Ini Cara Buat Masker Kunyit Buat Kulit Gebu Dan Cerah Hanya Dua Bahan Aje.

Share
Bila cerita tentang kecantikkan, mesti ramai wanita inginkan rahsia kulit cantik tanpa solekan. Tentu kita tidak mahu setiap hari kena bersolek tebal untuk sembunyikan kekurangan pada wajah.
Malah penggunaan krim dan pelembap yang mengandungi bahan kimia hanya akan membuatkan keadaan kulit bertambah teruk.
Apa yang pasti, untuk kelihatan cantik, kita harus rajin dan displin dengan melakukan penjagaan kulit untuk mendapat wajah yang cantik dan licin.
Petua kecantikkan ini dikongsikan oleh pengguna facebook yang dikenali sebagai Norshahida Lambri‎ bagi tip penjagaan wajah hanya menggunakan ramuan dari dapur sahaja.

Berikut perkongsiannya.

PETUA UNTUK KULIT GEBU DAN CERAH

Nak nak bagi tips malam ni, nak bagi kulit gebu dan cerah.
Kunyit memang bagus untuk mengatasi kulit jerawat, berminyak, penuaan,pigmentasi serta menghaluskan kulit.

Timun pula berfungsi untuk menghilangkan bintik hitam, lingkaran gelap bawah mata (eyebeg) serta meremajakan kulit.

BAHAN-BAHAN:

Serbuk kunyit dan timun

CARA PENYEDIAANYA

Ambil sesudu serbuk kunyit, blender timun tadi menjadi jus (jangan letak air tau).

Setelah itu campurkan serbuk kunyit tadi bersama jus timun tadi sampai jadi pes.

Dan sapukan pada muka, biarkan selama 15 minit dan bilas.
Kena rajin buat seminggu sekali tau, kulit semakin cerah dan gebu. Jangan malas kalau nak cantik chuolls

Selamat mencuba!

Sumber: Norshahida Lambri‎