Ini Cara DIY Mudah Nak Kekal Api Biru. Barulah Kuali Tak Hitam!

Share

Apabila memasak dan api gas mula berjelaga, tentu habis kuali kesayangan menjadi hitam. Nak dicuci perlu disental dan ini tentu memenatkan. Apatah lagi jika hari-hari macam ni, stress! Kuali nak gantung pun segan.

Menarik perkongsian ini apabila puan Sharina binti Othman menunjukkan DIY cara buat dapur gas kekal api biru, kuali pun hitam.

Ikuti perkongsian ini.

Api dapor gas tetiba oren.Habis berjelaga periuk kesayangan. Nak gosok periuk tu, alahai boleh sado tangan tu..
Rasa nak beli dapoq gas baru ja kan..
Tapi tu la bajet pun cukup² ja..

Sapa pernah mengalami situasi sebegini 

 

Lani hangpa baca setiap caption kat gambaq nah. Ni dapoq gas yang biasa tu nah.

CARA LAIN:

Setelah anda pusing pin tetapi api tetap warna oren/merah.
Caranya.:
Buka tungku api, ketuk² untuk keluarkan segala karat² yang terkumpul, bersihkan sisa makanan atau lelehan minyak.
Spray dengan anti karat ( ada dijual kedai hardware/mr.diy ).
Dan pasang semula tungku api tersebut.

Jika api masih oren/merah juga maka boleh la tukaq tungku api atau minta suami anda belikan dapoq gas yang baru.

DAPUR KACA

Gambaq yang terakhir k.nana terbaca di komen group MAHN.

Selamat mencuba!

Sumber: Sharina binti Othman

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club