Ini Cara Buat Pisang Goreng Rangup Dan Tak Melekat Di Kuali. Inilah Resipinya!

Share

Walaupun hanya sekadar goreng pisang, namun bukan mudah nak mendapatkan pisang goreng yang sempurna. Hasilnya memang rangup dan tak melekat di kuali.

Kalau tak tahu caranya memang tak menjadi.Sebenarnya ada cara tertentu yang mak-mak boleh cuba praktikkan di rumah demi memastikan pisang oreng rangup krup krap dan tak melekat. Hidangan pun nampak cantik.

Nak tahu caranya ikuti perkongsian ini.

Sapa kt sini suka makan pisang goreng yang banyak cruncy macam ni
ni sis bagi resepi confirm krup krap krup krap.

Pisang Goreng Krup Krap krup Krap
Bahan
-1 cawan tepung beras
-2 sudu tepung jagung
-Telur kuning sebiji
-1/2 sudu besar air kapur
-Gula
-Garam
-Secubit serbuk kunyit
-ais ketul
-air

Cara:


Campur semua bahan gaul sebati adunan tak terlalu cair tak terlalu pekat agak-agak  bila masuk pisang tu dia melekat elok je.panaskan minyak dh boleh start mengoreng.

Kredit: dapur_cikwani