Kebiasaannya Resipi Puteri Ayu dibuat versi rasa pandan yang cukup digemari ramai. Tetapi kali ini admin kongsikan resipi kuih yang sama versi red velvet.
Warnanya yang cukup menarik pasti membuatkan anda sekeluarga teruja untuk merasainya.
Resipi ini sangat mudah dibuat dan tidak mengambil masa yang lama.
Resipi ini dikongsikan oleh puan Ain Kamis. Nak cuba, jom kita tengok resipi ni!
Red Velvet Puteri Ayu
Bahan cheese :
250gram cream cheese ( jgn smpi suhu bilik)
½ cawan gula halus ( jgn penuh. Dlm ¾ ok)
1 biji telur gred A
2 sudu besar tepung gandum
1½ sudu besar susu segar Yarra
sedikit esen vanilla
Cara-cara :
1) putar cream cheese hingga licin & tidak berketul.
2) masukkan gula. Putar lagi hingga sebati & licin.
3) masukkan telur & esen vanilla. Putar lg
4) masukkan tepung & susu segar.. Putar sebati .pastikan adunan licin tidak berketul ye.
Bahan Red Velvet :
Bahan A : diayakkan
250gram tepung gandum
1 sudu besar serbuk koko
½ sudu kecil soda bicarbonate
Bahan B : buttermilk
1 cawan susu segar Yarra
1 sudu kecil cuka masakan
Bahan C :
3 biji telur gred A
1 cawan gula halus
1 sudu kecil ovalete
sedikit esen vanilla
Bahan D :
pewarna merah ikut suka nk bnyk mana ye
Cara-cara :
1) buat bahan B terlebih dahulu. Satukan kedua bahan tersebut & biarkan sementara kita siapkan step yg lain.
2) ayakkan bahan A. Ketepikan
3) satukan & putar bahan C dgn kelajuan yg perlahan selama 5min. Kemudian tukar pada high speed sehingga adunan menjadi putih & fluffy. Lebih kurang 15min.(bergntung pada mixer yg digunakan juga)
4) masukkan bahan A & B secara selang seli kedalam adunan bahan C Yang telah kembang tadi.
5) putar sehingga sebati & tidak berketul
6) kemudian masukkan pewarna. Ikut suka la nk letak cair atau pekat warna nye. Selera masing² kan.
7) gris acuan dgn sedikit minyak.
8) letak adunan cheese dahulu. Kukus selama 5min.
9) kemudian baru masukkan adunan red velvet hingga penuh acuan. Kukus selama 15min.
Selamat mencuba.
Psst : resepi Google. Kita olah sikit² . My 1St time buat. Alhamdulillah menjadi. Kalau korang buat xjd, sila ketuk tngn sendiri
Lahir Pagi Jumaat, Rebecca Nur Al-Islam Selamat Bersalin Bayi Lelaki. Lengkap Anak Ke-9!
Pelakon dan usahawan, Datin Rebecca Nur Al-Islam selamat bersalin pagi tadi pada jam 8.30 pagi di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri olehnya menerusi sebuah hantaran di laman Instagram miliknya.
“Alhamdulillah di pagi Jumaat yang penuh Barakah hari ini pada tarikh #12052023
pada pukul 8.30 pagi tadi saya telah melahirkan anak lelaki saya dalam keadaan pembedahan.
“Syukur kepada Allah SWT semuanya berjalan dengan baik 🙏🏻🥹 Bayi lelaki saya dilahirKan 38 minggu lebih dengan seberat 2.71kg dan tingginya 34cm.” tulisnya di ruangan kapsyen.
Dalam pada itu, Rebecca yang lebih mesra disapa sebagai Mummy Becca sempat mengucap syukur dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang banyak menitipkan doa buatnya dan bayi.
“Syukur Ya Rabbi 🥹🙏🏻Mummy Becca ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua yang banyak menitipkan DOA untuk mummy dan baby ,terima kasih Allah sahaja yang dapat membalasnya.
“Terima kasih kepada suami tercinta dari awal pregnant sampai la hari ini bersalin sentiasa setia bersama menemani MUMMYBECCA🙏🏻🤍🥹😘 thank you papa.
“Thank you juga buat ibuku ,doamu tiada Hijab, tembus ke langit, thank you datang Ma, dan Sentiasa mendoakan anak-anak Mu🤍🫠” tambahnya.
Terdahulu, Rebecca berkahwin dengan Datuk Nur Azam Sulaiman pada 2011 dan dikurniakan lima anak iaitu Nor Anggun Raverra, 11, Nor Anggerik Renesmee, 10, Nor Aliff Al- Raffael, 7, Nor Ahmed Al- Reaggan, 4, dan Nor Aurora Riana, 4.
Selain itu, dia juga memiliki seorang anak angkat Nor Adam Daniel, 15, serta dua anak tiri yang masing-masing berusia 27 dan 20 tahun.
Sumber : Instagram Rebecca Nur Al-Islam
“Nafas Saya Sesak. Doktor Kata Peluang Amat Tipis.” Dr Azizan Osman Sebak Diberikan Kesembuhan.
Angka kes positif Covid-19 kian meningkat dan merekodkan kes harian tinggi sehingga ke hari ini. Kadar jangkitan ini mengakibatkan ramai yang dijangkiti. Malah ada yang berkongsi menjaga SOP yang ketat turut dijangkiti virus bahaya ini.
Terbaharu, siapa yang tidak kenal dengan Dr Azizan Osman. Sebut sahaja namanya, pasti terbayang figura tokoh motivasi keusahawanan terkemuka negara.
Beliau adalah antara yang turut dijangkiti wabak ini. Menerusi perkongsian terbaharunya menerusi facebook miliknya, beliau meluahkan rasa syukur apabila diberi kesembuhan setelah melalui tempoh kritikal.
Sebak dengan perkongsian beliau, menurutnya pada kejadian pada pertengahan Jan lalu mengalami sesak nafas sehingga tiada harapan buat. Namun siapa sangka, beliau kembali sembuh.
Dalam pada itu, ahli keluarganya turut dijangkiti virus ini, lebih menyedihkan lagi ibu mertua telah kembali ke rahmatullah.
Ikuti selanjutnya kisah beliau.
SESAK NAFAS, PELUANG TIPIS.
Covid hampir meragut nyawa saya!
1.44pm, Jumaat 15 Jan 2021 – Saya dah hampir maut! Nafas saya sesak! Doktor kata peluang saya amat tipis!
Tapi sesuatu berlaku yang membuktikan kekuasaan Allah SWT…
Dengan nama Allah Yang Maha berkuasa yang memiliki seluruh alam…
Saya dan keluarga diuji dengan Virus Covid-19… 31 ahli keluarga saya dijangkiti Covid dan ibu mertua saya telah kembali ke rahmatullah…
Tak mudah untuk saya kongsikan betapa sedih, perit dan ngeri pada waktu itu, tapi sangat penting untuk saya kongsikan sebagai seorang MenThor, saya nak anda tahu proses ini dan mengapa saya dan RichWorks terus buat apa yang kami buat hingga hari ini.
7 Januari 2021, saya dan keluarga terdedah kepada individu yang positif Covid-19 dan saya sendiri dijangkiti. COVID IS REAL, THE STRUGGLE IS REAL, it’s a real fight kalau you ada pada simptom atau tahap yang teruk.
SEBAK
Saya cuba untuk menangis ketika menulis ni tapi pada waktu itu Alhamdulillah saya ada keluarga saya, saya ada Mak saya… isteri saya, Datuk Jerry… you are an amazing friend…
Pada waktu itu, saya fikirkan tentang anak didik saya, saya fikirkan Team RichWorks, saya fikirkan semua yang tak henti DM/PM saya sehingga hari ini… yang buatkan saya walaupun tahu tiada harapan, ia beri saya SEMANGAT. Semangat untuk hidup…
Masa itulah SAAT penentu untuk pergi atau kekal… You tak boleh bernafas, you tak boleh tarik, you tak boleh hembus hanya gunakan machine untuk terus survive dan fight dengan otak, emosi dan diri.
Do you want to live? Do you want to fight? That was the moment.
PELUANG KEDUA
Dan In sha Allah, ini masanya untuk saya betulkan segalanya, peluang kedua ni bukan sekadar suka-suka. Saya percaya ada sebab Allah bagi peluang ni untuk saya buat segalanya dengan lebih baik, to be a better MenThor In sha Allah…
Melihat bagaimana pandemik ini begitu kritikal hingga ada yang tekad bunuh diri,
Seorang ibu yang mencuri ubat untuk anak-anak, ada yang mencari rezeki di tempat sampah,
Kerajaan yang sedang berkira-kira untuk total lockdown yang akan beri impak pada pekerjaan ramai orang dan bisnes,
Tekanan perasaan dan banyak lagi dalam berita semasa…
Ini semua cukup memberi kesan pada saya betapa saya belum berjaya bantu bangsa saya untuk berjaya
AKUI RAMAI YANG HIDUP SUKAR KETIKA PANDEMIK
Beliau juga turut berkongsi gambar ketika menjalani rawatan termasuk ubat dan kesan lebam di anggota badannya betapa struggle untuk apabila dijangkiti virus ini apabila mengalami tahap yang teruk.
Saya sedar misi saya belum selesai seperti kata Mak, ramai lagi anak bangsa yang ketinggalan, perlukan bimbingan terutama dalam dunia bisnes ini. Saya dan RichWorks akan terus buat apa yang kami buat hingga hari ini.
Apatah lagi dengan keadaan pandemik, ratusan ribu hilang pekerjaan, bisnes tengah struggle dan mereka tak nampak lagi hala tuju yang perlukan ilmu dan bimbingan saya dan RichWorks.
I’m a Covid Survivor! I fight to live! And this is my journey.
Semoga kisah tokoh motivasi keusahawanan ini dijadikan iktibar buat kita semua agar sentiasa menjaga SOP supaya kes virus positif segera mengalami penurunan.
Sumber: Azizan Osman
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Injap Jantung Terbalik & Ada Lubang Serius. Tapi Lubang Tu Buat Dia Bernafas.” Ali Puteh Kongsi Anak Kedua Ada Masalah Jantung, Mohon Doa Dari Semua
Bergelar ibu bapa buat kali kedua nyata menambahkan lagi rasa syukur dan gembira buat Ali, pelawak yang juga anggota kumpulan Puteh.
Disebalik kegembiraan tersebut, Ali memohon orang ramai dan para sahabat agar mendoakan kesihatan puterinya, Sharifah Nur Ainul Mardhiah yang kini dirawat di Hospital Ampang. Baru berusia seminggu, Ainul disahkan mempunyai masalah jantung.
“Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya ketika ini. Ainul Mardhiah baru berusia seminggu dan pada mulanya dimasukkan ke wad kerana jaundice.
“Namun selepas pemeriksaan lanjut dilakukan, anak saya disahkan mempunyai masalah injap jantung terbalik dan jantung berlubang,” katanya.
Tambah Ali lagi Ainul Mardhiah dipindahkan daripada Pusat Rawatan Islam Kohilal, Taman Melawati ke Hospital Ampang.
Ali juga sedang menunggu jawapan daripada Hospital Serdang untuk rawatan lanjut dan Ainul Mardhiah akan dipindahkan ke sana.
“Menurut doktor pembedahan akan dilakukan dan mengambil masa agak panjang. Saya hanya menanti keputusan daripada doktor pakar di Hospital Serdang.
“Terima kasih yang mendoakan Ainul Mardhiah dan saya harap kawan-kawan semua dapat terus mendoakan kesihatan anak saya dan semoga semua urusan berjalan lancar,” ujarnya.
Reda dengan keadaan Ainul Mardhiah, Ali menganggap ini dugaan buatnya dan isteri serta menyerahkan semuanya kepada Allah SWT selain berusaha untuk memastikan anak keduanya itu kembali sihat.
“InsyaAllah, Allah SWT tidak akan menguji hambanya jika orang itu tidak mampu menghadapi dugaan…Semuanya akan baik,” katanya.
Sementara itu,Melati Fitri Abdullah, isteri kepada Ali turut berkongsi keadaan anak mereka yang dibawa dari Hospital Ampang ke Hospital Serdang, untuk bertemu pakar jantung di sana. Melati telah berkongsi mengenai perkara tersebut menerusi kemas kini terbarunya di instagram.
View this post on InstagramA post shared by Pn.melsyed (@melatifitri_) on
“Assalamualaikum semua, hari ni adik Ainul dah dibawa ke Hospital Serdang untuk berjumpa dengan doktor pakar jantung.
“Doktor pakar iaitu, Dr. Oii Yin sahkan adik Ainul menghadapi masalah injap jantung terbalik dan mempunyai lubang di bahagian tengah.
“Doktor beritahu keadaan adik Ainul agak serius, dan berita baiknya kata doktor, lubang itulah yang membantu adik Ainul bernafas hingga sekarang,” tulisnya.
Tambah Melati lagi, doktor pakar menyarankan pembedahan dijalankan secepat mungkin dan anaknya kini sedang berada dalam pemantauan doktor.
“Doktor sarankan pembedahan dilakukan seawal mungkin dan adik Ainul sekarang di bawah pemantauan doktor di Hospital Ampang untuk menanti hari pembedahannya tidak lama lagi, kemungkinan dua hingga tiga minggu dari sekarang.
“Semoga adik Ainul kuat dan terus kuat menghadapi dugaan ini. Saya ibu dan walid kepada adik ainul ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana kalian tidak henti2 memberi kata2 semangat , doa yang tak henti2 dan banyak bagi saya tips untuk menghadapi situasi macam ni.
“Dan hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalas budi baik kalian… Semoga kalian di murahkan rezeki dan diberi keredhaan di dunia & akhirat.. Aminnn… ~SALAM SYG DARI ADIK AINUL~~SHARIFAH NUR AINUL MARDHIAH~
Dalam pada itu, Ali turut berkongsi hal yang sama di laman instagramnya.
Harini adik kene transfer checkup kat hospital serdang…walid tau…adik kuat…sikit lagi nnti adik sihat tau…walid ngn ibu tggu adik yerr,” tulisnya.
Sumber: IG syedaliputeh & melatifitri_