Selain biskut, kudapan seperti kerepek juga antara yang wajib tersedia di atas meja. Bagi yang gemarkan telur masin, jangan ingat ia hanya boleh dimakan bersama nasi dan lauk sahaja. Malah ia juga boleh dicampurkan ke dalam kerepek Kulit Popia. Tak percaya, jom kita cuba resipi yang disediakan oleh Oh Lisa.
Bahan-Bahan
1) Kulit popia
2) Serbuk telur masin
3) Gula
4) Garam
5) Daun kari
Bagi yang tak tahu mana nak cari serbuk telur masin tu, boleh guna yang macam ni.
Cara membuat:
1) POTONG & KERINGKAN KULIT POPIA
Memula kite potong kulit popia ikut saiz yang kite nak.
Tips nak bagi rangup dan tahan lama, jemur dulu kulit popia ni sebelum goreng.
Jemur smpai betul-betul kering. Barulah bila kita goreng akan jadi bergulung, tahan lama dan tak mudah lemau. Memang rangup macam kerepek wonder cheeze yang dijual tu.
Ads
Tak lama pun nak jemur. Kalau cuaca panas, dalam 30 minit pun dah kering.
2) GORENG
Lepas tu panaskan minyak dalam kuali.
Goreng macam biasa.
Bila dah garing, angkat dan toskan.
Tunggu sejuk dulu dan pastikan minyak betul-betul kering.
Ads
3) BUAT PERASA
Sambil tunggu tu kita buat perasanya.
Caranya, sangai sekejap serbuk telur masin, gula dan garam secukupnya dengan daun kari.
Kalau nak lagi cantik, blend dulu semua bahan serbuk tu sebelum sangai atas api dengan daun kari.
Guna api kecil je supaya tak hangus.
Ads
4) GAULKAN
Akhir sekali, gaulkan kulit popia yg dah digoreng dengan serbuk yang disangai tu.
SIAP!
Sedia untuk dimakan. Krup krap krup krap bunyi dia!
Siapa kata kalau nak bercucuk tanam memerlukan ruang laman rumah yang luas. Meskipun orang kata rumah tidak bertanah sekali pun, tidak mustahil anda boleh bercucuk tanam dan menikmati hasilnya.
Ya tidak sukar sebenarnya untuk bermula cuma anda perlu sedikit kerajinan, sabar dan sedikit ilmu untuk memulakan projek tanam sayur di rumah. Malah tidak perlu kawasan yang besar asalkan cukup untuk beberapa biji pasu.
Untuk bermula KELUARGA cadangkan anda cuba dahulu 12 jenis sayuran yang mudah hidup ini. Ini kerana jika anda memilih tanaman yang mudah hidup, secara tidak langsung ia membakar semangat anda apabila melihat sayur-sayur ini hidup subur dan mengeluarkan hasil. Siapa yang tidak gembira melihat hasil tangan sendiri dan menjadi hidangan seisi keluarga kan?
Lettuce
Lettuce mudah ditanam di dalam bekas cetek dan tidak memerlukan medium tanaman yang banyak. Selain itu ia juga sesuai ditanam di tempat teduh kerana tekstur daunnya yang nipis dan apabila terkena cahaya matahari yang terlalu terik akan mengakibatkan daunnya melepuh. Ia juga sesuai ditanam secara hidroponik.
Bok choy
Bok choy atau chinese green ini, seperti lettuce ia juga mudah ditanam tetapi jangka hayatnya lebih panjang dari lettuce. Pastikan pasu mempunyai saliran yang baik kerana bok choy memerlukan air yang banyak tetapi sensitif kepada tanah bertakung air. Bok choy lebih cepat dituai pada musim panas dan terdapat banyak nurseri yang menjual biji benih bok choy ini.
Kailan
Kailan bukanlah terdiri dari pokok yang bermusim. Ia boleh ditanam sepanjang tahun terutamanya musim panas. Untuk hasil yang optimum siram pokok ini dua kali sehari iaitu pagi dan petang. Pokok kailan tidak perlu dituai seluruh pokok, hanya petik daunnya dan batang pokok akan mengeluarkan daun yang baru.
Bayam
Bayam merupakan pokok yang tahan lasak dan sesuai diranam di dalam bekas atau pasu. Ia memerlukan cahaya matahari tetapi bukan direct sun oleh itu ia sesuai ditanam di tempat teduh. Kaedah penanaman bayam adalah melalui keratan batang. Batang dan akar bayam yang dibeli di pasar jangan dibuang, anda boleh terus tanam di dalam pasu.
Kacang panjang
Kacang panjang merupakan tumbuhan yang popular di Malaysia. Salah satu teknik tanaman ini adalah anda perlu meyediakan kayu pemancang untuk pokok ini memanjat. Kacang panjang memerlukan air yang banyak tetapi tidak bertakung dan sebaiknya letakkan sungkupan di atas tanahnya untuk sumber nutrien dan mengekalkan lembapan.
Kacang buncis
Kacang buncis antara pokok yang mudah ditanam dan mudah hidup. Ia juga mudah bercambah dan dapat dituai dalam masa yang singkat. Sama seperti kacang panjang, kacang buncis juga memerlukan pemancang kayu untuk pokok ini menjalar. Kacang buncis memerlukan cahaya yang banyak pada waktu pagi dan tanah bersaliran baik.
Tomato
Tomato adalah tumbuhan menjalar yang ditanam dalam masa singkat. Ia cepat mengeluarkan hasil dan memerlukan kayu pemancang atau tomato cage untuk memberi sokongan kepada pokok. Tomato memerlukan cahaya yang banyak tapi tidak terlalu terik terutamanya di waktu pagi.
Kangkung
Kangkung antara tanaman yang mudah bercambah dan dituai. Ia boleh dibiakkan melalui biji benih atau keratan batang. Kangkung sukakan persekitaran yang lembap oleh itu pastikan anda kerap menyiram terutama ketika musim panas. Kangkung boleh dituai setelah usianya mencecah empat hingga enam minggu selepas disemai.
Sawi
Sawi merupakan agen anti kanser hebat yang mengandungi vitamin A,B dan C. Sawi sesuai ditanam di dalam pasu tetapi tanahnya perlulah sentiasa digembur. Sawi memerlukan siraman yang kerap dan boleh dituai selepas 28 atau 35 hari selepas disemai.
Kucai
Kucai adalah sayur dari keluarga bawang dan tumbuh secara merimbun. Teknik tanamnya sama seperti bawang iaitu melalui rhizome atau biji benih. Kucai tidak memerlukan air yang banyak. Teknik tuainya adalah kerat pada bahagian daun dan biarkan batangnya, ia akan tumbuh daun yang baru.
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
“Dah macam-macam jenis ubat saya makan, ke klinik sana sini dan tukar ubat tetapi batuk masih juga tak reda. Mungkin ubat tak serasi. Setiap hari bangun pagi kahak menebal di kerongkong. Susah hati dibuatnya…”
Luahan dan rungutan rakan-rakan kita mengenai masalah batuk selalu kita dengar. Nak membantu pun tak tahu caranya bila setiap kali dia alami batuk teruk.
Batuk berpanjangan buat kita rasa tertekan dan mengganggu kerja-kerja kita. Walaupun setelah berjumpa doktor dan makan ubat-ubatan yang disarankan mengikut jadual dan waktu yang ditetap namun batuk masih tidak reda. Mungkin hilang sekejap tetapi kembali berlarutan.
Sebenarnya tak salah jika kita ingin mencuba pula petua tradisional yang diamalkan oleh nenek moyang kita dahulu. Perkongsian Petua Ibu di facebook ini boleh juga kita cuba. Mana tahu salah satu petuanya serasi dan mujarab dengan tubuh kita. Jom kita cuba!
1. Bawang Putih
Ambil bawang putih dan buangkan kulitnya. Kemudian bakar di atas api hingga beberapa minit dan makan perlahan-lahan begitu sahaja. Pastikan bawang dibakar terlebih dahulu supaya tidak terasa ditekak. Cuba mana tahu serasi dengan batuk anda.
2. Belimbing
Belimbing juga dikatakan membantu meredakan masalah batuk. Ambil beberapa biji belimbing, perah dan minum jusnya. Jangan tambahkan gula, hanya minum jus asli sahaja. Amalkan.
3. Kicap & Limau Nipis
Ambil satu sudu kicap dan perahkan sebiji limau nipis ke dalamnya. Kacau rata dan terus sahaja diminum. Boleh juga ditambahkan sedikit garam seperti yang disyorkan. Amalkan sehingga batuk beransur pulih.
4. Halia
Hiris halia dan masukkan ke dalam air panas yang berisi lemon. Campurkan sedikit madu dan amalkan minum pada pagi dan petang.
5. Lada Hitam
Ambil satu sudu lada hitam dan masukkan ke dalam segelas air panas. Campurkan dua sudu makan madu dan kacau rata. Tutup dan biarkan direndam selama 10 minit. Amalkan minum air ini.
6. Air Asam
Masukkan sedikit asam jawa ke dalam air suam. Kacau hingga sebati dan biarkan direndam seketika. Amalkan minum air ini setiap 2 hingga 3 jam setiap hari.
Batuk?
Kebanyakan orang menganggap batuk sebagai satu masalah kecil. Batuk berterusan dan teruk boleh menyebabkan kerumitan kerana tekanan intratoraks dan intraabdomen kepada sistem badan.
Masalah batuk juga terbahagi kepada dua iaitu batuk kering atau yang berkahak. Batuk kering tidak menghasilkan mukus, manakala batuk berkahak kedengaran seperti berair dan menyebabkan pengeluaran kahak (mukus).
Batuk yang kering dan nyaring mungkin menandakan radang larinks, manakala batuk yang kerap dialami secara berulang dengan nafas yang ditarik panjang seperti berdesis mungkin menandakan jangkitan salur pernafasan yang disebabkan oleh pertusis. Batuk berdengking pula mungkin disebabkan oleh jangkitan virus pada pita suara, larinks dan trakea.
Perlu berjumpa doktor untuk memulihkan batuk berpanjangan. Dalam masa yang sama anda boleh juga usahakan dengan beberapa petua ini untuk membantu meredakan. Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Nak cuba resipi baru yang sedap dan sihat, jom buat resipi Ayam Peri-Peri Jakarta oleh saudara Khairul Hakimin Muhammad. Selain mudah nak buat, menu ini juga sihat. sesuai untuk anda yang tengah diet. Cubalah!
Gais hari ini kita buat ayam peri-peri Jakarta. Senang sangat bancuh bahan, lumur-lumur, bakar, makan. Punyalah sihat. Tak kurus lagi tak tahulah hahahaha. Oklah jom.
Ayam Peri-Peri Jakarta.
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam. Suka hati hang nak bahagian apa.
1 sudu besar serbuk kari daging.
1 sudu besar serbuk cili atau nak tukar paprika pun boleh.
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis.
1 sudu kecil perahan lemon.
Secubit oregano.
Secubit lada hitam.
1 sudu besar gula kelapa atau boleh je nak tukar ke gula merah.
1 sudu besar minyak masak. Nak guna minyak jagung pun boleh.
Secubit garam.
Cara membuat:
Masukkan semua bahan dalam mangkuk. Bancuh rata.Hiris hirs dekat ayam begini.
Lumur ayam dengan bahan tadi. Perap sekejap dalam 30 minit. Sambil-sambil panaskan ketuhar.Saya bakar dalam sejam, suhu kecil dalam 120-130. Rajin-rajin palingkan ayam okeh dalam setiap 20 minitApabila dah kemerah-merahan begitu, sapu-sapu bahan perapan tadi dalam setiap 15 minit gituSiaaap! Sedaaap! Selamat mencuba semuaa! Senang kheen.
Bila PKP ni, anak-anak kerjanya lapar je. Sekejap2 minta makan, mak pun letih nak melayan permintaan sorang-sorang! Tak payah risau, join je kelas buat roti bersama kami ni. Boleh buat stok untuk anak-anak makan! Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Tragedi pusingan U, bayi perempuan 2 bulan meninggal dunia. Seorang bayi perempuan berusia dua bulan dilaporkan meninggal dunia selepas kenderaan yang dinaikinya bersama kedua ibu bapanya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Lebuh Alor Gajah–Melaka Tengah–Jasin (AMJ), berhampiran Batu Gajah, pada petang Selasa.