagi kita. Gambar sebegitu dipanggil photobomb.
Jadi usah risau atau kecewa, ada cara yang sebenarnya yang boleh anda lakukan untuk ‘menghilangkan’ gambar orang-orang yang tidak diingini berada di dalam gambar keluarga anda dengan begitu mudah sekali.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Masyitah Sedek di facebook miliknya dan diharapkan perkongsian ini dapat menggembirakan hati anda dan dalam masa yang sama menyelesaikan masalah gambar yang selama ini ada rasa tidak puas hati gara-gara ada sahaja orang yang tidak dikenali berada di dalam gambar tersebut.
Cara Untuk ‘CleanUp’ Gambar
Langakah 1 : Taip CLEANUP PICTURE’ di google
Langkah 2 : Pilih gambar
Langkah 3 : Padam orang yang tidak berkenaan dalam gambar
Wow! Sangat mudah bukan? Hanya dengan beberapa saat anda telah berjaya memadam atau menghilangkan gambar orang lain yang berada di dalam gambar anda dengan sempurna.
Apa yang lagi mengujakan, tanpa perlu install apps dan tanpa perlu sebarang caj bayaran, cleanup picture boleh lakukan apa yang anda inginkan selama ini untuk mendapatkan gambar yang lebih menarik dan sempurna.
Cantiknya hidangan puding marble ini terletak pada lorekan yang terhasil. Sekali gus menampakkan keenakan rasanya.
Di sini dikongsikan dua jenis puding marble dengan resipi berbeza. Semoga menepati selera untuk anda sekeluarga.
“3 am dok buat puding marble coklat lagi. Ada tak tido lagi ko awok-awok terr”-Tuan Adriana Arissa via MAHN
Resepi kat bawah ye
PUDING MARBLE BAHAN-BAHAN
37 gm agar-agar tali (1 tahil)
6 gelas air (1300 ml)
2 cawan gula pasir (ikut kemanisan)
2 biji telur
1/2 cawan tepung kastard
1 tin susu cair
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan serbuk koko (bancuh dgn sedikit air)
1 sudu teh esen vanilla
Secubit garam
CARA-CARA:
1. Masak agar-agar dengan air. Setelah agar hancur baru masukkan gula dan secubit garam.
2. Masukkan telur, kastard ke dalam susu cair. Pukul sebati.
5. Masukkan adunan telur susu cair tadi (tapis dahulu adunan telur sewaktu menuang ke dalam agar-agar)
6. Kemudian kacau hingga mendidih dua tiga kali. Masuk marjerin dan kacau lagi.
7. Angkat dan bahagikan kepada dua bahagian. Satu masukkan koko dan kacau di atas api. satu bahagian lagi warna asal vanilla.
8. Apabila angkat tuang berselang seli di dalam loyang.
9. Boleh disimpan sejuk dalam peti sejuk.
Ekstra Tip
*tips tak nak agar-agar melekat. Sapu air dulu di dalam loyang@bekas.
*nak buat kaler-kaler awak letak la pewarna ye
Ini pula resipi yang dikongsikan oleh Zura Zul di mana puding yang dihasilkan penuh warna warni.
Pastinya bukan sahaja anak-anak teruja untuk menikmatinya malah kita orang dewasa juga tidak mahu ketinggalan menjamah hidangan ini. Apatah lagi jika dihidang sejuk.
Jom semak resipi yang dikongsikan olehnya.
Bahan (loyang 8×8)
4 keping roti
1 tin susu cair
2 biji telur
2 sudu besar susu pekat
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar esen vanilla
(semua blender hancur/halus)
20gm agar agar tali
5 cawan air
3/4 cawan gula
Cara-caranya :
1) Masak agar-agar dengan air hingga larut agar-agar..masukkan gula..kacau-kacau serata
2) Kemudian masukkan bahan blend..sentiasa kacau sehingga agak-agak pekat..tutup api
3) Bahagi kan adunan agar-agar 3-4 bekas..warnakan ikut suka
4) Sudukan setiap warna berselang seli dalam loyang dan bertindan-tindan sehingga habis adunan..kemudian lorek dengan lidi..bekukan..masuk dalam peti sejuk
5) Kemudian potong..hidang sejuk-sejuk. Sedap
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Musim raya ni, selain biskut dan kek, pencuci mulut sejuk-sejuk pun mesti ada kan? Lagi-lagi kalau ada budak-budak kat rumah confirm mereka suka yang...