Kreatif dan jimat belanja, itu yang cuba dikongsikan oleh Mohd Hafizallah Ariffin apabila berkongsi idea DIY rak mesin basuh guna PVC .
Mudahlah buat isteri nak letak bahan pencuci tak ada nampak bersepah. Pasti lebih teratur dan kemas.
Cara ini cukup mudah dan boleh buat sendiri je di rumah. Kalau rajin apa salahnya buat sendiri kan? Memang berguna dan boleh juga manfaatkan ruang sepenuhnya. Jom cuba buat sendiri ibu-ibu! DIY Rak Letak Barang Mesin Basuh ==========================
Ads
Masih projek pipe pvc…hehe.. ini untuk kemudahan org rumah saya suke nyusun2x…
Senarai barang yang digunakan ialah :
Ads
1. Penyambung ‘L’ pipe pvc – rm0.47 sebiji(beli di kedai mr.d.i.y)
(2 biji x 0.47 = rm0.94)
2. Penyambung ‘T’ pipe pvc – rm0.66 sebiji(beli di kedai mr.d.i.y)
(12 biji x 0.66 = rm7.92)
3. Siku ‘L’ besi – rm 2.00 sepeket(beli di ledai eco)
4. Papan – rm8.00(kalau tak silap) sepapan(beli di ikea)
(2 papan × 8.00 = rm16.00)
5. Batang pipe pvc – rm1.51 sebatang(beli di kedai mr.d.i.y)
(8 batang × 1.51 = rm12.08) Papan itu boleh cari tempat lain kalau ade tempat yang lagi murah dan kualiti yang baik….
Ads
Siku ‘L’ saya lekatkan dengan skru di penyambung pvc untuk lebih kukuh dan berkeyakinan. Sambungan yang lain mesti guna gam untuk pvc punye bile semua ukuran da cantik dan memenuhi citarasa. Sekian Terima Kasih.
Selamat Mencuba…
Tentu ada antara kita pernah merasai betapa kecewanya bila menanam pokok namun setelah bertahun-tahun ditunggu, pokok yang ditanam masih tidak mengeluarkan hasil, bahkan terlihat tidak subur pula.
Begitu juga bagi yang mengimpikan laman yang menghijau. Lalu menanam pelbagai jenis tanaman untuk menyerikan laman rumah, tapi pokok bunga begitu ‘liat’ berbunga. Nampak togel sahaja dan semua ini boleh mematikan minat seseorang untuk terus bercucuk tanam.
Untuk itu, tahukah anda sebenarnya tanaman yang kita tanam selain memerlukan cahaya, air dan tanah untuk hidup subur, hakikatnya tanaman juga memerlukan baja sebagai agen penggalak kesuburan.
Jadi apa kata anda hasilkan sendiri booster tanaman ini dengan langkah yang cukup mudah dan selamat sebagaimana yang dikongsikan oleh Suhaili Baharudin. Jom semak.
Bahan-bahan:
Cuma sebotol yakult dan 2 biji telur. Tak kisahlah telur kau bersaiz apa. Dan mohon sorokkan yakult itu supaya anak-anak kau tak nampak. Mereka akan fikir kau beli untuk mereka bukan untuk pokok.
Cara buat :
Step 1 : Campurkan yakult dan 2 biji telur tadi dalam satu bekas dan tutup kemas. Goncang dan peram selama 3 hari. Letak tepi sinki saja pun boleh.
Step 2 : Sudah 3 hari, ambil 2 sudu hasil peraman tadi dan campurkan dengan air. Masa buka botol peraman tadi kena berhati-hati sebab ada kes penutup botol terpelanting dan meletup.
Nisbah 2 – 3 sudu peraman + 1 liter air.
Sebaiknya campurkan dengan air hujan, air tapis atau air basuhan beras. Kalau semua tu kau rasa payah benar guna ajelah air paip. Tak ada siapa nak marah. Balance masih banyak dalam botol peraman tu kan? Kita simpan aje dalam peti ais.
Step 3 : Kemudian spray lah sesuka hati pada daun, batang pokok, pada tanah di pasu.
Kita spray ni cuma seminggu sekali ya.
Nak 2 – 3 hari sekali pun boleh. Lagi bagus dan cepat subur.
Ini contoh bunga tahi ayam dalam pasu yang Kak Eli tanam. Dari sendu terus lebat sampai nak tenggelam daun dek bunga yang merimbun.
Benar lah kata pepatah berbudi pada tanah tidak akan menjadi perkara yang sia-sia. Mata kita dapat berehat melihat segala kehijauan, keluarlah segala jenis hormon gembira dari tubuh dan terbitlah rasa bahagia dalam diri.
Perintah Kawalan Pergerakan masih lagi dilaksanakan. Jadinya, baiklah kita dengar nasihat dari Perdana Menteri untuk #stayathome. Sambil tu apa kata kita sediakan apa yang patut untuk keluarga.
Apa kata buat aktiviti menyeronokkan bersama anak-anak. Sambil tu mereka boleh belanjar benda baru. Jom sediakan hidangan buat anak-anak semudah ABC. Super Daddy saudara Khairul Abdullah kongsikan cara dia membuat penkek bersama anak-anaknya. Cukup comel dan unik dengan pelbagai jenis bentuk haiwan.
Elok jer hujan berhenti, anak-anak minta nak makan pancake.
Sebab dah boring pancake bulat, daddy buat pancake haiwan pulak. Walaupun huduh tapi ada bentuk dan ada rasa. Hahaha laju kemain depa makan. Elok aku siap depa pun dah siap makan.
Nah resepi Penkek Haiwan oleh SuperDaddy Khairul Abdullah
Bahan-bahan untuk projek ini:
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu segar/full cream/low fat whatever
2 sudu kecil baking powder
1 biji telur
2 sudu gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu butter atau marjerin atau minyak masak
1-2 jenis pewarna
Projek ini elok dilaksanakan bersama anak-anak:
1. Masukkan semua bahan-bahan kecuali pewarna dalam bekas dan kacau sebati. Atau masukkan dalam blender dan putarrrr.
2. Masukkan adunan dalam botol bermuncung. Guna 2 botol dan buat 2 bahagian. Salah satu botol masukkan pewarna. Tak kisah warna apa yang ada.
3. Panaskan non-stick pan dengan api paling slow.
4. Picit botol dan lukislah bentuk kesukaan korang. Buat outline dia dulu lepas tu baru fill dengan kaler.
5. Biar sampai keluar bubble dan berlubang-lubang kemudian balikkan.
Siap.
Dapatlah dalam 9-10 ekor haiwan.
Hidangkan dengan madu atau susu atau enak juga dimakan begitu saja, oohhhh gard… ehhh termenyanyi pulak.
Tadi anak-anak aku masing-masing dapat makan seekor dinasour, rimau dan itik.
Kenyang 3 hari 3 malam lah gamaknya.
#ResepiSuperDaddy
#ResepiPancake
#Pancake3D
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Rumah papan yang dibina di gigi air ni tampak biasa sahaja sementelah tiada kelengkapan perabot mahupun perkakas elektrik yang canggih.
Namun kekemasan dan kebersihan membuatkan ramai yang memuji dan kagum dengan kerajinan pemilik kediaman ini.
Meskipun tiada almari, pakaian yang sudah siap berlipat disusun kemas di dalam bakul, manakala perkakas memasak pula digantung di tepi dinding.
Berkongsi cerita dengan mStar, Asniah Abdul Halim berkata dia sudah menetap di Kampung Landung Ayang, Kudat, Sabah sejak tiga tahun lalu.
“Sebenarnya saya membesar di sini namun kini ibu bapa dan kebanyakan adik beradik sudah tinggal di daerah lain. Ini kiranya rumah lama keluarga kami. Tetapi saudara mara saya masih ramai di sini.
“Saya yang memilih untuk tinggal di sini. Seronok dapat tengok matahari terbit, matahari terbenam dan dengar bunyi ombak hari-hari. Rasa tenang sangat.
“Lagipun lokasi perkampungan ini dekat sahaja dengan bandar Kudat. Kira-kira 11 minit saja. Dekat dengan hospital, klinik dan kemudahan lain,” ujar wanita berusia 28 tahun ini.
Asniah atau lebih senang disapa Yoona berkata,sejak kecil lagi dia sudah dididik oleh ibunya untuk melakukan kerja-kerja rumah.
“Dari kecil memang perangai saya macam ini. Bukan apa, saya tak suka keadaan yang semak. Saya mengemas rumah pun untuk keselesaan diri sendiri serta keluarga, bukan untuk tatapan umum atau content semata-mata.
“Alang-alang sambil buat kerja rumah, saya rakam video dan kongsi di TikTok untuk suka-suka. Saya bukan makan gaji, tanggungjawab sebagai surirumah tetap berjalan.
“Dia tanya, rumah macam ni tak boleh masukkan perabot ke? Sebenarnya boleh saja masukkan perabot, cuma belum ada rezeki. Kalau ada rezeki lebih, kita beli.
“Biarpun serba kekurangan namun saya tetap mementingkan kekemasan dan kebersihan,” ujarnya yang merupakan surirumah sepenuh masa manakala suaminya bekerja sebagai seorang ‘welder’.
Ibu kepada seorang cahaya mata perempuan berusia enam tahun ini menambah, dia begitu terharu dengan sambutan warganet yang tidak henti-henti memberikan komen-komen positif pada setiap perkongsian rumah papan milik mereka sekeluarga.
“Saya orang biasa, jauh sekali boleh dijadikan inspirasi untuk orang di luar sana. Apa yang boleh saya kongsikan, sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan.
“Kalau kita bersyukur, itu tandanya kita bahagia. Selain itu, sentiasa bermuhasabah diri dan jangan judge orang lain,” katanya lagi.
“Apa yang membuatkan saya gembira adalah apabila saya buka komen, setiap hari ia dipenuhi dengan doa-doa dan kata-kata yang positif daripada netizen.
Siapa menduga ujian yang diberikan sebegitu hebat hingga memusnahkan segala harta benda yang ada dalam sekelip mata. Namun simpanan barang kemas yang dimiliki salah satu keluarga mangsa bencana letupan di Putra Heights dapat memberikan sinar bagi meneruskan kehidupan mereka.