Ini Cara Didikan Orang Tua Dulu, Supaya Anak Tidak Jadi Tuan Akibat Salah Asuhan.

Share

Mendidik anak-anak zaman sekarang amat mencabar. Tentu ada keluhan ibu bapa mengenai mendidik anak-anak yang tidak mendengar cakap serta tidak mengikut peraturan.

Apa pun anak-anak itu penyeri rumah tangga. Namun, mereka perlulah diberi didikan yang sempurna terutama dari sikap dalam dirinya.

Sebagaimana perkongsian oleh Firdaus Mokhtar mengenai cara didikan orang tua zaman dulu yang masih relevan diguna pakai kini. Ikuti perkongsiannya.

Masa kecil dulu dekat dalam rumah ada peraturan. Kami semua adik beradik kena ikut.

1. Lepas makan kena basuh pinggan. Memang dekat sinki dapur dah ada kerusi plastik kecil untuk berdiri basuh pinggan.

2. Baju yang dah dibasuh, kami adik-beradik kena lipat. Kami baru 4 beradik waktu tu. Cuma 3 yang besar. Alah, besar pun umur sekolah rendah tu lah.

Saya lipat baju sendiri dan baju Ummi. Adik kedua lipat baju dia dan baju Abah. Yang ketiga lipat baju dia sendiri. Adik nombor 4 kecil sangat lagi. Mana yang abang-abang dia lipat, dia tukang kiraikan balik. Kah!

3. Lepas Subuh tak boleh tidur balik. Kena terus bangun. Lagi-lagi hari cuti. Kalau tidur juga mesti kena kejut sampai bangun.

Biasa Ummi yang kejut. Walau kami tahu itu semua arahan daripada Abah. Maka kena bangun. Jangan cari pasal.

4. Setiap hari, kena tunggu soalan daripada Abah. Abah balik kerja akan tanya, “sembahyang tak tadi?” Maksud Abah solat Zuhur dan Asar. Kalau jawab tak, siap kena rotan.

Oh ya, saya pernah kena sekali. Tinggal solat Zuhur. Kena sebat dengan tali pinggang. Lepas tu tak pernah dah.

5. Waktu makan kena makan sama. Sebab masa kecil selalu makan dalam talam. Peraturan dia kau jangan bergaduh waktu makan.

Tapi biasalah, budak kan. Bergaduh mende entah waktu makan. Kena marah lah woih.

Petang tu balik kerja Abah beli pensel warna Luna seorang satu. Yang pendek 12 batang tu. Sebabkan bergaduh tu hukuman dia Abah buang terus pensel warna tu.

Ingat lagi waktu hujan lebat. Kami tinggal dekat tingkat 4 rumah flat. Terbang 3 kotak warna tu ikut balkoni. Esok pagi pergi sekolah lalu bawah tengok je kotak tu. Lembik dah.

Cair siap mata pensel warna tu. Kahkah. Buat lagi!

6. Ini paling best, atas semua peraturan ni ada markah. Entah macam mana sistem markah Ummi dengan Abah buat, saya tak tahu.

Yang penting setiap bulan akan ada pemenang. Dapat hadiah juga. Biasanya buku lah, novel dan buku cerita. Nak suruh membacakan. H