
Walaupun hanya sekadar goreng pisang, namun bukan mudah nak mendapatkan pisang goreng yang sempurna. Hasilnya memang rangup dan tak melekat di kuali.
Kalau tak tahu caranya memang tak menjadi.Sebenarnya ada cara tertentu yang mak-mak boleh cuba praktikkan di rumah demi memastikan pisang oreng rangup krup krap dan tak melekat. Hidangan pun nampak cantik.
Nak tahu caranya ikuti perkongsian ini.
Sapa kt sini suka makan pisang goreng yang banyak cruncy macam ni
ni sis bagi resepi confirm krup krap krup krap.
Pisang Goreng Krup Krap krup Krap
Bahan
-1 cawan tepung beras
-2 sudu tepung jagung
-Telur kuning sebiji
-1/2 sudu besar air kapur
-Gula
-Garam
-Secubit serbuk kunyit
-ais ketul
-air
Cara:
Campur semua bahan gaul sebati adunan tak terlalu cair tak terlalu pekat agak-agak bila masuk pisang tu dia melekat elok je.panaskan minyak dh boleh start mengoreng.
Kredit: dapur_cikwani
Karipap Mudah Buat, Nak Kulitnya Rangup & Intinya Sedap. Ni Resipinya!

Rasa karipap yang sedap bukan sahaja terletak pada intinya semata-mata malah dipadukan dengan kulit karipap yang bila digigit terasa rangup. Itulah baru sempurna rasa karipap yang dimakan.
Untuk yang masih tercari resipi karipap yang sedemikian hasilnya, apa kata mencuba resipi yang dikongsikan oleh Wahida Alya ini.
Ini perkongsiannya.
Petang² takde nak buat.. sis main masak² kat dapur..buat karipap sardin roll ke apa orang panggil..sis ambik kat youtube je..
Kulit karipapnya memang ranggup tauu..inti pulak ngam² dengan kulitnya..ada sape yang baru belajar nak buat dengan kuantiti sikit boleh ambik resepi kat sini.
RESEPI KARIPAP SARDIN ROLL SEMPOI
INTI KARIPAP
👉Sardin tin sedang
👉Bawang besar separuh(potong dadu
👉Bawang putih 3 ulas(potong dadu)
Cara²nya..
1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu,lepas tu masukkan Sardin (kuahnya masukkan je)hancur-hancurkan dia.
2. Masukkan garam dan gula secukup rasa) masak sardin sehingga agak-agak kering ye..biarkan kat tepi
KULIT KARIPAP(DOH)
👉Tepung gandum 3 cawan
👉Tepung jagung 1 sudu
👉Tepung beras 1 sudu
👉Majerin 1 sudu
👉Minyak masak 1/4 cawan (sis agak² je)
👉Air sejuk
Cara-cara buat
1. Campurkan semua tepung gandum,tepung beras,tepung jagung
2. Panaskan majerin dengan minyak,tuangkan dalam tepung tadi..gaul dulu semua guna senduk ye..(hancur-hancurkan) dah sejuk guna tangan pun boleh)
3. Masukkan air sikit demi sikit smpai jadi doh (tak melekat kat tangan)
4. Lepas tu boleh canai macam dalam gambar kat bawah tu ye..
Step 1
Step 2
Step 3
Step 4
Step 5
Itu sahaja..mudah n cepat.
Sumber : Wahida Alya
Laksa Thailand Pedas Berlemak Diminati Ramai. Ni Orang Chiang Mai Kongsikan Resipi, Boleh Lah Dicuba!

Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba tular di laman sosial ‘perang’ Laksa Kedah dan Laksa Johor yang tercetus daripada komen-komen peminat laksa itu sendiri. Jadi tidak mahu terus panas dengan isu tersebut, ada sahaja posting resipi laksa yang tidak mengaitkan langsung antara kedua-dua laksa tersebut.
Contohnya perkongsian resipi daripada Alysha Ratchada yang berasal daripada Chiang Mai, Thailand di dalam Group Masak Apa Hari Ni, berkongsi resipi Laksa Thailand dan warganet teruja dengan resipi dikongsikan hingga mendapat 6.2K tanda suka dan share yang banyak.
Jadi buat anda yang ingin mencuba laksa dengan citarasa yang istimewa, bolehlah mencuba resipi yang dikongsikan ini.
Resipi Laksa Thailand
Bahan kuah
1.Cabai kering+cabai melaka merah(kalau nak pedas bubuh cabai lebih)
2.Bawang putih
3.Bawang merah
4.Halia
5.Kulit buah limau purut
6.kunyit hidup
Ambil bahan semua blender sekali ( kqlau suka pekat bubuh bahan lebih)
Cara buat kuah
- Tumis bahan yang suda blender dan serai potong panjang.
- Lepas dia medidih letak ikan yang sudah blender dan kacau sekali tambah air.
- Lepas dia medidih letak bebola dan santan sampai santan masak bubuh daun limau perut dan garam, ajinomoto, gula pun boleh.
- Siap boleh rasa. Terima kasih boleh cuba
Ekstra info:
Sediakan juga daun selasih, taugeh dan kacang panjang dihiris untuk melengkapkan lagi hidangan Laksa Thailand.
LaksaThailand menggunakan laksa halus seperti ini.
Dalam supermarket, Tesco, giant semua ada sebab saya guna yang ni je buat laksa thai.
Sumber : Alysha Ratchada via MAHN
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Penggemar Nasi Kandar Wajib Tahu Resipi Kuah Hitam Ni. Ini Caranya!


















